Pembaca Setia...

Selasa, 12 Ogos 2014

BAHANA MINYAK PENGASEH


Malam tadi kami di jemput ke Pantai Dalam KL untuk merawat surirumah yang terkena sihir,awalnya perjalanan agak sesat sedikit petanda kes berat akan dihadapi.

Bila sampai sahaja dirumah tersebut,surirumah tersebut sudah terbaring lesu serta separa kerasukan.Kami tanpa melengahkan masa terus membaca set 20 ayat ruqyah pembatal sihir,pesakit kerasukan makin ganas dan memandang kami dengan bengis sekali.Kemudian setelah 10min kerasukan jin dalam badan pesakit mula berkata-kata yang jin tersebut agak marah kerana si suami menggunakan minyak pengaseh pada isterinya sekarang dan dalam masa sisuami tidak menjamu darah seperti perjanjian semasa mengambil minyak pengaseh tersebut dahulu.Bila janji tidak ditepati jin penunggu minyak pengaseh membalas dendam dan mengganggu seluruh keluarga serta anak-anak pesakit tersebut bertahun-tahun lamanya.

Kami mula memujuk cara baik jin pengganggu tersebut dan jin tersebut setuju keluar ikut kaki pesakit setelah azan dilaungkan.Kemudian sebelum pulang kami memberikan nasihat pada suami isteri terbabit untuk mengamalkan solat taubat dan zikir istinjak secara istiqomah mudah-mudahan Allah SWT melindungi mereka kelak dari diganggu jin penunggu minyak pengaseh tadi.Diakhir sesi rawatan kami memagar 4 penjuru rumah mereka dengan membaca ayatul kursi dan spray cuka makan untuk menawarkan sebarang energi sihir,rawatan tamat.

Untuk rawatan sihir/pagar kediaman sekitar KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449 untuk temjujanji.

AMARAN : Jangan sesekali mengunakan khidmat minyak pengaseh yang berJIN untuk memikat pasangan,kerana hukumnya SYIRIK dan ada perlu lakukan solat taubat serta amal zikir istinjak istiqomah bagi menebus kesalahan tersebut.