Pembaca Setia...

Selasa, 30 Jun 2015

BERBEKAM SEBAIKNYA DALAM KEADAAN PERUT KOSONG


Bagi mereka yang ingin berbekam sebaiknya perut anda dalam keadaan kosong ini kerana pengeluaran darah kotor/unsur toksin adalah maksima dan jika berbekam dalam keadaan kenyang pula darah yang keluar hanya mewakili bahagian organ pencernaan sahaja.

Sabtu, 27 Jun 2015

ADA GANGGUAN KER DIBULAN PUASA INI ?



Ya masih ada gangguan,kerana yang dibelenggu hanya syaitan dan bukannya jin,jadi manusia boleh sakit jer akibat gangguan di bulan puasa ini yer harap maklum cuma tahap gangguan tak kuat sangat kerana pesakit pun turut berpuasa.

Selasa, 23 Jun 2015

KEBAIKAN BERBEKAM DI BULAN RAMADHAN



Setelah kita berpuasa sepanjang hari, badan kita berada dalam keadan rehat dan tidak memproses makanan dan minuman, darah bersih akan mendak ke bawah dan darah kotor naik ke atas kulit. Ini akan memudahkan proses membuang darah kotor dari tubuh anda!

Sempena Ramadhan yang mulia ini, ambillah kesempatan berbekam untuk membersihkan sisa darah toksin, angin bisa dari badan anda.

Waktu rawatan bekam bulan Ramadan dilanjutkan... 😘😘

🕙 11.00am hingga 🕕 6.00pm
🕘 10.00pm. hingga 🕛 12.00am (tgh mlm)

Sabtu, 20 Jun 2015

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN


Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh umat islam amnya,bulan puasa kami beroperasi seperti biasa dan tutup 6ptg untuk berbuka dan terawih,kami buka semula 10mlm hingga 12tmlm,harap maklum..

Ahad, 7 Jun 2015

IKHTIAR RAWATAN JARAK JAUH RM30



- Sila WASAP/MMS gambar pesakit/premis yang ingin dirawat ke 019-307 9883

- Kaedah rawatan adalah menggunakan teknik solat hajat dan bacaan asas 10 ruqyah

- Tidak menggunakan sebarang jin/khadam dalam rawatan jarak jauh kerana ia melanggar syariat perubatan islam ruqyah syariyyah

- Mahar tertentu dikenakan sebagai ganti masa/tenaga perawat.Sila bank in RM30 untuk 3 hari rawatan ke Maybank 164164870421/Cimb 7017405668 Ahmad

- Tauhid rawatan jarak jauh ialah manusia hanya sebagai tukang doa/tukang ikhtiar dan Allah SWT  jualah penyembuh segalanya.

PERAWAT ISLAM PERLU ADA AMALAN KEROHANIAN



Untuk jadi perawat islam tidak mencukupi hanya sembahyang 5 waktu sahaja,perawat islam perlu ada amalan kerohanian untuk menambah perisai sedia ada dan meningkatkan tahap kekuatan aura bacaan ruqyah.

Jenis-jenis amalan kerohanian para perawat islam..

Jenis 1) Solat sunat sebelum dan selepas fardhu,solat hajat,solat taubat,solat tahajud.
Jenis 2) Membaca hizib-hizib
Jenis 3) Banyak membaca al quran setiap hari
jenis 4) Banyak berzikir asma ul husna
Jenis 5) Ilmu hikmah ulama nusantara
Jenis 6) Zikir tahan nafas

Ada 6 jenis amalan kerohanian para perawat islam,para perawat diluarsana boleh pilih amalan kerohanian jenis yang mana satu,kunci amalan kerohanian ialah ISTIQOMAH dan lama-kelamaan akan meningkatkan tahap taqarrub kita pada Allah SWT.

Jika para perawat islam tiada amalan kerohanian,risiko perawat diserang balas bomoh/jin agak tinggi dan kadar dos bacaan ruqyah pada pesakit pula kurang ampuh.

Para perawat islam yang istiqomah beramal akan menghasilkan banyak aura hijau dan putih disekeliling badan.


Khamis, 4 Jun 2015

WAHAI PESAKIT GANGGUAN BERSIHKANLAH ROHANI...



Rohani yang bersih adalah jalan utama keluarnya segala gangguan jin dari badan,ikutilah kaedah yang saya senaraikan dibawah..

- Wirid istiqomah istighfar 1000x,selawat 1000x dan tahlil 1000x tak kira masa/tempat
- Berazam untuk bersangka baik,tidak mengumpat dan menjaga lidah

ORANG KLANG JOM BUANG ILMU SALAH...



Diantara ilmu-ilmu salah yang masih diamalkan didalam masyarakat melayu..

-Silat batin berJIN (mudah panas baran + wajah kusam + bersilat tanpa sedar)
-Ilmu kebatinan berJIN seperti penggerun,tumbukan kuat dari biasa dan macam-macam lagi
-Ilmu susuk
-Ilmu yang menggunakan barang/tangkal/cincin yang diisi JIN
-Ilmu pengaseh
-Ilmu berubat belajar dari mimpi
-Ilmu mengurut belajar dari mimpi

Ilmu-ilmu salah ini jika tidak dibuang akan menjerumuskan si pengamal kelembah kesyirikan untuk jangka masa panjang..

Sila hubungi Ayahanda Zaini 013-2811029 di Pusat Rawatan Islam Kpg Jawa Klg untuk membuang ilmu salah tersebut dan bayaran ikhlas hati..

Isnin, 1 Jun 2015

KAEDAH MEMUNTAHKAN SIHIR DARI MULUT


- Air kelapa disediakan segelas besar
- Bacakan air kelapa kursi 7x lalu tiup 10saat
- Tangan kanan perawat diletakkan pada belakang pesakit dan ruqyah macam biasa
- InsyaAllah dalam masa 5min ruqyah dibacakan pesakit akan muntah secara automatik