Pembaca Setia...

Selasa, 26 November 2013

MEMBEKAM PESAKIT GOUT DARI PUCHONG


Kisah kali ini adalah pesakit lelaki dari Puchong yang datang berbekam kerana merawat masalah gout iaitu sakit mencucuk di sendi ibu jari kaki.

Alhamdulillah selesai berbekam,kaki beliau tidak teruk sakitnya seperti sebelum berbekam tadi kerana banyak darah kotor beserta uric acid keluar semasa rawatan bekam tadi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 25 November 2013

JOM NAIKKAN SERI MUKA

Photobucket

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada air mineral, limau nipis, 9 kuntum bunga dan badan pelanggan. Khasiat kaedah rawatan aura seri ini dapat memberikan aura positif dan menyingkirkan segala aura negatif pada badan,menaikkan seri wajah, wajah tidak kusam lagi, menghilangkan sakit pening kepala, meringankan/menyegarkan badan, mudah dapat jodoh, fokus pada kerjaya dan mudah disenangi masyarakat serta menyembuhkan masalah sihir/saka. Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral, 9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga,bayaran mahar cuma RM50 sahaja.

Khamis, 21 November 2013

JAGA OTOT PINGGANG ANDA DENGAN BERBEKAM


Pinggang akan lenguh/sengal jika..

-Duduk terlalu lama
-Bersukan sehingga terlalu penat
-Memandu/menunggang motosikal terlalu lama
-Kerap onani
-Terlalu kerap melakukan hubungan seks dalam sehari
-Makanan/minuman yang banyak mengandungi angin seperti air gas dan pulut
-Kerap minum minuman berais
-Kerja berat
-Berdiri terlalu lama
-Kandungan toksid/toksin tinggi dalam darah

Untuk merawat semua masalah diatas,anda disyorkan sebulan sekali berbekam dibahagian otot pinggang,insyaAllah otot pinggang anda kuat dan tidak lenguh lagi...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 20 November 2013

BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..



Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 19 November 2013

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17,19 & 21 MUHARAM)


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Isnin, 18 November 2013

PESAKIT KES JIN ASYIK AKAN KERAP MENANGIS BILA DIRUQYAH


Setiap hari meruqyah pesakit wanita di pusat rawatan,pasti ada saja wanita yang menangis kesedihan semesa ruqyah dibacakan.Kebanyakannya adalah kes jin asyik,dimana jin lelaki kerap menindih dan merogol kaum wanita semasa tidur,dan apabila pesakit berkawan dengan lelaki/bertunang selalu jer putus ditengah jalan dek akibat hasutan/cemburu jin asyik tersebut yang kerap menimbulkan perbalahan sesama pasangan.



Sabtu, 16 November 2013

APA YANG DIKELUARKAN DARI BADAN SEMASA BERBEKAM..


-Angin
-Uric acid penyebab gout
-Darah yang mengandungi toksid
-Darah yang mengandungi toksin
-Gula yang berlebihan dalam darah
-Kolestrol
-Darah kotor yang bertali akibat gangguan jin

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 15 November 2013

SISTEM IMUN AKAN MENURUN JIKA TIDAK BERBEKAM


Bagi mereka yang pernah mengalami masalah gatal kulit akibat alergi makan makanan laut sudah tentu sistem imun mereka bermasalah akibat toksid/toksin yang tinggi dalam sistem aliran darah tubuh badan.Untuk meningkat sistem imun kembali normal,toksid/toksin dalam saluran perlu dibuang dengan kerap iaitu sebulan sekali dengan kaedah berbekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 13 November 2013

SURIRUMAH KOMA DISIHIR SUAMI SENDIRI ANGKARA POLIGAMI


Kisah rawatan luar kali ini berlaku di Bukit Jelutong Shah Alam,mengisahkan seorang surirumah beranak 2 koma hampir 5 tahun akibat disihir suami sendiri yang juga merupakan seorang pensyarah di universiti islamik yang terkenal di Malaysia.Motif kejadian ini ialah sisuami yang sudah mempunya isteri no 2 berketurunan Turki tidak mahu perkahwinan kedua beliau dicium oleh pihak isteri pertama.

Ahli keluarga sebelah isteri menceritakan bahawa sisuami memang tak suka melihat isterinya sihat dan juga kerap memukul anak-anak beliau sendiri.Selain itu sisuami selalu melakukan tabiat pelik seperti mengorek hidung dan telinga sambil membaca mantera sesuatu apabila menziarah isteri pertama beliau.

Dipendekkan cerita,saya terus membacakan set 20 ayat ruqyah pada pesakit dan diakhiri dengan azan serta memagar rumah pesakit 4 penjuru,selepas dibacakan ruqyah alhamdulillah pesakit ada memberi respon yang positif sedikit,rawatan tamat..

Bagi mereka yang inginkan khidmat perawat datang kelokasi masing-masing,sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449 terhad untuk kawasan KL/SEL sahaja.

Selasa, 12 November 2013

KHASIAT URUTAN PULIH BATIN






-Memecahkan angin pada saluran darah titik saraf batin
-Melancarkan sistem saraf dan saluran darah titik saraf batin 
-Dapat meningkatkan kadar ereksi zakar
-Melambatkan pancutan semasa berjimak 
-Meningkatkan keyakinan diri
-Menguatkan pinggang dan mencegah sakit pinggang

Jumaat, 8 November 2013

KEDAI SNOWGURT SURAM BERJIRAN DENGAN RESTORAN SYIAH


Ini kisah rawatan luar minggu ini berkenaan merawat Kedai Snowgurt di Shah Alam baru-baru ini.Semenjak setahun dibuka,prestasi jualan amat-amat tidak memberangsangkan bagi pihak owner,maka Utz Khairul dari Pusat Terapi Syifa pun dijemput untuk sesi bacaan ruqyah di dalam kedai tersebut.

Utz Khairul pun menyuruh empunya kedai suami isteri duduk sekali semasa set ruqyah 20 ayat dibacakan dan diakhiri dengan azan.Selepas ruqyah tamat dibacakan,pihak tuan kedai mengatakan sewaktu pejam mata tadi dia melihat bayangan wajah orang parsi dan beberapa ekor binatang berbulu bergolek-golek dihadapan kedai.Selain itu kepala tuan kedai juga agak sakit dan melayang serta sebelah tangan menjadi kebas,petanda ada tindakbalas gangguan.

Pihak tuan kedai sebelum ini ada pernah ditegur oleh pemilik restoran syiah tersebut,dia kata jika tak boleh berniaga keluar jer ler sebab dia nak take over semua deretan kedai tersebut.

Kesimpulannya,prestasi jualan merosot dari kedai snowgurt tersebut disyaki kesan bahana pelaris oleh restoran syiah tersebut dan sebahagian lagi berpunca dari harga produk snowgurt yang agak mahal dimana kebanyakan pelanggan prefer mencuba sekali sahaja dan tidak mahu kembali lagi.


Rabu, 6 November 2013

PETANDA TERKENA SIHIR PERCINTAAN


-Sering sakit tulang belakang selepas waktu asar tanpa sebab klinikal.
-Sering sakit kepala/dada selepas waktu asar tanpa sebab klinikal.
-Kerap terbayang wajah seseorang.
-Bingung.
-Sikap berubah secara mendadak.

Sihir percintaan boleh aktif akibat gambar mangsa di FB dipuja oleh Tok Moh,dicalit minyak,dihembus asap rokok ataupun barang-barang sihir dicampur pada makanan mangsa.

Bagi mereka yang boleh datang ke pusat rawatan,insyaAllah para perawat akan membatalkan sihir tersebut secara terus,bagi pesakit yang sudah tidak pulang kerumah,sila SMS 019-307 9883 Muallij Ahmad untuk rawatan jarak jauh.

KHASIAT BEKAM OVERHAUL


Bekam overhaul meliputi 20 titik bekam dan caj rawatan hanya RM100 sahaja,ia meliputi titik kawasan tengkuk,titik hayat di kawasan belakang badan,titik belakang peha dan labu betis.

Khasiat bekam overhaul ialah..

-Membuang toksid/toksin/uric acid dari sistem darah secara maksimum.
-Membuang angin badan secara maksimum.
-Menyembuhkan kebas-kebas betis dan peha.
-Menjaga organ dalaman seperti buah pinggang,jantung,hati dan pankreas.
-Mengurangkan stress pada otot tengkuk dan bahu.
-Mencerahkan mata serta menyembuhkan migrain.
-Mencegah penyakit gout.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 5 November 2013

MANDILAH AIS JIKA DISERANG JIN...


Bagi pesakit yang kerap diserang gangguan jin sehingga menyebabkan kepala terasa berat dan lesu anda disyorkan melakukan mandian ais sendiri dirumah yer..

Caranya sediakan sebaldi besar air paip,masukkan satu pek ais yang dibeli di 7-Eleven tu dan biarkan 15min bagi cair dahulu.

Bacakan kursi dan 3 qul 1x lalu tiup air mandian tersebut.

Jirus dikepala perlahan-lahan dan biarkan kering tanpa lap.

InsyaAllah kepala akan kembali ringan dan badan segar semula.