Pembaca Setia...

Sabtu, 22 Mac 2014

HATI-HATI MEMBEKAM PESAKIT YANG TERKENA SIHIR

Jurubekam amatur yang masih baru berkecimpung dalam bidang bekam perlu mengambil langkah berhati-hati ketika membekam pesakit sihir.Serang balas sihir mungkin boleh berlaku akibat jin pengganggu yang berada dalam aliran darah pesakit akan cedera ketika proses bekam dijalankan.Selalunya darah bekam pesakit sihir ini bertali seperti gambar diatas.

Petanda jurubekam terkena serang balas sihir ketika membekam pesakit ialah kerap sakit kepala,badan gatal-gatal,kelesuan yang melampau,demam ataupun  muntah serta mimpi seram ketika tidur/sukar tidur.

Kaedah mengelakkan terkena serang balas sihir,jurubekam perlu membaca auzubillah,bismillah,kursi dan 3 qul sebelum membekam setiap pesakit sebagai doa perlindungan.

Andaikata jurubekam sudah terkena serang balas sihir seperti yang saya nyatakan diatas,jurubekam hanya baca ayat yang saya sebutkan tadi pada sebaldi besar air paip dan masukkan 2 kilo ais,tunggu ais tersebut cair lalu jurubekam mandi pada waktu lepas asar,insyaAllah tawar..

Untuk langkah pencegahan ataupun memantapkan pendinding diri,jurubekam perlu wiridkan ayatul kursi 100x setiap hari secara istiqomah,insyaAllah anda dilindungi oleh Allah SWT dan dipermudahkan urusan ketika membekam pesakit.

Bagi kaum lelaki/wanita yang ingin berbekam sila SMS Muallij Ahmad 019-3079883/Mazmira 014-5411150 sejam sebelum datang yer.