Pembaca Setia...

Selasa, 11 November 2014

RAWATAN SIHIR BUSUNG DI PUNCAK ALAM


  Malam kami dijemput merawat pesakit lelaki yang menderita sihir busung dimana pesakit mengalami kembung perut dan juga sakit dialat kelamin.Pada malam harinya pesakit kadang-kadang mengigau bertarung dengan syaitan dan sebagainya,untuk info pesakit menderita sudah hampir 3 bulan.Semasa sihat beliau adalah seorang kontraktor yang berjaya,memandangkan beliau sakit teruk,maka beliau tidak dapat lagi meneruskan untuk mencari rezeki sebagai kontraktor lagi.

  Semasa ruqyah pembatal sihir serta hizib dibacakan pada pesakit,pesakit terasa ada sesuatu bergerak didalam perutnya dan pesakit kerap terkentut-kentut seolah angin bisa keluar perlahan-lahan dari perut tersebut.Setelah ruqyah tamat dibacakan pesakit disyorkan mandi air ruqyah dicampur ais serta minum air ruqyah 3x sehari dicampur minyak zaitun dan amalan harian pesakit ialah membaca sebanyak mungkin tasbih yunus,rawatan tamat.

Bagi pesakit yang inginkan perawat pergi kerumah bagi rawatan gangguan untuk kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449/Utz Adi 019-578 1099