Pembaca Setia...

Jumaat, 28 Mac 2014

KOSONGKAN PERUT SEBELUM BERBEKAM YER..


Bagi mereka yang ingin berbekam anda disyorkan untuk mengosongkan perut/jangan mengambil makanan yang berat sebelum berbekam,ini supaya proses pengeluaran darah kotor/detoksifikasi seimbang dan tidaklah hanya tertumpu pada organ pencernaan sahaja.

Kaum lelaki/wanita yang ingin berbekam sila SMS Muallij Ahmad 019-307 9883/Mazmira 014-5411150 sejam sebelum datang.

Rabu, 26 Mac 2014

BERBEKAM BAIK UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Bagi mereka yang mengalami penyakit kencing manis anda sangat-sangat disyorkan untuk berbekam 2 minggu sekali yer secara konsisten.


Fungsi bekam dapat menurunkan suhu dalaman badan,memperbaiki organ-organ dalaman seperti pankreas,ginjal dan sebagainya serta menurunkan paras gula dalam darah.

Pemakanan herba tradisional dan sunnah juga amat perlu disamping menjalani terapi bekam seperti mengambil sebiji kapsul habatus sawda sebelah pagi dan mengambil sebiji kapsul tunjuk langit sebelah petang pula.Kelebihan 2 herba yang saya sebutkan tadi juga bagus dalam memperbaiki organ dalaman kesan diabetes serta menurunkan paras gula dalam darah.

Bagi kaum lelaki anda tidak disyorkan mengambil ubatan klinikal diabetes dikhuatiri memberi kesan sampingan pada syahwat khususnya.

Bagi lelaki/wanita yang ingin berbekam sila SMS Muallij Ahmad 019-3079883/Mazmira 014-5411150 sejam sebelum datang yer.

Isnin, 24 Mac 2014

MENGAPA PERLU BERBEKAM..


Kebanyakan kes jurubekam membekam pesakit mereka akan ternampak gumpalan darah beku/jelly pada cawan bekam semasa proses berbekam tersebut.Ini terjadi kerana sistem gumpalan darah beku banyak menyumbat pembuluh darah badan pesakit hingga terjadinya keseluan dan sengal/lenguh anggota badan tertentu.InsyaAllah selepas berbekam sistem pembuluh darah akan berjalan lancar semula seperti biasa.

Bagi kaum lelaki/wanita yang ingin berbekam sila SMS Muallij Ahmad 019-3079883/Mazmira 014-5411150 sejam sebelum datang yer.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


Sabtu, 22 Mac 2014

HATI-HATI MEMBEKAM PESAKIT YANG TERKENA SIHIR

Jurubekam amatur yang masih baru berkecimpung dalam bidang bekam perlu mengambil langkah berhati-hati ketika membekam pesakit sihir.Serang balas sihir mungkin boleh berlaku akibat jin pengganggu yang berada dalam aliran darah pesakit akan cedera ketika proses bekam dijalankan.Selalunya darah bekam pesakit sihir ini bertali seperti gambar diatas.

Petanda jurubekam terkena serang balas sihir ketika membekam pesakit ialah kerap sakit kepala,badan gatal-gatal,kelesuan yang melampau,demam ataupun  muntah serta mimpi seram ketika tidur/sukar tidur.

Kaedah mengelakkan terkena serang balas sihir,jurubekam perlu membaca auzubillah,bismillah,kursi dan 3 qul sebelum membekam setiap pesakit sebagai doa perlindungan.

Andaikata jurubekam sudah terkena serang balas sihir seperti yang saya nyatakan diatas,jurubekam hanya baca ayat yang saya sebutkan tadi pada sebaldi besar air paip dan masukkan 2 kilo ais,tunggu ais tersebut cair lalu jurubekam mandi pada waktu lepas asar,insyaAllah tawar..

Untuk langkah pencegahan ataupun memantapkan pendinding diri,jurubekam perlu wiridkan ayatul kursi 100x setiap hari secara istiqomah,insyaAllah anda dilindungi oleh Allah SWT dan dipermudahkan urusan ketika membekam pesakit.

Bagi kaum lelaki/wanita yang ingin berbekam sila SMS Muallij Ahmad 019-3079883/Mazmira 014-5411150 sejam sebelum datang yer.

PETANDA GANGGUAN JIN


-Kerap bermimpi ular hitam/anjing hitam/binatang berwarna hitam
-Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi
-Kerap bermimpi menyusukan bayi
-Kerap bermimpi berada ditempat kotor/tempat sunyi
-Kerap bermimpi dikejar orang/hantu
-Kerap bermimpi seram
-Kerap terjaga dari tidur
-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Kerap batuk-batuk muntah darah
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Perut membesar
-Sakit organ tertentu tanpa sebab klinikal
-Kerap ditindih ketika tidur
-Kerap lebam dibahagian paha ketika bangun tidur
-Turun darah haid lebih 15 hari
-Kerap mendengar kat syiling rumah seperti bunyi guli jatuh atas lantai

Anda yang mengalami salahsatu simptom diatas,disyorkan datang sendiri ke pusat rawatan kami untuk sesi scanning bagi diagnos /kenalpasti sama ada terkena gangguan/penyakit klinikal/ masalah psikologi.

Rabu, 12 Mac 2014

KERJAYA BEKAM ADALAH SATU DAKWAH


-Jurubekam perlu menguasai ilmu Blogging,FB dan Youtube untuk penyebaran info berkaitan khasiat bekam pada masyarakat.
-Jurubekam perlu agih-agihkan brouchure khasiat bekam pada penduduk setempat dan juga surau/surau serta masjid.
-Jurubekam perlu menyediakan bilik bekam dirumah ala mini spa serta membeli beg bimbit peralatan bekam jika ada panggilan membekam dirumah pesakit.
-Jurubekam perlu meletakkan harga caj bekam yang berpatutan tanpa membebankan pelanggan/pesakit
-InsyaAllah dalam sebulan anda melakukan kerja-kerja bekam ini,masalah kewangan anda selesai dan secara tak langsung dapat menangani masalah inflasi yang meruncing di ketika ini.
-Dalam jangka masa panjang masyarakat setempat mula menyukai rawatan bekam yang anda perkenalkan dan mereka mula istiqomah menjalani rawatan bekam bagi mengelakkan terkena penyakit 3 serangkai.
-Itulah yang dinamakan dakwah kerana anda memperkenalkan perubatan sunnah nabi pada masyarakat dengan pelbagai teknik hebahan/marketing,perkara sunnah adalah perkara yang Allah SWT suka jadi Allah SWT akan memberikan bermacam-macam ganjaran kepada yang istiqomah menyebarkannya seperti kesihatan yang baik,ilmu bermanfaat,dapat membayar hutang,wang yang mencukupi dan hidup dalam keadaan selesa tanpa tertekan.

Selasa, 11 Mac 2014

KAEDAH BEKAM SUNNAH ADALAH PERUBATAN DARI LANGIT


Rasulullah SAW bersabda " aku tidak berjalan dihadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku israk,kecuali mereka berkata,wahai Muhammad,perintahkanlah umatmu agar berbekam"

(Riwayat Tirmizi daripada Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi)

Sila SMS Muallij Ahmad 019-307 9883/Mazmira 014-541 1150 sejam sebelum datang berbekam

KENAPA CAWAN BEKAM BERWAP/BERAIR


-Semasa proses sedutan bekam,gas-gas patogen pun disedut keluar sekali sehingga menyebabkan cawan bekam berwap

-Patogen adalah mikroorganisma hidup/bakteria/virus yang kita dapat daripada pemakanan mahupun pernafasan dari udara sekitar

-Patogen boleh masuk dan menyerang sistem badan manusia melalui sistem paru-paru dan sistem darah manusia sehingga menyebabkan manusia lesu,imun menurun,sakit sendi,batuk-batuk dan kerap demam

-Jurubekam disyorkan memakai mask/menyapu hidung dengan myk habatus sawda supaya mengelakkan patogen masuk ke sistem paru-paru

Sabtu, 8 Mac 2014

PENYAKIT MIGRAIN SEBAIKNYA BERBEKAM


Jika anda menghidapi migrain sebaiknya anda jangan terlalu bergantung pada ubatan klinikal seperti ponstan dan sebagainya,saya syorkan anda berbekam seminggu sekali hingga 3x sesi,insyaAllah kepala anda tidak sakit lagi.Jika anda enggan berbekam dan terus menerus bergantung pada ubatan moden,dikhuatiri kelak akan menyebabkan kesan sampingan pada buah pinggang.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)