Pembaca Setia...

Khamis, 20 November 2014

GILIRAN PERAWAT WANITA BERAKSI PULA



 Malam tadi Cik Bella dijemput merawat rumah yang diganggu jin di section 7 Shah Alam dimana penghuni mengadu katil mereka kerap digoyang jin sekitar jam 2pg setiap hari.Ruqyah dibacakan seperti biasa kemudian beliau memagar rumah 4 penjuru dengan ayatul kursi.Rawatan berjalan lancar alhamdulillah..

Bagi kaum wanita yang ingin mendapatkan rawatan urut,bekam dan rawatan sihir di Pusat Terapi Syifa Shah Alam sila sms/wasap Cik Bella 011-2942 0135

Rabu, 12 November 2014

AYOYO!! SAYA PUNYA BARANG BANYAK PEDIH..


Malam tadi di section 7 Shah Alam al-kisah merawat sepasang suami isteri india yang sudah berkahwin 3 tahun dan masih tidak dikurniakan cahaya mata.Apabila mereka ingin melakukan hubungan kelamin,selalu sahaja ada halangan lebih lebih lagi pada tarikh kesuburan isterinya.Dipendekkan cerita saya terus meruqyah pasangan tersebut,setelah tamat ruqyah pihak suami menyatakan tiada respon apa-apa,tetapi pihak isteri menyatakan badan ada terasa panas dan juga bahagian kemaluan terasa sangat pedih.Saya mengesyaki mereka terkena sihir pemisah,saya syorkan mereka minum dan mandi air ruqyah selama 3 hari berturut-turut,selepas 5 hari mereka  perlu datang lagi untuk pemantaan seterusnya,rawatan tamat.

Selasa, 11 November 2014

RAWATAN SIHIR BUSUNG DI PUNCAK ALAM


  Malam kami dijemput merawat pesakit lelaki yang menderita sihir busung dimana pesakit mengalami kembung perut dan juga sakit dialat kelamin.Pada malam harinya pesakit kadang-kadang mengigau bertarung dengan syaitan dan sebagainya,untuk info pesakit menderita sudah hampir 3 bulan.Semasa sihat beliau adalah seorang kontraktor yang berjaya,memandangkan beliau sakit teruk,maka beliau tidak dapat lagi meneruskan untuk mencari rezeki sebagai kontraktor lagi.

  Semasa ruqyah pembatal sihir serta hizib dibacakan pada pesakit,pesakit terasa ada sesuatu bergerak didalam perutnya dan pesakit kerap terkentut-kentut seolah angin bisa keluar perlahan-lahan dari perut tersebut.Setelah ruqyah tamat dibacakan pesakit disyorkan mandi air ruqyah dicampur ais serta minum air ruqyah 3x sehari dicampur minyak zaitun dan amalan harian pesakit ialah membaca sebanyak mungkin tasbih yunus,rawatan tamat.

Bagi pesakit yang inginkan perawat pergi kerumah bagi rawatan gangguan untuk kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449/Utz Adi 019-578 1099



Khamis, 6 November 2014

PETANDA RUMAH DIHUNI JIN




- Terdengar seperti bunyi guli jatuh bertaburan diatas syiling
- Terdengar seperti orang baling pasir diatas syiling
- Terdengar seperti orang menggerakkan perabot diatas syiling
- Kerap melihat kelibat hitam didalam rumah
- Suhu rumah terasa berbahang
- Suasana dalam dan luar rumah suram
- Makanan cepat basi
- Bayi kerap menangis dan memandang kearah syiling

Jika ingin mendapatkan khidmat kerumah bagi pagar/bersihkan makhluk halus kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449/Utz Adi 019-578 1099

Selasa, 4 November 2014

KAEDAH RAWAT SIHIR PUJA..

Sihir puja atau nama lainnya sihir tanpa jin,dimana bomoh tahap wali syaitan akan menggunakan ilmu hitam untuk menyakitkan mangsa seperti memuja patung lalu menyalai patung tersebut dan menghantar racun sebagainya.


Untuk membatalkan kes sihir puja perawat perlulah membaca ayat pembatal sihir dengan ulangan yang tinggi,barulah alat puja bomoh seperti patung dan sebagainya akan hancur/terbakar.

Ayat pembatal sihir..

- Al a'raf 117-122 11x
- Yunus 81-82 11x
- Al isra 81 11x
- Thoha 69 11x

Ayat diatas perlu dibacakan pada pesakit dan air untuk dibuat minum dan mandi 7 hari berturut,insyaAllah akan terbatal sebarang sihir.