Pembaca Setia...

Khamis, 31 Oktober 2013

JOM HILANGKAN WAJAH KUSAM DAN NAIKKAN SERI..



Adakah anda berwajah kusam dan tiada kelihatan seri diwajah ?

Sebahagian punca wajah kusam ini berpunca dari gangguan jin dan sebahagian lagi berpunca dari tabiat berfikiran negatif orang tersebut..

Dengan kaedah terapi al quran yang kami jalankan insyaAllah wajah anda kembali berseri semula..

Allah SWT berfirman "Al-quran itu diturunkan beransur-ansur menjadi rahmat dan penawar bagi orang yang beriman" Al Isra 82


SENARAI MAKANAN SUNNAH YANG MAMPU MERAWAT SIHIR DENGAN PANTAS


1)Madu Asli
-Ambil 3 sudu guna sudu plastik campur pada secawan air mineral setiap pagi,baca kursi dan 3 qul terlebih dahulu sebelum minum,minum setiap pagi sehingga sembuh.

2)Air Zam Zam
-Minum 3 teguk setiap pagi,dimulai bismillah,selawat,fatehah kemudian niat,minum setiap pagi sehingga sembuh.

3)Kurma Ajwa
-Makan 7 biji setiap pagi sehingga sembuh

4)Minyak Zaitun Dara
-Lumur pada anggota badan yang sakit 3x sehari sehingga sembuh.

5)Daun Bidara
-Ambil 7 helai lalu ditumbuk dan dicampurkan sebaldi air paip,baca kursi dan 3qul 1x lalu tiup 10 saat air tadi.Lakukan mandian bilasan terakhir selepas waktu asar tiap-tiap hari sehingga sembuh.

Selasa, 29 Oktober 2013

PANDUAN MENGHINDARI DARI DITINDIH/DIROGOL JIN ...


Bagi kaum wanita yang kerap ditindih/dirogol jin serta mengalami lebam-lebam diseluruh badan petanda memang anda sedang mengalami gangguan jin asyik.Ikuti panduan dibawah supaya anda tidak diganggu jin asyik lagi yer...

-Spray bilik tidur 3 hari berturut dengan air yang sudah dibacakan kursi 7x.
-Mandi air ruqyah yang sudah dibacakan kursi 7x selama 1 hari sahaja.
-Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur malam,jika uzur memadai baca didalam hati sahaja.
-Elakkan meletak gambar hidup/teddy bear dalam bilik tidur.
-Bilik tidur mestilah bersih dan wangi.
-Pakaian wangian kasturi sebelum tidur malam.


Jumaat, 25 Oktober 2013

DARAH HAID AKAN TURUN BANYAK KETIKA DIRUQYAH..


Mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas,apabila pesakit wanita yang sedang mengalami gangguan dan kebetulan pula sedang datang haid,selalunya semasa diruqyah darah haid akan makin turun lagi banyak petanda rahim anda sedang menjalani penyucian yang maksimum dek kerana jin pengganggu kerap menduduki rahim wanita terutama yang sedang haid.

IMPLIKASI JIKA JIN SAKA TIDAK DIBUANG


-Susah hendak meninggal dunia,nazak berpanjangan.

-Jatuh syirik jika sedar tentang pendampingan saka dan keberatan untuk membuangnya.

-Sakit lutut,sendi utama dan kepala tak kira masa.

-Hati rasa tak tenteram dan terasa seolah-olah hendak mati.

-Sedih dan murung tak tentu pasal.

-Berfikiran negatif.

-Banyak penyakit genetik pada badan seperti penyakit 3 serangkai iaitu jantung/darah tinggi/kencing manis dan penyakit ini akan diwariskan juga pada anak serta cucu.

Rabu, 23 Oktober 2013

BAKAL PENGANTIN DISYORKAN URUT BATIN...



Bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga,anda disyorkan berurut batin terlebih dahulu,waktu disyorkan ialah 2 minggu awal sebelum tarikh nikah.

Khasiat urutan batin ialah :-

-Dapat berdayung lebih lama
-Ereksi zakar lebih mantap
-Zakar kelihatan besar/tegap ketika ereksi
-Meningkatkan keyakinan diri mengharungi malam pertama

PETANDA-PETANDA TERKENA SIHIR..



Sila perhati simptom-simptom dibawah ini..

-Sering sakit kepala/dada/pinggang pada waktu asar keatas
-Kerap berdebar-debar hingga takut keluar rumah/kerja
-Badan panas ketika waktu malam
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Sering gatal-gatal badan dan juga bisul
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Suami isteri panas bila berdekatan/serumah bila berjauhan rindu pula
-Mimpi ular/anjing hitam
-Mimpi rambut/benda tajam
-Mimpi tandas
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Banyak halangan jodoh
-Perniagaan merosot teruk
-Premis perniagaan banyak orang mengadu kerap tutup padahal buka sentiasa
-Kelesuan

BULAN MELEPAS SANTAU KEMBALI LAGI...


Mengikut pengalaman yang lepas-lepas,bulan november dan bulan dan disember adalah bulan para bomoh untuk melepas santau mereka secara rawak,jadi tak hairanlah pada dalam 2 bulan itu ramai yang sering mengalami masalah batuk-batuk yang berpanjangan.

Untuk mengelak daripada terkena santau,lazimkan membaca ayat diatas 3x pagi dan 3x petang yer kerana ia adalah amalan Rasulullah SAW..

Sabtu, 19 Oktober 2013

DAPAT BARANG PERCUMA BEKAM WANITA DI SHAH ALAM


Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam,anda akan dapat barang percuma Toner Aura Seri iaitu semburan wajah sebelum tidur malam bagi menaikkan seri wajah,menghilangkan wajah kusam dan merawat gatal-gatal muka.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 16 Oktober 2013

DAH MAKAN DAGING BANYAK,JOMLER BERBEKAM..


Dimusim raya korban kebanyakan orang islam di Malaysia akan memakan daging lembu dengan kuantiti yang tinggi dan kerap dalam seminggu ini sempena banyak lembu disembelih pada hari raya korban.Sedikit sebanyak kolestrol dan tekanan darah agak tinggi sedikit dari biasa,untuk menstabilkan semula anda disyorkan menjalani rawatan bekam yer..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Sabtu, 12 Oktober 2013

BEKAM + HABBATUS SAWDA SEMBUHKAN KENCING MANIS


Bagi individu yang mengalami penyakit kencing manis sudah tentu mereka mengalami masalah organ pankreas dalam menghasilkan insulin.

Anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali dikawasan belakang dan uluhati badan,kemudian makan kapsul habbatus sawda sebiji pagi dan petang istiqomah selama 3 bulan.InsyaAllah kadar gula dalam darah menurun dan ada pesakit yang lepas-lepas organ pankreas berfungsi kembali seperti biasa.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 10 Oktober 2013

MERAWAT RESTORAN DIBELENGGU SIHIR DI PUCHONG


Baru-baru ini saya dijemput oleh seorang pemilik restoran masakan melayu di kawasan Puchong berkenaan restorannya yang kekurangan pelanggan secara mendadak dan badan terlalu lesu bila duduk dalam restoran tu.Pihak pemilik restoran mengesyaki kejadian ini adalah perbuatan khianat oleh salah sebuah restoran melayu yang berhampiran dengan restoran beliau.Dipendekkan cerita saya terus membacakan set 20 ayat ruqyah ditengah kedai beliau dan diakhir azan lalu memagar restoran beliau 4 penjuru.Selepas beberapa hari berikutnya dengan izin Allah restoran tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan pelanggan pun ramai datang berkunjung.

Tetapi...selang seminggu berikutnya restoran tersebut kembali muram semula dan pelanggan tidak menjengah lagi,jadi pemilik restoran nekad untuk melihat pita cctv nya untuk meneliti satu persatu dengan lebih terperinci dikhuatiri ada orang baling barang sihir ke hapa.Perkara yang disyaki menjadi benar,apabila cctv di sorot kembali terlihat pemilik restoran yang berhampiran iaitu seorang wanita bertudung labuh berusia 50an berdiri disebelah restoran beliau melakukan aksi menggaru kemaluan sambil berdiri dan membuat isyarat membuang sesuatu ke restoran beliau.Jadi tak heranlah mengapa restorannya kerap bermasalah kerana pesaingnya aktif menghantar sihir secara berulang.

Saya nasihatkan pemilik restoran tu pasang cd al baqarah selama 2 jam setiap kali membuka premis perniagaanya dan setiap 3 hari spray cuka makan seluruh dalam dan luar restoran bagi mematikan sebarang objek sihir.

Untuk rawatan pulih kedai/pejabat/rumah dan merawat mangsa sihir di rumah masing-masing bagi kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haikal 013-347 5449

Rabu, 9 Oktober 2013

SIMPTOM-SIMPTOM SIHIR


-Kerap bermimpi ular/anjing hitam

-Mimpi dikejar orang

-Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut
 
-Mimpi tandas/tempat kotor

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi

-Kerap berdebar-debar

-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas

-Kerap melihat kelibat dirumah 

-Batuk yang berpanjangan

-Sikap berubah mendadak

-Suami isteri kerap bertengkar hal remeh temeh

-Gagal melakukan hubungan kelamin 
 
Jika anda mengalami sebahagian simptom diatas,sila berkunjung ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Sabtu, 5 Oktober 2013

BEKAM MERAWAT MASALAH ANGIN DALAM PERUT


Bagi mereka yang bermasalah angin dalam perut anda disyorkan berbekam dikawasan perut dan uluhati,insyaAllah angin dalam perut anda akan berkurangan dari hari kehari.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 2 Oktober 2013

TUSUKAN SAIZ JARUM 21G MENYAMAI KAEDAH TOREHAN


Bagi mereka yang terlibat sebagai jurubekam,saiz jarum yang disyorkan untuk membekam pesakit ialah saiz 21G kerana saiz 21G adalah saiz yang paling besar/lebar dan darah yang keluar daripda proses tusukan pada kulit menyamai dengan pengeluaran darah kaedah torehan.Memandangkan jarumnya lebar,ia agak sakit sedikit berbanding 26G tetapi saiz 26G hanya mengeluarkan darah dalam kuantiti yang sedikit sahaja berbanding 21G.

WAKTU LEPAS ASAR ADALAH WAKTU GANGGUAN MENYERANG


Jika anda mempunya masalah sakit kepala/dada/pinggang,sila perhatikan waktu sakit tersebut,jika ia berpunca dari gangguan selalunya serangan sakit lebih pada waktu asar keatas kerana pada masa tu jin baru bangun tidur dan waktu maghrib pula nadalah waktu kekuatan/kecerdasan pada tahap yang maksimum.Sebab tu pesakit gangguan dilarang keras berubat pada waktu maghrib.

Selasa, 1 Oktober 2013

RAWATAN PAGAR STESEN MINYAK PETRON


Kali ini saya dijemput untuk memagar stesen minyak petron di kawasan Bandar Utama,pemilik stesen minyak tersebut mengadu jualan menurun dan kebetulan stesen minyak itu bersebelahan Shell.

Saya membacakan set 20 ayat ruqyah dan memagar 4 penjuru kawasan stesen minyak tersebut,ketika memagar badan ada sedikit meremang petanda memang ada wujudnya energi gangguan sekitar stesen minyak tersebut yang membuatkan persekitarannya agak suram.

Bagi mereka yang inginkan perawat islam ke ketempat anda bagi kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haikal 013-347 5449

MENGAPA TIBA-TIBA JANTUNG BERDEGUP KENCANG

Fungsi umum jantung ialah mengepam darah keseluruh organ dan saluran darah sistem badan manusia,tetapi ramai yang tidak tahu fungsi jantung selain mengepam darah ialah dapat mengenalpasti aura jin yang berhampiran pada badan kita.Jika ada jin yang jaraknya lebih kurang 1m dari badan kita,maka secara automatik jantung kita akan tiba-tiba berdebar/berdegup kencang.Subhanallah dahsyatnya ciptaan jantung dari Allah SWT...

BEKAM MERAWAT MASALAH JERAWAT


Jerawat muka terjadi apabila kita kerap mengambil makanan berminyak,permukaan kulit muka sentiasa terdedah dengan kotoran serta stress yang berpanjangan.Untuk mengatasi masalah ini dengan pantas anda disyorkan berbekam seminggu sekali dikawasan wajah dan tengkuk untuk memperbaiki kelancaran sistem aliran darah serta memperbaiki tekstrur kulit wajah.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)