Pembaca Setia...

Rabu, 3 September 2014

PARA PENIAGA RAJINLAH BERSEDEKAH


Syarat utama untuk maju dalam sebarang perniagaan adalah rajin bersedakah,bayarlah zakat perniagaan setahun sekali dan jangan sesekali menyimpan rasa hasad dengki terhadap peniaga yang lain.

- Khasiat bersedekah adalah dapat menambah keuntungan perniagaan harian/bulanan

-Mengelak bala/bencana/masalah pada perniagaan anda

-Memudahkan/melancarkan urusan perniagaan

-Menyembuhkan penyakit

-Memanjangkan umur

Jika sebaliknya kita menjadi seorang yang bakhil kedekut bersedekah,kerap menyimpan hasad dengki terhadap pesaing perniagaan yang lain tu yang kedai kita banyak masalah.Seperti masalah ditabur tanah kubur,kedai tidak kelihatan oleh pengunjung/suram dan badan terlalu lesu bila didalam premis perniagaan/kedai.

Untuk mengelakkan pelbagai halangan dalam berniaga seperti permainan sihir dan sebagainya,perbanyakkanlah sedekah dan istiqomahlah bersedekah setiap hari walaupun untung berniaganya sedikit.