Pembaca Setia...

Selasa, 14 Oktober 2014

KENAPA ADA JENIS SIHIR YANG SUSAH SANGAT NAK SEMBUH


-Ia selalunya jenis sihir puja (tanpa jin) yang dilakukan oleh bomoh tahap wali syaitan.

-Sihir puja juga ada ikatan dan perisai yang berangkai-rangkai/berlapis.

-Sihir puja yang terkenal ialah sihir jerut/santau angin/busung.

-Pesakit pula tidak pernah nak muhasabah diri/solat taubat.

-Perawat islam yang berpengalaman dan mempunyai kekuatan dalaman/rohani yang mantap mampu menangani kes sebegini.

-Perawat islam amatur yang baru dapat ijazah tidak disyorkan merawat kes sihir puja dikhuatiri terkena serangan kuat ahli sihir terhadap ahli keluarga yang lain.

-Pesakit pula jangan terlalu berkira memberi mahar rawatan pada perawat,kerana rawatan sihir puja perlu bacaan ruqyah yang sangat panjang dan risiko tinggi yang dihadapi perawat.Hargailah usaha para perawat islam.

-Ruqyah hizib 5x bacaan ulangan disyorkan untuk menangani kes sihir puja.Ruqyah hizib perlulah ada kebenaran ijazah untuk sanad pengamalan,ia perlulah disertai amalan tawasul terlebih dahulu.Ruqyah hizib yang terkenal dan ampuh di Malaysia ini adalah dari Syeikh Nuruddin Al Banjari.