Pembaca Setia...

Ahad, 29 September 2013

KERASUKAN KETIKA RAWATAN AURA SERI


Ini kisah rawatan semalam apabila seorang wanita berumur 20an yang mendapatkan rawatan terapi aura seri di pusat rawatan kami.Semasa dibacakan ruqyah pesakit kerasukan sambil menunjukkan tangan seolah-olah kena ikat,adakah jin tu kena ikat wallahuaklam,saya teruskan membaca ruqyah sehingga tamat.Sebelum itu pesakit memberitahu perawat bahawa beliau sering berasa ketakutan dirumah seolah-olah ada lembaga kerap perhati dari belakang dan juga kerap ditindih ketika tidur.Selepas rawatan beliau pulang kerumah lalu melakukan sendiri mandian aura seri,badan pun terasa segar dan tak lesu serta malam pun boleh tidur lena dan tidak kena tindih lagi.Selain itu wajah beliau tidak kusam dan serabut lagi selepas mandian aura seri tersebut,alhamdulillah manusia hanya mampu berikhtiar Allah SWT penyembuh segalanya.

Sabtu, 28 September 2013

ADAKAH ANDA SUDAH TERKENA SIHIR ?



Sila perhati simptom-simptom dibawah ini..

-Sering sakit kepala/dada/pinggang pada waktu asar keatas
-Kerap berdebar-debar hingga takut keluar rumah/kerja
-Badan panas ketika waktu malam
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Sering gatal-gatal badan dan juga bisul
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Suami isteri panas bila berdekatan/serumah bila berjauhan rindu pula
-Mimpi ular/anjing hitam
-Mimpi rambut/benda tajam
-Mimpi tandas
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Banyak halangan jodoh
-Perniagaan merosot teruk
-Premis perniagaan banyak orang mengadu kerap tutup padahal buka sentiasa
-Kelesuan

Jumaat, 27 September 2013

PESAKIT KENCING MANIS JANGAN TAKUT BERBEKAM


Kaedah bekam kami menggunakan kaedah tusukan jarum yang halus dan luka bekam pun cepat sembuh,jadi pesakit kencing manis tak perlu gusar/was-was untuk berbekam yer.Khasiat berbekam ialah dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan juga memperbaiki organ pankreas dari masa ke semasa supaya kelak insulin akan dapat dihasilkan semula,insyaAllah..

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 26 September 2013

KHASIAT BEKAM OVERHAUL 22CUP RM110


-Merawat semua organ-organ dalaman badan
-Merawat masalah semua saraf seluruh badan termasuk kebas anggota badan
-Mengeluarkan daripada sistem darah segala toksid/toksin/uric acid/gula berlebihan/kolestrol dengan kadar maksimum
-Badan kembali segar dengan pantas
-Menghilangkan kelesuan seluruh badan

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 25 September 2013

BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..


Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 24 September 2013

JOM URUT BATIN..



Banyak khasiat bagi mereka yang istiqomah menjalani urut batin..

-Membuang angin disekitar urat-urat zakar dan lubang cincin
-Membuang angin dan melancarkan urat-urat sekitar bawah telur
-Meningkatkat tahap ereksi zakar
-Dapat berdayung lebih lama
-Zakar semakin tegap/mantap

AMALAN BEKAM KEPALA JUGA MENINGKATKAN IQ SERTA MENCERAHKAN MATA


Bagi mereka yang istiqomah berbekam dikepala sebulan sekali,insyaAllah IQ anda akan semakin meningkat dan penglihatan mata juga semakin cerah serta mencegah terkena penyakit strok dan migrain.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BERBEKAM MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA


Bagi kaum wanita yang ingin cepat hamil,anda disyorkan berbekam dikawasan pinggang,pinggul dan bawah pusat pusat sebulan sekali insyaAllah sistem kesuburan anda berada ditahap maksimum,mencegah masalah senggugut,cist dan juga fibroid.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SIHIR PUJA KELUAR RAMBUT..


Ini kisah rawatan yang berlaku minggu ini apabila ada seorang pelajar wanita UITM  Shah Alam datang berubat kerana kerap ditindih ketika tidur,sakit ari-ari,tulang belakang dan kerap-kerap batuk.Punca berlakukanya gangguan ini apabila beliau menolak pelawaan lelaki yang ingin berkawan rapat dengannya,lelaki tersebut pun sudah beristeri.Mungkin kerana tidak puas hati lelaki tersebut menyihir beliau membuatkan pelajar tersebut menderita dan sebagainya.Beliau kerap menjumpai rambut baik dirumah mahupun dibilik kuliah,tatkala diruqyah pun beliau muntah keluar rambut juga,merasuk usah cakapler  memang tak ingat dunia...

Nasihat saya untuk pelajar-pelajar wanita UITM,jika anda tidak suka dengan seseorang,anda boleh menolak pelawaan mereka dengan berhemah,jangan sesekali bercakap perkataan yang mengguris perasaan manusia,bak kata pepatah orang tua,"kerna mulut badan binasa"......

Isnin, 23 September 2013

5 PINTU MASUK SYAITAN PADA TUBUH MANUSIA


1) Perasaan terlalu marah
2) Perasaan terlalu berani
3) Terlalu lalai beramal
4) Perasaan terlalu takut
5) Perasaan terlalu sedih

Jika anda ada tabiat salah satu dari senarai diatas,hati-hati yer kerana jin/syaitan akan mudah memasuki badan anda bila-bila masa sahaja.

Ahad, 22 September 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh tarikh sunnahnya ialah 17,19 dan 21 zulkaedah,dimana jika berbekam pada tarikh tu darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Jumaat, 20 September 2013

PESAKIT DARAH TINGGI DISYORKAN BERBEKAM DITENGKUK


Bagi pengidap penyakit darah tinggi anda disyorkan berbekam dikawasan tengkuk dan belakang badan istiqomah sebulan sekali,insyaAllah tekanan darah anda kembali stabil.

Tekanan darah tinggi kalau dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan strok,serangan jantung dan kerosakan buah pinggang,cegahlah sebelum terlambat yer..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 19 September 2013

PETANDA ANDA SUDAH DIGIGIT JIN..


Bila bangun pagi anda dapati kaki/betis/lutut akan mengalami lebam seperti diatas,petanda jin asyik sudah menggigit badan anda..

MUDARATNYA JIKA SAKA TAK DIBUANG..


-Susah hendak meninggal dunia,nazak berpanjangan.

-Jatuh syirik jika sedar tentang pendampingan saka dan keberatan untuk membuangnya.

-Sakit lutut,sendi utama dan kepala tak kira masa.

-Hati rasa tak tenteram dan terasa seolah-olah hendak mati.

-Sedih dan murung tak tentu pasal.

-Berfikiran negatif.

-Banyak penyakit genetik pada badan seperti penyakit 3 serangkai iaitu jantung/darah tinggi/kencing manis dan penyakit ini akan diwariskan juga pada anak serta cucu.

-Sukar tidur malam.

Selasa, 17 September 2013

JOM RAWAT KEBAS-KEBAS KAKI DENGAN BEKAM..





Bagi mereka yang mengalami masalah kebas-kebas kaki ketika terlalu lama duduk bersila,anda disyorkan berbekam disepanjang otot betis dan peha,insyaAllah sembuh dan tidak kebas sekali.

Isnin, 16 September 2013

KAUM WANITA JANGAN BERPAKAIAN TERLALU SEKSI KETIKA TIDUR...


Bagi kaum wanita diluarsana yang masih belum bersuami,anda tidak disyorkan berpakaian seksi didalam rumah terutama ketika tidur,perkara sebegini boleh mengundang gangguan jin asyik.Jin asyik adalah jin jantan yang suka menindih kaum wanita dikalangan manusia,selain itu anda akan mengalami lebam-lebam dikaki serta mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali.

Pakailah wangian kasturi hitam ruqyah bagi mengelakkan diganggun jin asyik ketika tidur yer..

RAWATAN MERINGANKAN JODOH..


Bagi kaum wanita diluarsana yang sukar untuk mendapatkan jodoh,anda boleh berikhtiar dengan kami melalui kaedah rawatan aura seri..

-Pelanggan bawa sebotol air mineral 1.5liter,9 kuntum bunga rose dan 9 biji limau nipis.
-Pelanggan akan dibacakan ayat al quran tertentu.
-Pelanggan minum dan mandi air serta bahan-bahan tadi 3 hari berturut-turut.
-Pelanggan beramal surah yusuf ayat 4 setiap hari.
-Badan akan terasa ringan dan wajah mula berseri setelah 3 hari rawatan.
-Rawatan ini mampu menawarkan segala gangguan jin didalam badan juga.

Ahad, 15 September 2013

MAKANAN SUNNAH MENCEGAH LEMAH SYAHWAT


Kaum lelaki diluarsana perlu istiqomah mengamalkan pemakanan sunnah setiap pagi supaya terhindar dari sebarang penyakit lemah syahwat/kurang ereksi dan pancut awal.

Makanan sunnah yang bagus untuk penjagaan syahwat...

-Telur rebus separuh masak setiap pagi
-Madu minum 2 sudu setiap pagi
-Kapsul habatus sawda ambil sebiji setiap pagi

JENIS-JENIS RUQYAH


Ruqyah Sentuhan
Perawat akan memegang/meletakkan tapak tangan pada anggota badan tertentu pada badan pesakit samaada kepala/tengkuk/anggota yang sakit.

Ruqyah Pendengaran
Kaedah ini sering dilakukan dalam rawatan perdana/beramai-ramai dimana perawat menggunakan pembesar suara ketika meruqyah.

Ruqyah Jarak Jauh
Perawat menggunakan kaedah solat hajat,membaca zikir pengaktifan tenaga ghaib dan ayat ruqyah rawatan lalu meniup gambar pesakit.Rawatan ini sesuai dilakukan bagi kes pesakit yang enggan hadir rawatan/lari dari rumah.

HARI MALAYSIA KAMI BUKA SEPERTI BIASA


Rabu, 11 September 2013

90% LELAKI MENGALAMI MASALAH SYAHWAT


Masalah syahwat adalah terdiri daripada :-

-Lelaki yang mati pucuk akibat pengambilan suntikan insulin

-Kurang ereksi zakar dan pancut awal akibat stress,kerap onani,minum minuman sejuk/berais,sihir rumahtangga,kecedaraan pinggang dan kelesuan berpanjangan.

Rawatlah secara berurut dengan pihak kami jika anda mengalami salahsatu masalah diatas..

SIMPTOM-SIMPTOM SIHIR


-Kerap bermimpi ular/anjing hitam

-Mimpi dikejar orang

-Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut
 
-Mimpi tandas/tempat kotor

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi

-Kerap berdebar-debar

-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas

-Kerap melihat kelibat dirumah 

-Batuk yang berpanjangan

-Sikap berubah mendadak

-Suami isteri kerap bertengkar hal remeh temeh

-Gagal melakukan hubungan kelamin
Jika anda mengalami sebahagian simptom diatas,sila berkunjung ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Selasa, 10 September 2013

RAWAT JERAWAT MUKA DENGAN BERBEKAM


Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat di muka,anda disyorkan berbekam seminggu sekali,isnyaAllah jerawat anda mengecut dan kulit wajah semakin berseri dan tidak kusam lagi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BOMOH SANTAU YANG HEBAT KEBANYAKANNYA DARI GRIK


-Mahir dalam pembikinan santau angin
-Kebanyakan mangsa yang terkena santau angin akan menderita seperti susut berat badan/bisa badan
-Jika tidak diubati cara islam boleh menemui ajal

IKHTIAR RAWATAN BATU KARANG


Bagi mereka yang mengalami masalah batu karang,anda boleh berikhtiar dengan kami iaitu sila bawa barang-barang yang saya senaraikan dibawah ini..

-Sebotol air drinking water 5liter (pastikan drinking water bukannya mineral water)
-Sebtol extra virgin olive oil (beli di GIANT)
-Bayaran seikhlas hati

-Jika pesakit tidak hadir,waris boleh bawa barang-barangnya untuk diruqyah

InsyaAllah sembuh

MEMANAH ADALAH SALAHSATU RIADAH ANJURAN RASULULLAH SAW


-Meningkatkan kekuatan tangan
-Meningkatkan tahap fokus melakukan sesuatu perkara
-Untuk melatih umat islam bersedia perang diakhir zaman kerana taktikal perang akhir zaman akan mengikut kaedah lama seperti berkuda,pedang dan juga panah.
-Untuk riadah memanah boleh kunjungi di Sunway Pyramid

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

ADAB MAKAN CARA RASULULLAH SAW



-Mulakan dengan Bismillah
-Diakhiri dengan Alhamdulillah
-Makan dengan tangan kanan
-Tidak mengeji makanan
-Makan dengan kadar sederhana/tidak berlebihan/berhenti sebelum kenyang
-Makan secara berjemaah/kongsi dulang makanan
-Tidak bernafas pada gelas minuman
-Mulakan makanan yang berada dihadapan dahulu
-Menjilat jari jemari setelah selesai makan
-Posisi duduk ialah kaki kiri dilipat bawah punggung dan lutut kanan ditegakkan

Isnin, 9 September 2013

ULAR HITAM DALAM MIMPI ITU ADALAH JIN

Bagi mereka yang kerap bermimpi dibelit/dipatuk ular hitam,berhati-hatilah anda sebenarnya sedang diserang gangguan jin.Bukanlah bila kita bermimpi dipatuk ular itu petanda kita ingin dipinang oleh mana-mana lelaki.

KAEDAH MINUM CARA RASULULLAH SAW



-Minum 3 kali tegukan dengan diselangi nafas
-Tidak bernafas pada air

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA menceritakan "sesungguhnya Rasulullah SAW bernafas (ketika minum) dengan tiga nafas"
(Riwayat Al Bukhari,kitab Al-Asyribah no 5631)

Sabtu, 7 September 2013

MERAWAT ORANG GAJI INDONESIA MENGAMUK


Tiga hari lepas saya dijemput ke sebuah rumah berhampiran ICT Shah Alam kerana ada kes orang gaji indonesia merasuk teruk selama 3 hari.Semasa saya sampai pembantu rumah tersebut masih lagi berdiri kerasukan dan dalam keadaan yang sangat marah sekali.

Saya bersama majikan beliau meniarapkan pembantu rumah tersebut lalu membacakan ayatul kursi ulang-ulang pada air sekali.Dalam 15min ruqyah dibacakan pembantu rumah tersebut mulai lemah dan saya menyuruh pembantu rumah yang lain  memandikannya bersama dengan ais.Bila keadaan pembantu rumah tersebut agak sedar dan tidak merasuk lagi,saya sempat bertanyakan beberapa soalan dan saya suruh beliau berehat dalam bilik untuk tidur rehatkan diri kerana sudah lama sangat kerasukan.

Dari penelitian saya melalui kes diatas,pembantu rumah itu terlalu stress selama beliau bekerja dirumah tersebut dan dalam masa yang sama roh beliau juga lemah dek kurang amalan kerohanian.

Dalam hal ini pihak majikan kena berbincang dan perhalusi tentang hal-hal kerja dengan pembantu rumah tersebut,tanyakan pada pembantu rumah tersebut apakah perkara-perkara yang membuatkan dirinya tersangat stress sebab jika perkara begini tidak diselesaikan,lama-lama majikan pun turut stress juga kerana pembantu rumah asyik merasuk dan dalam masa yang banyak ler kerja-kerja rumah terbengkalai.

Jumaat, 6 September 2013

KAEDAH MERAWAT MASALAH PERUT DENGAN MADU

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut seperti cirit birit/keracunan makanan anda disyorkan minum sesudu madu asli setiap 30min sehingga perut anda reda,insyaAllah sembuh.

Pastikan penggunaan sudu plastik ketika minum madu yer..

Untuk info kaedah merawat masalah sakit perut dengan minum madu adalah salahsatu kaedah perubatan bimbingan Rasulullah SAW.

KAEDAH MERAWAT DEMAM DENGAN AIR & RUQYAH


Bagi mereka yang mengalami masalah demam,anda hanya perlu sediakan sebotol air mineral 5 liter..

-Buka penutup air tersebut dan bacakan fatehah 1x dan surah penyejuk nabi ibrahim iaitu anbiya 69 11x lalu tiup 10 saat.

-Air tadi buat minum dan mandi/lap badan sekerap mungkin dalam sehari.

InsyaAllah suhu badan kembali normal,untuk info kaedah meruqyah pada air bagi merawat demam adalah salahsatu kaedah perubatan bimbingan Rasulullah SAW.

Khamis, 5 September 2013

PERKARA-PERKARA YANG MEMBENTENGI DIRI DARI SIHIR




-Istiqomah memakan kurma ajwa 7 biji setiap pagi
-Sentiasa tubuh dalam keadaan berwudhu
-Lazimkan solat berjemaah
-Lazimkan solat tahajud
-Lazimkan membaca ayatul kursi setiap hari
-Membaca doa keluar rumah
-Membaca doa perlindungan setiap kali masuk tandas

BAWA GAMBAR PASANGAN MASING-MASING BAGI KES SIHIR PEMISAH


Bagi mereka yang mengalami masalah sihir pemisah rumahtangga,jika pasangan tidak dapat hadir untuk rawatan sila bawa gambar pasangan masing-masing yer,semasa anda diruqyah kami juga turut meruqyah gambar yang anda bawa,selalunya anda tindak balas badan seperti panas sedikit bagi pasangan yang tidak hadir tersebut.Itu petanda tindakbalas rawatan,jangan panik yer..

Punca sihir pemisah...

-Gangguan jin asyik yang kuat cemburu
-Gangguan jin saka yang kuat cemburu
-Gangguan jin sihir yang dihantar orang ketiga/keluarga mentua/skandal/madu

Petanda sihir pemisah...

-Kerap sakit kepala/dada/pinggang lepas waktu asar keatas
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Benci melihat pasangan
-Tidak bernafsu pada pasangan
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Suka bergaduh hal remeh temeh
-Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi/ular hitam/tandas/seram

Tujuan sihir pemisah..

-Untuk putus tunang
-Untuk perceraian rumahtangga


*Sila baca surah al baqarah 102 1x sehari untuk menghindari dari terkena sihir pemisah rumahtangga..

Selasa, 3 September 2013

MERAWAT CYBER CAFE YANG BERBAU BANGKAI..


Seminggu yang lepas kami dijemput untuk merawat cyber cafe yang berbau bangkai di Shah Alam,dan dalam masa yang sama ramai pelanggan tetap komplen yang premis beliau kelihatan tutup selalu.
   Setibanya kami sampai dipremis tersebut,bulu roma meremang dan tengkuk agak sejuk petanda memang ada gangguan jin yang aktif dalam cyber cafe tersebut.Kami terus membacakan set 20 ayat ruqyah,kemudian diakhiri dengan azan,lalu kami sembur rata-rata seluruh premis tersebut.Alhamdulillah bau bangkai sudah tiada lagi petanda gangguan sihir mulai tawar sedikit demi sedikit.

Bagi mereka yang inginkan perawat islam datang kerumah/kedai sila SMS Utz Haikal 013-347 5449 terhad untuk kawasan KL/SEL sahaja.

Isnin, 2 September 2013

BAGAIMANA TOKSID BADAN TERHASIL



Toksid terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksid setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksid ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Bagaimana untuk membuang toksid dengan lebih berkesan???

Jawapannya ialah kaedah bekam adalah satu rawatan yang lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Lihat saja gambar darah pesakit ini, darah yang bertoksid atau beracun warnanya kehitaman. Jika di biarkan akan mengundang pelbagai jenis penyakit dalam tubuh badan kita pada masa akan datang. Oleh itu berbekamlah kerana bekam itu rawatan Sunnah untuk umat Islam.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PERKARA YANG MENGUNDANG JIN ASYIK..



Jin asyik adalah jin jantan yang suka mencintai/menindih/merogol kaum wanita.Kaum wanita perlu peka pada simptom-simptomnya supaya gangguan ini mudah dirawat...

-Kerap sakit kepala selepas asar

-Badan kerap gatal-gatal

-Ada tanda lebam pada lutut/peha

-Badan jadi sakit/lenguh apabila bangun tidur

-Kitaran haid tidak teratur

-Sakit dibahagian ari-ari

-Halangan dalam bab jodoh

Perkara-perkara yang menyebabkan jin asyik suka mengganggu wanita..

-Suka berpakaian seksi dirumah

-Tidur berseorangan

-Penakut/lemah semangat

-Bilik tidur yang kotor/berselerak

-Suka bersolek

-Suka mengagumi susuk tubuh badan sendiri

-Mandi bogel

-Tidak membaca doa ketika masuk bilik air

-Tidak membaca doa perlindungan sebelum tidur

-Suka mengelamun/termenung

-Kerap menyendiri/tidak bercampur dengan kawan-kawan