Pembaca Setia...

Selasa, 28 April 2015

SAY NO TO JIN PELARIS..


-Sebahagian kecil restoran di Malaysia ini menggunakan JIN PELARIS untuk untuk menarik pelanggan yang ramai datang ke premis mereka walaupun hakikatnya menu masakan mereka kurang menarik.
-Jin pelaris digunakan seperti jin monyet yang banyak kencing merata-rata pada makanan/minuman.

-Dulang lauk pauk dan pintu masuk adalah tempat utama JIN PELARIS menunggu/bergayut-gayut.

-Perut akan sedikit memulas jika menjamah makanan yang di sentuh JIN PELARIS.

-Bagi pengamal zikir/al quran makanan/minuman akan muntah sejurus masuk ke perut.

-Sila amalkan zikir pembuka indera keenam YA BATIN 5000x sehari selama 7 hari berturut,andainya selepas itu anda masuk ke restoran yang ada jin pelaris anda akan terasa sedikit bahang panas/meremang.

-Hukum guna JIN PELARIS adalah SYIRIK kerana anda bersekongkol dengan JIN untuk melariskan perniagaan anda serta tak disedari mensabotaj pelanggan anda dengan menghidangkan makanan/minuman yang kotor kepada mereka.

Rabu, 22 April 2015

AMALAN PELEPAS MASALAH GANGGUAN JIN



- Solat taubat 2 rakaat

- Istighfar 1000x

-Selawat 1000x

-Doa minta diampun segala kesilapan/dosa

Amalkan amalan diatas selama 21 hari berturut,insyaAllah masalah gangguan jin anda berkurangan..

Selasa, 14 April 2015

JOM BUANG ANGIN & DARAH TOKSIN SEGARKAN BADAN..



Bila badan lesu petanda angin dan darah unsur toksin berkumpul dalam sistem badan.Rawatan bekam pula mengeluarkan angin dan darah kotor dari sistem badan ,insyaAllah dengan berkat amalan sunnah berbekam badan kembali ringan dan kita cergas semula dalam melakukan ibadah harian.
Rasulullah SAW pernah bersabda " barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT " Hadis riwayat Ahmad & Tabrani dari Samurah RA

Rabu, 8 April 2015

AMALAN ORANG AWAM,PESAKIT DAN JUGA PERAWAT



Dibawah ini saya senaraikan pendinding diri untuk 3 golongan masyarakat,insyaAllah terhindar dari segala masalah gangguan jin

1) Orang awam yang sihat - Amal kursi 17x sehari tak kira masa

2) Pesakit gangguan - Amal kursi 170x sehari tak kira masa

3) Perawat islam/Jurubekam/Tukang Urut - Amal kursi 100x sehari tak kira masa