Pembaca Setia...

Isnin, 26 Mei 2014

FB MEMUDAHKAN AKTIVITI PENYIHIRAN


Jika zaman dahulu dalam tahun 60an-80an bila bomoh nak melakukan sebarang sihir,bomoh memerlukan kuku/rambut/pakaian mangsa supaya mudah bomoh melakukan pemujaan sihir kerana sebahagian anggota badan/pakaian tadi mewakili identiti mangsa kerana gambar susah didapati di tempat umum.Kini semenjak zaman FB meledak,secara tak langsung ahli-ahli FB mengupload banyak gambar-gambar peribadi di ruangan FB,maka gambar kita mudah dicari di tempat umum jadi para bomoh tak perlu susah payah lagi nak cari kuku rambut dan sebagainya,memadailah modal gambar pada FB untuk melakukan pemujaan sihir dan sebagainya.So berhati-hatilah jika suka berFB...

Selasa, 20 Mei 2014

JOM BERDAFTAR DIBAWAH TCM KKM


Bagi pengamal-pengamal bekam di Malaysia yang belum bernaung dimana-mana badan/persatuan yang diselia TCM KKM,ayuh mendaftarlah sekarang jangan berlengah lagi.

Sertailah kami Persatuan Pengamal Bekam Sunnah & Ruqyah Malaysia yang bernaung dibawah GAPERA iaitu panel yang dilantik TCM KKM.

Mereka yang gagal berdaftar mungkin dikenakan tindakan denda RM30K oleh pihak penguatkuasa TCM KKM.Tujuan penguatkuasaan adalah untuk memastikan pengamal bekam di Malaysia mengikut SOP semasa TCM KKM dan mengelakkan penularan penyakit berjangkit pada masyarakat umumnya.

Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila SMS Utz Aswat 017-209 2307

Rabu, 14 Mei 2014

AMALAN BAGI PESAKIT SAKA/SIHIR ULANG-ULANG


Bagi individu yang menderita terlalu lama pengakit gangguan jin dan berubat sudah merata tempat segenap pelusuk nusantara,insyaAllah saya senaraikan beberapa amalan dibawah untuk diamalkan selama setiap hari supaya gangguan mudah keluar dan tidak kembali lagi..

-Istighfar 1000x
-Selawat 1000x
-Lailahaillallah 1000x
-Amalkan sebelum tidur malam
-Dimulai solat taubat 2 rakaat
-Selesai wirid berdoa "minta diampun segala dosa zahir dan dosa batin serta diampun segala dosa syirik yang disedari tanpa disedari.

PESAKIT TERBARING LEMAH MENANTI KETIBAAN PERAWAT


Kisah kali ini berlaku dI Puchong dimana seorang surirumah yang terkena sihir meminta kami datang kerumah untuk sesi rawatan ruqyah.Sepanjang perjalanan kami dari Shah Alam suami pesakit memberitahuy kami badan isterinya terbaring lemah walhal sebelum tu cergas mengemas didapur.Kami bila sampai dirumah pesakit tanpa berlengah lagi terus membaca set 20 ayat ruqyah pembatal sihir,kemudian kami beri secawan air ruqyah untuk pesakit minum dan baki disapukan pada bahagian muka.Dalam masa 10min pesakit cergas kembali dan rancak berborak dengan kami sehingga jarum jam menunjukkan 3 pagi.Pesakit juga seorang yang suka memelihara kucing dan pada suatu hari beliau mengemas rumah beliau menjumpai sebiji batu geliga kecil yang dipercayai batu geliga kucing yang banyak berkhasiat dalam merawat penyakit berkaitan mata,wallahuaklam.

Bgai mereka yang inginkan rawatan sihir kerumah bagi kawasan KL/SEL sila sms Utz Haiqal 013-347 5449.

Ahad, 11 Mei 2014

JOM RAWAT KESUBURAN..


Bagi individu yang bermasalah senggugut,keputihan,haid tak teratur dan ingin mendapatkan kesuburan saya syorkan amalkan pemakanan herba sunnah secara konsisten.Pemakanan sunnah tersebut ialah..

-Minum 2 sudu madu sejam sebelum sarapan setiap pagi.

-Kurma 7 biji sejam sebelum sarapan setiap pagi.

Jumaat, 9 Mei 2014

JANGAN MINUM AIR YANG ADA UNSUR LIMAU..


Bagi pesakit santau anda dilarang keras untuk minum/makan bahan yang ada sebarang unsur limau selama 3 bulan,jika dilanggar juga akan menyebabkan usus/perut anda luka sehingga menyebabkan batuk/buar air besar berdarah.

Rabu, 7 Mei 2014

PELAJAR WANITA MELAHIRKAN BAYI DI ALAM GHAIB


Kisah kali ini adalah kisah benar rawatan sihir yang kami jalankan seminggu yang lepas pada pelajar wanita PTPL di Pangsapuri Perdana Section 13 Shah Alam.

 Pelajar tersebut mengadu kerap bermimpi dirogol jin dan mimpi mengandungkan bayi dan adakalanya jin merogol dalam keadaan separuh sedar juga.Perut pelajar wanita ini agak buncit sedikit berbanding rakan sebayanya walaupun umur beliau baru 21 tahun.Tanpa melengahkan masa saya terus membacakan set 20 ayat ruqyah pembatal sihir ,semasa dibacakan ruqyah pelajar tersebut mulanya kerasukan.Setelah hampir 10min kerasukan saya teruskan juga bacaan ruqyah tanpa sesi dialog,tiba-tiba pelajar terbabit mengangkangkan pehanya seolah-olah menunjukkan aksi bersalin dan mulut beliau tercungap-cungap.Selepas beliau tecungap-cungap dalam 5min tiba-tiba pelajar tersebut sedar dari kerasukan dan beliau merasakan seolah-olah ada bayi keluar melalui kemaluannya,wallahuaklam..

Kami memberikan secawan air ruqyah kepada pesakit kemudian kami membacakan yunus 81-82 ulang-ulang selama 10min lalu pesakit pun muntah dengan banyaknya,pesakit merasa badan mulai ringan sedikit.

Bagi kaum remaja wanita,anda disyorkan membaca kursi dan 3qul serta memakai wangian kasturi sebelum tidur malam untuk mengelakkan dari ditindih/dirogol oleh jin yer..Rawatan tamat..

Isnin, 5 Mei 2014

AMALAN MENINGKATKAN ENERGI PERAWAT


-Zikir "ALLAH" 5000x sehari secara istiqomah
-Kekuatan energi ruqyah dapat ditingkatkan semasa sesi rawatan ruqyah pada pesakit
-Energi pertahanan diri perawat meningkat setiap hari
-Mampu melakukan kaedah sentap/tarik energi gangguan dengan kaedah tahan nafas