Pembaca Setia...

Khamis, 10 Oktober 2013

MERAWAT RESTORAN DIBELENGGU SIHIR DI PUCHONG


Baru-baru ini saya dijemput oleh seorang pemilik restoran masakan melayu di kawasan Puchong berkenaan restorannya yang kekurangan pelanggan secara mendadak dan badan terlalu lesu bila duduk dalam restoran tu.Pihak pemilik restoran mengesyaki kejadian ini adalah perbuatan khianat oleh salah sebuah restoran melayu yang berhampiran dengan restoran beliau.Dipendekkan cerita saya terus membacakan set 20 ayat ruqyah ditengah kedai beliau dan diakhir azan lalu memagar restoran beliau 4 penjuru.Selepas beberapa hari berikutnya dengan izin Allah restoran tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan pelanggan pun ramai datang berkunjung.

Tetapi...selang seminggu berikutnya restoran tersebut kembali muram semula dan pelanggan tidak menjengah lagi,jadi pemilik restoran nekad untuk melihat pita cctv nya untuk meneliti satu persatu dengan lebih terperinci dikhuatiri ada orang baling barang sihir ke hapa.Perkara yang disyaki menjadi benar,apabila cctv di sorot kembali terlihat pemilik restoran yang berhampiran iaitu seorang wanita bertudung labuh berusia 50an berdiri disebelah restoran beliau melakukan aksi menggaru kemaluan sambil berdiri dan membuat isyarat membuang sesuatu ke restoran beliau.Jadi tak heranlah mengapa restorannya kerap bermasalah kerana pesaingnya aktif menghantar sihir secara berulang.

Saya nasihatkan pemilik restoran tu pasang cd al baqarah selama 2 jam setiap kali membuka premis perniagaanya dan setiap 3 hari spray cuka makan seluruh dalam dan luar restoran bagi mematikan sebarang objek sihir.

Untuk rawatan pulih kedai/pejabat/rumah dan merawat mangsa sihir di rumah masing-masing bagi kawasan KL/SEL sila SMS Utz Haikal 013-347 5449