Pembaca Setia...

Ahad, 8 Mei 2016

KHASIAT MANDIAN AIS

Oleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.

Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah). Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.

Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.

Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.

Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.

Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.

Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.

Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka). Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.

Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu, menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!, bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini, kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.

Firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ (41) ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:

اللهم اغسلني عن الذنوب والخطايا بالماء والثلج والبرد

Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa, kesalahan dengan air, salji dan (air) sejuk.

Maha Suci Allah!!!

Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S, ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya. Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.

Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
3. Membaik pulih sistem pernafasan manusia
4. Mencergaskan badan dan tekanan otot jantung
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah. Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia. Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan. Sebagaimana firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".

Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.

Adapun mandi dengan air panas, Ibnu Sina menyebut:
"Air panas dapat menghasilkan kecerdasan fizikal dan tenaga manusia".
Ini adalah bagi mereka yang takut untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi pada hakikatnya ketika kita sudah mandi, kita akan merasakan kesegaran badan dan saraf.