Pembaca Setia...

Khamis, 17 Julai 2014

HARI YANG SIBUK MEMBEKAM PELANGGAN


Pada hari nuzul al quran selasa tadi jadual tersangat padat apabila memenuhi 6 temujanji pelanggan yang ingin berbekam overhaul sekitar lembah klang.Salah seorang dari 6 pelanggan tersebut adalah seorang VIP dari MEDIA PRIMA BHD Bandar Utama,moga Allah SWT memberi kesembuhan dan kesihatan yang baik pada semua pelanggan yang telah menjalani rawatan bekam tempohari.Ameennnn...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


Isnin, 14 Julai 2014

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksin akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Ramadhan.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Isnin, 7 Julai 2014

PEREMPUAN DAH SELALU TURUN DARAH KOTOR PUN KENA BERBEKAM KER ?


Ada segelintir masyarakat keliru bahawa orang perempuan tidak perlu berbekam kerana setiap bulan mereka keluar darah kotor/haid.Darah haid bermaksud dinding uterus yang runtuh akibat tiada proses persenyawaan berlaku,sedangkan darah kotor yang sebenar adalah darah yang ada unsur toksin/toksik dibawah eperdemis kulit.Kesimpulannya orang perempuan juga perlu berbekam yer istiqomah setiap bulan walaupun mereka turun darah haid/kotor setiap bulan bagi mencegah penyakit 3 serangkai.

Untuk khidmat bekam kerumah sekitar KL/SEL untuk wanita/suami isteri/family/VIP boleh SMS/WHATSAPP Ayu 019-398 4179 20cup RM100 transport charges PERCUMA.


 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 1 Julai 2014

BERBEKAM DISIIANG HARI TIDAK MEMBATALKAN PUASA


Bulan puasa pusat rawatan beroperasi seperti biasa,insyaAllah berbekam disiang hari tidak membatalkan puasa yer..