Pembaca Setia...

Isnin, 30 Disember 2013

Sabtu, 28 Disember 2013

USIA SEL DARAH MANUSIA 120 HARI SAHAJA


Usia sel darah merah manusia hanya 120 hari sahaja,selepas 120 hari sel darah merah tersebut mati dan terkumpul dibawah eperdemis kulit,hanya sistem bekam sahaja yang mampu mengeluarkan darah dibawah eperdemis kulit tersebut,dan jika ia tidak dibuang dan dibiarkan berkumpul akan melemahkan sistem imun kelak.

Khamis, 26 Disember 2013

MEMBEKAM PESAKIT DARAH TINGGI



Gambar diatas adalah seorang pesakit darah tinggi yang berumur 50an,jika anda mengalami tekanan darah tinggi,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara istiqomah,insyaAllah tekanan darah anda stabil serta dapat mengelakkan serangan penyakit stroke dan juga serangan jantung.

Isnin, 23 Disember 2013

SAKIT LUTUT LEGA SELEPAS BERBEKAM

Bagi mereka yang sering sakit lutut diluarsana,anda disyorkan berbekam disekeliling lutut,insyaAllah lutut anda berfungsi semula dengan baik dan tidak sengal-sengal lagi.

Ahad, 22 Disember 2013

MEMBEKAM OVERHAUL PESAKIT KEBAS BETIS & GATAL ALERGI

Pesakit dibawah mengalami gatal-gatal akibat alergi makan dan juga kerap kebas betis ketika lama bersila,bekam overhaul disyorkan untuk beliau.
 

HARI KRISMAS KAMI BUKA SEPERTI BIASA


INTIPATI UCAPAN DATO HARUN DIN SEMALAM DI SEMINAR PERUBATAN ISLAM MASJID NEGERI SHAH ALAM


"Ilmu kasyaf tidak boleh dipelajari oleh orang awam,Allah berikan hanya pada Nabi Khidir A.S sahaja,sedangkan Nabi Musa ingin belajar pun beliau enggan mengajarnya dikhuatiri Nabi Musa tidak sabar kelak"

Jumaat, 20 Disember 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Safar.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

VIDEO RAWATAN JIN ASYIK

 

Bagi mereka yang inginkan rawatan sihir/pagar kediaman bagi kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449

Selasa, 17 Disember 2013

JEMPUTAN MEMAGAR RUMAH DI ULU LANGAT


Jemputan memagar rumah yang sering diganggu jin di Ulu Langat Selangor.Petanda rumah ada gangguan ialah kerap melihat kelibat,rumah suram dan juga kerap mendengar bunyi guli jatuh atas lantai pada syiling rumah.

Untuk khidmat rawatan pagar kediaman/kedai/pejabat dan rawatan sihir di lokasi masing-masing bagi kawasan KL/SEL hubungi Utz Haiqal 013-347 5449

Isnin, 16 Disember 2013

MEMBEKAM PESAKIT YANG BARU PERTAMA KALI BERBEKAM

Kebiasaannya pesakit yang baru pertama kali berbekam darah toksid yang keluar agak banyak sedikit berbanding bagi individu yang sudah biasa berbekam kerana kandungan toksid dalam darahnya tidak pernah terusik.Bagi individu diluarsana syor kurangkan sumber makanan yang berasid seperti daging dan seafood,kerana sumber makanan ini menyumbang kuantiti toksid dalam darah yang lama kelamaan boleh menyebabkan gout serta alergi gatal-gatal pada kulit.

Sabtu, 14 Disember 2013

DARAH KOTOR PESAKIT DARAH TINGGI



Membekam pesakit darah tinggi dari Puchong,beliau kerap mengadu pening kepala,sakit tengkuk dan bacaan tekanan darah agak tinggi.

Darah kotor yang keluar dibahagian tengkuk mengandungi toksid/toksin yang agak tinggi,petanda aliran darah seluruh kebahagian kepala agak terganggu dan kurang lancar.Selalunya selepas berbekam pesakit disyorkan pergi ke klinik/farmasi berhampiran untuk melakukan ujian tekanan darah semula,insyaAllah tekanan darah stabil dan tidak tinggi lagi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 10 Disember 2013

MERUQYAH PESAKIT MANGSA SIHIR DENGKI TEMPAT KERJA


Pesakit kerap pengsan ditempat kerja dan juga sakit-sakit badan serta lemah saraf serta kerap mengambil cuti.Pesakit kerasukan agak ganas dan memuntahkan rambut,kelihatan suami beliau pada video tersebut bertungkus lumus memegang isterinya yang sedang kerasukan.

Jika anda kerap pengsan ditempat kerja,kerap berdebar-debar ketika ingin bertolak ketempat kerja serta hilang semangat secara tiba-tiba untuk mencari rezeki,itu petanda anda mungkin terkena sihir penghalang rezeki yang lebih bersifat dengki dan membuatkan kita ingin berhenti kerja serta merta.

Bagi mereka yang inginkan perawat datang kerumah bagi rawatan sihir/pagar kediaman bagi kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449

ESOK CUTI UMUM KAMI BUKA SEPERTI BIASA


DARAH KOTOR PADA BETIS BAGI KES KERAP KEBAS


Semalam kami membekam pesakit dari Klang,beliau kerap menghadapi masalah kebas betis kaki.Selepas berbekam,darah kotor yang mengandungi angin,toksid dan toksin agak banyak keluar.Pesakit menyatakan kaki agak ringan setelah berbekam,alhamdulillah...

Isnin, 9 Disember 2013

JAGA OTOT PINGGANG ANDA DENGAN BERBEKAM



Pinggang akan lenguh/sengal jika..

-Duduk terlalu lama
-Bersukan sehingga terlalu penat
-Memandu/menunggang motosikal terlalu lama
-Kerap onani
-Terlalu kerap melakukan hubungan seks dalam sehari
-Makanan/minuman yang banyak mengandungi angin seperti air gas dan pulut
-Kerap minum minuman berais
-Kerja berat
-Berdiri terlalu lama
-Kandungan toksid/toksin tinggi dalam darah

Untuk merawat semua masalah diatas,anda disyorkan sebulan sekali berbekam dibahagian otot pinggang,insyaAllah otot pinggang anda kuat dan tidak lenguh lagi...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 5 Disember 2013

VIDEO MERUQYAH PESAKIT SIHIR DISYAKI MANGSA PUJA BOMOH SIAM



Pesakit terlebih dahulu menjalani bekam sihir,kemudian barulah sesi ruqyah.Pesakit sudah 7 tahun menderita sakit kaki,kepala dan dada terasa mencucuk,sudah kerap berjumpa pihak perubatan moden tapi bila scan tiada masalah apa-apa.

Apabila diruqyah pesakit kerasukan sambil menunjukkan isyarat seperti menikam kepala sendiri,sesi ruqyah diteruskan sampai tamat.Sebelum pesakit disyorkan minum dan mandi air ruqyah + ais,sebelum tidur malam disyorkan wirid yunus 81-82 41x kemudian tiup pada air dan buat minum bagi merawat diri sendiri.Rawatan susulan perlu dilakukan setiap 5 hari,rawatan tamat...

Untuk rawatan sihir/pagar kediaman bagi kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449

Rabu, 4 Disember 2013

MERAWAT SENJATA LAMA DI SEKSYEN 20 SHAH ALAM


Al kisah kali ini Utz Haiqal dijemput kerumah seorang pegawai polis di Section 20 Shah Alam utk rawatan ruqyah seisi keluarga dan juga rawatan membuang jin penunggu pada keris,alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Sebelum pulang Utz Haiqal mengesyorkan semua senjata lama/keris perlu direndam semalaman dengan air ruqyah supaya senjata tu kekal kosong tanpa jin penunggu.

Untuk rawatan sihir/pagar kerumah masing-masing sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449 terhad untuk kawasan KL./SEL

Selasa, 3 Disember 2013

BEKAM MERAWAT LUTUT BERKUDIS

Semalam saya sempat membekam seorang pesakit yang mengalami kudis dibahagian lutut,banyak juga darah kotor keluar semasa proses bekam dijalankan dikawasan berkudis tersebut..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 2 Disember 2013

PETANDA RACUN SANTAU BANYAK DALAM SALURAN DARAH



Bagi mereka yang terkena santau,selalunya kuku dan urat bawah lidah akan berwarna biru/ungu dimana petanda kuantiti racun agak tinggi dalam saluran darah.

Pesakit minum 2biji kelapa sehari iaitu pagi sebiji dan petang sebiji,sebelum tu air kelapa dibacakan Bismillah 5 11x terlebih dahulu.Kaedah ini adalah kaedah utama supaya pesakit muntahkan racun santau keluar dari mulut serta meneutralkan racun dalam dalah dan mencuci buah pinggang.

Pesakit perlu berbekam seminggu 1x sebanyak 3x sesi pada sendi-sendi badan baki mengeluarkan saki baki racun santau.