Pembaca Setia...

Khamis, 20 Februari 2014

WANITA MUDAH DISIHIR MELALUI FB



Terdapat beberapa cara yang dilakukan oleh lelaki untuk menyihir wanita dengan sihir pengasih antaranya:

1. Dengan menggunakan minyak pengasih

Minyak pengasih akan dicolekkan pada anggota badan, atau menyalami wanita tersebut. (tangan telah dioleskan dengan minyak pengasih.)

2. Menggunakan barang - barang milik wanita

Barang milik wanita yang diingini seperti sapu tangan, baju dsb diambil dan dibacakan mantera pengasih atau dipuja hingga wanita itu tergila - gila kepadanya.

3. Menggunakan mantera pengasih

Mewiridkan mantera pengasih yang disisipkan nama wanita yang diinginkan.

4. Menggunakan barang pengasih.

Barang pengasih akan diletakkan di tempat yang sering dilalui oleh mangsa, apabila mangsa memijak atau melangkahi barang pengasih, maka tercapailah kehendak penyihir.

5. Menggunakan gambar

Cara ini sering dilakukan. Facebook memudahkan penyihir memilih mana-mana wanita yang diingini tanpa batas.(terutamanya yang tidak menutup aurat) Gambar tersebut akan dibacakan mantera pengasih atau dipuja. (Terdapat cara yang sangat mudah untuk menyihir wanita melalui gambar namun tidak dinyatakan di sini kerana bimbang akan disalahgunakan).

Selain itu, wanita yang mendedahkan gambar di facebook juga mendapat risiko yang tinggi untuk terkena penyakit ain dan seterusnya mengundang kepada pelbagai penyakit rohani dan fizikal yang kronik.

Oleh sebab itu wahai saudariku, janganlah tayangkan gambarmu di facebook, sungguh itu sangat berbahaya buatmu. Untaian rasa ini dicoretkan setelah kebimbangan yang amat sangat mengenai fenomena para wanita menayangkan gambar di facebook dengan pelbagai aksi . Hati ini begitu tersentuh apabila ada wanita yang hampir gila akibat dikenakan sihir pengasih. Berdasarkan pengalaman merawat, kini facebook dijadikan medium yang berkesan untuk memusnahkan kehidupan para wanita.

Wallahu alam.

Muslimah solehah tak akan bergedik depan kamera atau jiwang dalam muka buku. Dia hanya manja dan ceria bersama keluarga tetapi menjaga maruah dan memiliki haibah di hadapan manusia. Kalau dia berjalan mata-mata lelaki malu memandangnya, gadis-gadis hormat padanya dan kaum ibu berbangga jika ada anak sepertinya. Wanita solehah amat berahsia, kisah peribadinya bukan untuk tatapan semua manusia !

Demi Allah! Beruntunglah wanita yang dapat menjadi bidadari dunia dan bidadari akhirat. Dia menjaga dirinya daripada dilihat dan dia tidak dapat disentuh oleh tangan yang jahat. Ianya bak permata yang mahal dan hanya boleh diperolehi melalui jalan yang halal.