Pembaca Setia...

Rabu, 6 Januari 2016

BERAS SIHIR


Sambungan kisah kerasukan di sebuah restoran semalam,restoran tersebut ada 2 tingkat ruang makan.Seorang pekerja lelaki cuba menyapu beras yang bersepah di ruang makan tingkat atas,kemudian beliau kerasukan lalu kawan-kawan lain membantu lantas kerasukan merebak ke 3 pekerja yang lain lagi.
Saya terpaksa mengasingkan pekerja yang kerasukan supaya tidak berkumpul dalam satu-satu tempat.Kemudian saya membacakan ruqyah pada air dan spray rata-rata pada ruang makan restoran tersebut,keadaan sekitar beras yang bersepah tu agak kuat meremang dan berbau busuk seperti bangkai.
Setelah objek sihir dimatikan barulah kami fokus merawat pekerja yang kerasukan sorang demi seorang.Pekerja disitu memberitahu semalam ada 2 orang lelaki yang dicurigai naik ke tingkat atas restoran tersebut untuk menumpang solat,selepas beberapa jam kemudiannya barulah mereka terjumpa bersepah beras dilantai restoran mereka.Kesimpulannya melayu,berniaga dan sihir berpisah tiada..