Pembaca Setia...

Rabu, 12 Mac 2014

KERJAYA BEKAM ADALAH SATU DAKWAH


-Jurubekam perlu menguasai ilmu Blogging,FB dan Youtube untuk penyebaran info berkaitan khasiat bekam pada masyarakat.
-Jurubekam perlu agih-agihkan brouchure khasiat bekam pada penduduk setempat dan juga surau/surau serta masjid.
-Jurubekam perlu menyediakan bilik bekam dirumah ala mini spa serta membeli beg bimbit peralatan bekam jika ada panggilan membekam dirumah pesakit.
-Jurubekam perlu meletakkan harga caj bekam yang berpatutan tanpa membebankan pelanggan/pesakit
-InsyaAllah dalam sebulan anda melakukan kerja-kerja bekam ini,masalah kewangan anda selesai dan secara tak langsung dapat menangani masalah inflasi yang meruncing di ketika ini.
-Dalam jangka masa panjang masyarakat setempat mula menyukai rawatan bekam yang anda perkenalkan dan mereka mula istiqomah menjalani rawatan bekam bagi mengelakkan terkena penyakit 3 serangkai.
-Itulah yang dinamakan dakwah kerana anda memperkenalkan perubatan sunnah nabi pada masyarakat dengan pelbagai teknik hebahan/marketing,perkara sunnah adalah perkara yang Allah SWT suka jadi Allah SWT akan memberikan bermacam-macam ganjaran kepada yang istiqomah menyebarkannya seperti kesihatan yang baik,ilmu bermanfaat,dapat membayar hutang,wang yang mencukupi dan hidup dalam keadaan selesa tanpa tertekan.