Pembaca Setia...

Sabtu, 4 Januari 2014

KONSEP BEKAM DALAM MERAWAT PENYAKIT


-Apabila berlaku torehan/tusukan jarum bekam pada kulit,maka banyaklah hormon generasi sel tersebar,fungsi hormon tersebut adalah untuk memperbaiki/merawat segala kekurangan pada organ/bahagian yang dibekam tadi.Dalam masa yang sama banyak juga sel/tisu baru dihasilkan dan berlaku penambahbaikan tisu pada kawasan yang dibekam tadi.

-Setiap torehan/tusukan jarum bekam pada kulit juga sekaligus menggalakkan penghasilan SEL T,iaitu unsur utama sistem imun yang melawan sebarang penyakit dalam tubuh badan.Lagi banyak torehan/tusukan jarum bekam yang berlaku pada anggota badan,makin lagi banyaklah SEL T dihasilkan secara tak langsung sistem imun kita berada pada tahap yang maksimum setiap masa,dan individu tersebut agak sukar diserang sebarang penyakit.

-Pengeluaran darah kotor yang terdiri angin,patogen,sel darah merah yang mati,uric acid,toksin ,toksid,gula dan lemak berlebihan dalam aliran darah.Pengeluaran darah kotor yang disebutkan tadi akan melancarkan sistem aliran darah dan menjamin hanya darah yang bersih dan berkualiti akan dipam jantung keseluruh anggota badan.