Pembaca Setia...

Jumaat, 8 Januari 2016

AL-KISAH SERAI BERBUNGA


Orang kata pokok serai yang berbunga pasti ada batu permata yang tertanam dibawahnya.Dipendekkan cerita kawan saya ada 10 pokok serai yang berbunga di Sg Besar,dia suruh ler saya dan geng-geng cabut 2 pokok dulu mana tau kot-kot ada batu permata ker hapa.Kami yang amatur dalam bidang nie pun cabutler 2 pokok serai tu pakai penyodok,takde batu serai yang kelihatan malah habis badan gatal diserang semut merah.Misi pertama gagal..
Selang 5 hari kami datang lagi untuk repeat 2 pokok serai yang gagal ituhari,kali ini kami tabur garam ruqyah pada sekeliling tapak pokok dan kemudian guna bacaan tasbih maghrobi.Pokok pertama dicabut keluar asap putih sekitar tapak tanah dan pokok kedua pula bila dicabut menjelma seakan ular hitam kecil sekitar akar serai tersebut,misi ke 2 gagal lagi nampaknya.Nantikan misi ke 3 jumaat ini,kali ini biar ahli profesional batu serai pula buat kerja,kami jadi pemerhati jer..
Untuk info kami tiada langsung pengalaman dalam ilmu mencari batu serai,just suka-suka penuhi hajat kawan jer + R&D..