Pembaca Setia...

Rabu, 7 Mei 2014

PELAJAR WANITA MELAHIRKAN BAYI DI ALAM GHAIB


Kisah kali ini adalah kisah benar rawatan sihir yang kami jalankan seminggu yang lepas pada pelajar wanita PTPL di Pangsapuri Perdana Section 13 Shah Alam.

 Pelajar tersebut mengadu kerap bermimpi dirogol jin dan mimpi mengandungkan bayi dan adakalanya jin merogol dalam keadaan separuh sedar juga.Perut pelajar wanita ini agak buncit sedikit berbanding rakan sebayanya walaupun umur beliau baru 21 tahun.Tanpa melengahkan masa saya terus membacakan set 20 ayat ruqyah pembatal sihir ,semasa dibacakan ruqyah pelajar tersebut mulanya kerasukan.Setelah hampir 10min kerasukan saya teruskan juga bacaan ruqyah tanpa sesi dialog,tiba-tiba pelajar terbabit mengangkangkan pehanya seolah-olah menunjukkan aksi bersalin dan mulut beliau tercungap-cungap.Selepas beliau tecungap-cungap dalam 5min tiba-tiba pelajar tersebut sedar dari kerasukan dan beliau merasakan seolah-olah ada bayi keluar melalui kemaluannya,wallahuaklam..

Kami memberikan secawan air ruqyah kepada pesakit kemudian kami membacakan yunus 81-82 ulang-ulang selama 10min lalu pesakit pun muntah dengan banyaknya,pesakit merasa badan mulai ringan sedikit.

Bagi kaum remaja wanita,anda disyorkan membaca kursi dan 3qul serta memakai wangian kasturi sebelum tidur malam untuk mengelakkan dari ditindih/dirogol oleh jin yer..Rawatan tamat..