Pembaca Setia...

Rabu, 25 November 2015

IBU AIR PENAWAR PERLU DISEDIAKAN UNTUK KEMUDAHAN RAWATAN..



-Kaedah ibu air penawar ini biasa diamalkan oleh perawat-perawat lama 70an
-Sediakan air mineral 5liter sebotol
-Setiap malam jumaat dan seterusnya bacakan kursi 313x dan tiup 10saat pada air tersebut
-Aura penawar pada air tadi akan semakin padat/ampuh kerana setiap malam jumaat diruqyah
-Bila pesakit yang ingin datang berubat berikan mereka minum secawan,insyaAllah akan mudah muntah bila sesi ruqyah dijalankan nanti
-Kes gangguan berat mudah selesai/putus ikatan sihir ketika ruqyah
-Bagi individu yang datang ingin test power selalunya apa cara pun dia tak akan minum air ibu penawar yang disediakan perawat

Selasa, 24 November 2015

BLOG URUTDANRAWAT.COM CECAH 1 JUTA HIT..


Dengan kekuatan 1100 artikel dan usia cecah 8 tahun..blog ini bernilai setengah juta RM..
Terima kasih diucapkan kepada pembaca setia blog ini..

Isnin, 23 November 2015

PANDUAN CEPAT DAPAT JODOH..


Jodoh itu tergolong dalam hal-hal kerezkian..Beberapa panduan saya berikan dibawah ini untuk ikhtiar mempercepatkan jodoh..

-Istiqomah solat hajat setiap hari
-Istiqomah wirid Bismillahirohmanirrohim 786x setiap hari
-Istiqomah memakai haruman kasturi (aura daya penarik sunnah)
-Aktif berpersatuan/kelab-kelab yang islamik
-Hindari mencari jodoh dari FB ataupun social network kerana banyak masalah

Ahad, 22 November 2015

PENYAKIT APA YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH BEKAM


-1001 Penyakit klinikal seperti asma,jantung,darah tinggi,kencing manis dan banyak lagi.
-Penyakit sihir/gangguan jin.
-Untuk meraih kesembuhan yang maksima pesakit disyorkan mengambil 2 biji kapsul habatus sawda istiqomah setiap hari.
Bagi mereka yang ingin berbekam di Shah Alam,sila WASAP Utz Zul 012-918 1195 sebelum datang,jurubekam wanita turut disediakan,caj bekam RM5/cup..

Khamis, 19 November 2015

KAEDAH RAWATAN MINYAK KASTURI KIJANG (DIY)


Bagi mereka yang ada masalah gangguan makhluk halus ataupun ingin melakukan pencegahan supaya tidak terkena gangguan,dibawah ini saya ada berikan beberapa panduan..

- Beli sebotol minyak kasturi kijang buka penutupnya (warna macam teh bau manis-manis)
- Bacakan kursi 77x pastu tiup 10 saat kasturi tersebut
- Pakai tiap kali sebelum solat
- Sebelum tidur pakai kat bawah hidung,tengah kening,bawah cuping telinga,kemaluan,dubur dan pusat serta ubun-ubun

Berkhasiat dalam merawat masalah kena tindih/jin asyik,pendinding diri,merawat masalah kerap berdebar/darah gemuruh,menguatkan rohani jasmani,menguatkan ingatan serba 1001 penyakit makhluk halus.Paling penting anda perlu ingat memakai wangian kasturi itu adalah sunnah..

Rabu, 18 November 2015

PETANDA SINONIM GANGGUAN JIN


-Sakit kepala/dada/tulang belakang/pinggang selepas waktu asar keatas
-Kerap mimpi ular hitam/jatuh dari tempat tinggi/menyusukan bayi
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Sakit sebahagian anggota badan tanpa sebab klinikal
Sebarang SCAN/RAWATAN di Shah Alam sila WASAP Muallij Ahmad sebelum datang

Selasa, 17 November 2015

KUNCI KESEMBUHAN TERLETAK PADA 3 PERKARA


Pemeliharaan kesihatan dan pengambilan makanan yang meningkatkan kualiti kesihatan seperti gizi,ubat dan makanan tambahan.
Berusaha menghindari dari segala perkara yang membahayakan kesihatan seperti merokok dan minum arak.
Mengeluarkan unsur perosak dari sistem tubuh seperti memuntahkan sesuatu,mengeluarkan wap yang menimbulkan masalah kesihatan pada otak dan juga pengeluaran darah yang mengandungi campuran unsur-unsur penyakit menggunakan kaedah bekam.
Bagi lelaki/wanita yang ingin berbekam di Shah Alam sila WASAP/SMS Utz Zul 012-918 1195

Isnin, 9 November 2015

MIMPI YANG SINONIM DENGAN GANGGUAN


-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Mimpi menyusukan bayi
-Mimpi dikelilingi kanak-kanak
-Mimpi dikejar ular hitam/binatang berwarna hitam
-Mimpi berada ditempat sunyi
-Mimpi berada ditempat kotor/tandas

Rabu, 4 November 2015

KAEDAH MERAWAT SIHIR (DIY)


-Sediakan 1/2 besen air paip
-Masukkan 2 kilo ais
-Masukkan 7 biji perahan limau nipis
-Setelah ais cair lakukan mandian bilasan terkahir selepas waktu asar keatas
-Lakukan kaedah mandian selama 7 hari berturut-turut
-Wirid harian 170x kursi setelah selesai telan air liur