Pembaca Setia...

Khamis, 31 Januari 2013

SUDAH 31 KEMATIAN SETAKAT INI..

Ini kisah benar yang dilalui perawat kami iaitu Utz Haikal dimana beliau kerap dijemput merawat kerumah pesakit disekitar lembah klang.Kebanyakan kes-kes saka yang melibatkan warga emas yang sedang nazak terlantar atas katil,rawatan sudah agak berisiko tinggi dan boleh menyebabkan pesakit meninggal dunia semasa/selepas sesi bacaan set 20 ayat ruqyah.Selalu jika menghadapi kes-kes sebegini,kami akan memberitahu risiko-risiko kepada ahli keluarga pesakit/waris sebelum sesi ruqyah dijalankan.Selama hampir 2 tahun Utz Haikal menjadi perawat sepenuh masa,angka kematian pesakit sudah menjangkau 31 kes setakat ini.Perlu diingat,rawatan ruqyah ini asbab sahaja,ajal dan maut itu semuanya ketentuan dari Allah SWT jua.

Rabu, 30 Januari 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Isnin, 28 Januari 2013

WAJAH PESAKIT BERTUKAR SEPARA HANTU KETIKA SESI RUQYAH

Ini kisah rawatan yang berlaku semalam dalam pukul 8mlm di Pusat Terapi Syifa Shah Alam.Kisah rawatan kali ini ialah pada seorang surirumah yang kerap mengadu bermimpi menyusukan bayi,kerap sakit kepala dan sendi utama badan.Semasa ruqyah sesi pertama dijalankan,pesakit pengsan dan kemudian merasuk ganas dan berpusing-pusing seperti helikopter diatas lantai,lalu kami sedarkan dan beri pesakit minum air ruqyah.Kemudian kami meneruskan ruqyah sesi kedua pula,kali ini pesakit tertawa mengilai dan wajah pesakit yang asalnya berkulit cerah bertukar kehitaman dan berkerut bagai wajah hantu yang menyeramkan seperti yang sering kita lihat cerita seram di kaca tv.Proses penukaran wajah ini berlaku sekejap sahaja dalam 1min lebih kurang,dan kes sebegini adalah amat jarang-jarang berlaku sebenarnya sepanjang pengalaman merawat.Memandangkan pesakit sudah mengalami gangguan hampir 7 tahun,maka sesi rawatan perlu lebih kerap iaitu 5 hari sekali sebanyak 4-5x sesi rawatan susulan,rawatan tamat..

Jumaat, 25 Januari 2013

CUKA MAKAN MENGURANGKAN SAKIT AKIBAT GANGGUAN

Bagi mereka yang sakit akibat gangguan jin,adakalanya akan ada rasa menyucuk/sengal dikawasan tertentu anggota badan,contohnya pada otot pinggang,tulang belakang,jantung,dada,rusuk dan sebagainya.Untuk mengatasinya ialah buka botol cuka makan,bacakan Bismillah 3x dan Kursy 7x lalu tiup 10saat pada cuka tersebut.Apabila anda terasa sakit akibat gangguan,sapukan cuka makan ruqyah tadi pada tempat yang sakit 3-5x sehari,insyaAllah berkesan,selamat mencuba.

Isnin, 21 Januari 2013

HATI SAYA BANYAK TENANG USTAZ...

Ini mengisahkan rawatan buang susuk keatas pesakit lelaki berbangsa india 2 hari lepas.Beliau datang kepusat rawatan kami di Shah Alam bersama sebotol air mineral 5 liter dan sesikat pisang emas.Tujuan beliau untuk membuang susuk ini ialah kerana bahagian badan yang ditanam susuk suatu masa dahulu kini mulai rasa gatal dan tidak selesa.Dipendekkan cerita,kami terus membacakan ayat ruqyah pembatal sihir dan juga ayat pemecah dengan ulangan yang tinggi supaya sihir susuk terbatal dan juga barang susuk pecah hancur dan keluar melalui najis kelak.Selepas dibacakan ruqyah,kami bertanyakan pesakit apakah respon semasa rawatan sedang dijalankan tadi.Beliau mengatakan badan agak panas sedikit di bahagian tengkuk,dan dalam pada itu juga beliau merasakan diri dan jiwanya sangat-sangat tenang.Air doa yang kami bekalkan tadi kami suruh beliau mandi dan minum selama 7 hari dan pisang emas yang sudah diruqyah makan sebiji sehari,rawatan tamat..

Rabu, 16 Januari 2013

BAGAIMANA SISTEM BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT

-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.

-Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.

-Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.

-Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.

KELAS MENGAJI KERUMAH ANDA (KAWASAN SHAH ALAM)

Bagi warga Shah Alam yang inginkan tenaga pengajar mengaji al-quran kerumah anda,anda boleh hubungi perawat islam kami iaitu Utz Fadhil 019-5220253.Beliau berkelulusan Ijazah Syariah dari Pesantren Darul Ulomm Zakariyya Johanessburg Afrika Selatan dan berpengalaman mengajar disekolah agama tahfiz.Kelas mengaji ini terbuka kepada kanak-kanak/dewasa baik yang lemah/buta huruf kawasan Shah Alam dengan menggunakan formula Al-Hira,iaitu kaedah pantas 24 jam pandai mengaji.

Selasa, 15 Januari 2013

KAEDAH AMPUH MEMUSNAHKAN SIHIR & SAKA

-Berbekam dibahagian kepala seminggu sekali. -Minum dan mandi dengan air campuran bidara selama seminggu. -Sediakan sebesen air paip,masukkan 7 helai daun bidara yang sudah lumat ditumbuk dengan lesung batu. -Bacakan fatehah,kursi dan 3qul lalu tiup 10saat pada air dalam besen tersebut. -Ambil air tadi dan minum seteguk dan selebihnya buat mandian lepas asar. -Kaedah minum dan mandian ini perlu diulang selama 7 hari berturut.

InsyaAllah sembuh..

Daun bidara boleh didapati di Surau Al Munawarah Sect 13 Shah Alam.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Isnin, 14 Januari 2013

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

-Gigi berlaga ketika tidur -Mengerang/mengeluh semasa tidur -Kerap terjaga-jaga semasa tidur -Sukar melelapkan mata bila tidur -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Mimpi dipatuk/digigit/belit binatang berbisa warna hitam -Mimpi berada ditempat kotor/sunyi -Mimpi dukung/menyusu bayi -Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali -Kerap ditindih ketika tidur -Sayang melampau pada orang yang baru dikenali -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Gagal melakukan hubungan kelamin -Batuk yang berpanjangan -Kerap muntah darah -Kerap melihat kelibat dirumah -Mendengar seperti bunyi guli jatuh atas syiling -Sakit kepala selepas waktu asar -Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar -Sakit tulang belakang dan juga rusuk selepas waktu asar -Gatal-gatal kulit waktu maghrib -Badan panas waktu maghrib -Benci melihat muka suami/isteri -Banyak halangan dalam jodoh

Semua simptom-simptom diatas adalah gejala sihir dan ia perlu dirawat segera dengan 2 kaedah samaada kaedah terapi al quran ataupun berbekam ataupun kedua-duanya sekali bagi meraih kesembuhan yang maksimum,insyaAllah..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Khamis, 10 Januari 2013

KENAPA PENYAKIT SIHIR BERULANG-ULANG ?

Jawapannya mudah sahaja,kerana tapak gangguan dalam badan pesakit tidak dipecahkan...Jin secara umumnya boleh bergerak dalam aliran tubuh manusia,aliran darah yang jin suka tinggal/lalui ialah aliran darah yang kotor iaitu betul-betul dibawah permukaan kulit badan manusia.Kaedah bekam pula adalah satu proses melukakan/menusuk lapisan kulit untuk mengeluarkan darah kotor dari badan.Kesimpulannya bagi pesakit gangguan yang sering berulang-ulang,anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali pada anggota badan yang sakit,insyaAllah pengaruh gangguan jin akan berkurangan dari hari kehari kerana tapak gangguan tersebut sudah mulai pecah/musnah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 9 Januari 2013

MENGGIGIL KETIKA RAWATAN AURA SERI

Semalam ada seorang wanita 30an datang bersama bahan-bahan aura seri untuk mendapatkan terapi aura seri bagi meringankan masalah jodoh dan juga mudah dalam komunikasi dengan masyarakat.Dipendekkan cerita beliau terus duduk melunjur dan saya terus membacakan ayat-ayat al quran bagi membuang segala energi negatif dari badan pesakit,ketika ruqyah dibacakan pesakit menggigil agak kuat,kemudian saya baca ruqyah untuk round kedua pula,badan pesakit sudah ok dan tak berapa menggigil sangat,ia satu respon positif.Diakhir rawatan saya memberi panduan minum dan mandi air doa tadi bersama bunga dan limau supaya badan bersih dan segala unsur-unsur negatif dan sekaligus menyerikan wajah.Amalan yang beliau perlu amalkan pula ialah yasin 36 dan ali imran 31 dibaca 7x tiap-tiap lepas solat supaya jodoh diringankan olehNya dan disenangi masyarakat sekeliling.

Allah SWT berfirman :- "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya" (Yassin ayat 36)

Selasa, 8 Januari 2013

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM

Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan,insyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 7 Januari 2013

RAWATAN AURA SERI MERINGANKAN JODOH

Bagi mereka yang mempunyai halangan tak kesudahan bab jodoh,anda boleh berikhtiar dengan rawatan aura seri kami.Soal jodoh ketentuan itu rasminya urusan Allah SWT tapi kita sebagai manusia tidak salah berusaha selagi tidak menyalahi syarak.

Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in pusat rawatan kami bawa sebotol besar air mineral,9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Selasa, 1 Januari 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)