Pembaca Setia...

Sabtu, 25 Mac 2017

BAGAIMANA BERHUBUNG DENGAN SAYA ?

Sebaiknya berhubung melalui SMS/WHATSAPP ,tak digalakkan CALL kerana kebanyakan masa saya sibuk merawat pesakit.

Jumaat, 24 Mac 2017

BEKAM KES SIHIR

✔Titik bekam perlu berada pada kawasan utama serangan sihir seperti kepala,dada,pinggang,sendi dan tulang belakang.

✔Darah sihir ini sifatnya bertali dan berbentuk ular.

✔Tempat yang dibekam meninggalkan kesan lebam hitam dan terasa panas.

✔Pesakit sihir selepas berbekam syor mandi ais 4kg untuk kesembuhan maksima.

✔Perawat/jurubekam yang ingin membekam pesakit sihir perlu persediaan wirid kursi 100x untuk mengelakkan diserang bomoh/jin.

PERIHAL SAKA

Gangguan saka tetap wujud dan cuma agak sukar untuk dikenalpasti sebab simptomnya seakan sama macam gangguan jin biasa juga.

Kaedah rawatan saka tetap sama iaitu kaedah rawatan ruqyah syariah jua.

Para perawat islam perlu cermat dan berhati-hati dalam menafsirkan gangguan saka terhadap pesakit.

Rabu, 22 Mac 2017

PETANDA GANGGUAN JIN

😈Simptom-simptomnya..
-------------------------------------------

1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Sukar tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi di tempat tinggi.
12. Bermimpi di tempat yang kotor.
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap menangis.
16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
18. Malas beribadat.
19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
20. Panas baran.
21. Sikap berubah secara mendadak.
22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
23. Suka melakukan tabiat buruk.
24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
25. Kerap keguguran.
26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
27. Mengantuk bila dengar al-quran.
28. Bermimpi seram yang menakutkan.
29. Darah haid turun lebih 15 hari.
30. Batuk yang berpanjangan.
31. Selalu ditindih ketika tidur.
32. Kuat berangan.
33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
34. Nafsu seksual yang melampau.
35. Selalu melihat kelibat dirumah.
36. Terasa diri selalu diperhatikan.
37. Mandul.
38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
39. Melihat jin secara terus.
40. Sakit mental atau gila.

👍Kaedah diagnos adalah dengan membacakan set ruqyah pada pesakit..
-----------------------------------------------------------------

😧Jika ada gangguan semasa diagnos ???

✔Pesakit akan pening
✔Muntah
✔Berdebar kuat
✔Menggigil
✔Panas
✔Rasa marah
✔Pengsan
✔Merasuk

Jika dibiarkan tanpa rawatan lanjutan ??
------------------------------------------------------------------

✔Perceraian rumahtangga
✔Tidak mampu keluar mencari rezeki
✔Sukar mendapat jodoh
✔Menanggung kos perubatan klinikal yang berlarutan
✔Badan tidak selesa setiap masa

Jumaat, 17 Mac 2017

SELAWAT MEMADAMKAN API JIWA

Berselawatlah 313x istiqomah setiap hari,mudah-mudahan kita menjadi orang yang penyabar dan mampu mengawal kemarahan.

Isnin, 13 Mac 2017

PANDUAN MURAH REZEKI

Sejak akhir-akhir ini ramai pelanggan mengadu masalah putus rezeki dalam keadaan ekonomi gawat ini..

Dibawah ini saya berikan panduan tips untuk mudah urusan rezeki..

✔Solat 5 waktu jangan tinggal.
✔Solat dhuha dan tahajud istiqomah.
✔Wirid basmalah 786x sehari.
✔Infaq pada asnaf/surau istiqomah setiap hari walau RM1.
✔Kerap ziarah dan mendoakan ibu bapa.
✔Jangan memutuskan silaturrahim.

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Fikirlah secara positif atau prasangka baik jika terkena ujian sihir..

✔Anggap ia sebagai kifarah dosa.
✔Sentiasa beristighfar dan bersedekah untuk ringankan beban ujian sihir.
✔Muhasabah diri terutamanya anggota lidah.
✔Jangan menuduh sesiapa.

Rabu, 8 Mac 2017

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah saya selamat sampai ditanahair semalam setelah 2 minggu menunaikan umrah di tanah suci.