Pembaca Setia...

Selasa, 23 September 2014

10 TITIK ASAS BEKAM PUSAT TERAPI SYIFA



Sudah hampir 7 tahun kami warga Pusat Terapi Syifa Shah Alam membekam lebih 10000 pesakit sejak 2007,titik asas bekam kami yang kami tekankan ialah 10 titik dibahagian belakang pesakit.

Titik ini amat-amat penting kerana merangkumi titik meridian tubuh + pembuluh darah utama,kelancaran darah dikawasan kepala dan organ penting tubuh badan seperti paru-paru,jantung dan ginjal.
InsyaAllah bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,segala organ tubuh badan mereka sentiasa sihat dan terjaga rapi juga aliran darah keseluruh badan akan lancar dan normal.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)