Pembaca Setia...

Jumaat, 18 Disember 2015

PETANDA SINONIM GANGGUAN SAKA


-Sering mimpi menyusukan bayi/dikelilingi kanak-kanak
-Boleh mengurut/berubat/bersilat belajar melalui mimpi
-Banyak ketumbuhan ganjil pada badan
-Sering terasa sayu seperti hendak menemui ajal
-Panas baran
-Menyimpan barang peninggalan pusaka yang berkhadam seperti lembing,keris,badik dan sebagainya
Bagi mereka yang ingin berubat buang saka sila WASAP Utz Zul 012-918 1195,bayaran ikhlas hati..

Selasa, 15 Disember 2015

SESI SCAN/DIAGNOS GANGGUAN JIN



Rawatan scan pada 2 orang wanita dari Bandar Sunway untuk mengenalpasti gangguan jin dalam badan.Semasa set ruqyah dibacakan pesakit terasa mengantuk.Pesakit sebelum balik dibekalkan sebotol air ruqyah untuk dibuat minum dan mandi ais,rawatan tamat.

Isnin, 14 Disember 2015

PETUA MERAWAT SEBARANG PENYAKIT MATA/RABUN


-Cari sebotol kecil air zam-zam
-Buka penutupnya dan bacakan Bismillah,Selawat,Fatehah dan Qaf ayat 22 17x
-Tiup 10 saat pada air zam-zam tersebut
-Titiskan setitis siang dan malam istiqomah pada kedua mata
-InsyaAllah sembuh

Khamis, 10 Disember 2015

MERAWAT KES KETUMBUHAN FIBROID & SANTAU ANGIN


Ini pula kisah merawat pesakit ketumbuhan fibroid dan santau angin.Set ruqyah lauanzalna dn al-ikhlas dibacakan ulang-ulang pada pesakit dan sebotol minyak zaitun dara untuk dibuat minum bagi merawat kes ketumbuhan fibroid.Bagi merawat santau angin pula pesakit dibacakan ayat ruqyah pembatal sihir,semasa ruqyah dibacakan pesakit terasa gatal dan menggaru-garu badan.Sebelum balik pesakit dibekalkan air ruqyah untuk diminum bersama madu dan dibuat mandi bersama air kelapa.

Rabu, 9 Disember 2015

PERKARA YANG MEMBUKA PINTU MASUK JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA


-Terlalu berani
-Terlalu lalai
-Terlalu takut
-Terlalu kuat termenung
-Terlalu sedih

Ahad, 6 Disember 2015

LUBANG ORGAN KEMASUKAN JIN KEDALAM TUBUH BADAN MANUSIA



-Ubun-ubun
-Mata
-Hidung
-Telinga
-Mulut
-Kemaluan
-Dubur

Kerap sapu dengan minyak kasturi ruqyah pada organ yang saya nyatakan diatas tadi bagi membentengi diri dari sebarang gangguan jin...

Khamis, 3 Disember 2015

KAEDAH MERAWAT KES GANGGUAN SAKA/ILMU SALAH/BOMOH YANG TERLANTAR



-Selalunya kes begini menyebabkan pesakit terlantar nazak yang lama/kesukaran menemui ajal

-Ikatan jin-jin pendamping perlu diputuskan

-Baca  set ruqyah al-isra 81 21x,al jin ayat 6 21x dan ayat "kullun nafsinza ikatul maut" 21x juga

-Tiup ubun-ubun pesakit dan tiupkan pada sebotol air mineral juga

-Waris pesakit perlu kerap titiskan air ruqyah pada mulut pesakit dan lapkan pada seluruh badan pesakit 3x sehari,insyaAllah dipermudahkanNya..