Pembaca Setia...

Sabtu, 7 September 2013

MERAWAT ORANG GAJI INDONESIA MENGAMUK


Tiga hari lepas saya dijemput ke sebuah rumah berhampiran ICT Shah Alam kerana ada kes orang gaji indonesia merasuk teruk selama 3 hari.Semasa saya sampai pembantu rumah tersebut masih lagi berdiri kerasukan dan dalam keadaan yang sangat marah sekali.

Saya bersama majikan beliau meniarapkan pembantu rumah tersebut lalu membacakan ayatul kursi ulang-ulang pada air sekali.Dalam 15min ruqyah dibacakan pembantu rumah tersebut mulai lemah dan saya menyuruh pembantu rumah yang lain  memandikannya bersama dengan ais.Bila keadaan pembantu rumah tersebut agak sedar dan tidak merasuk lagi,saya sempat bertanyakan beberapa soalan dan saya suruh beliau berehat dalam bilik untuk tidur rehatkan diri kerana sudah lama sangat kerasukan.

Dari penelitian saya melalui kes diatas,pembantu rumah itu terlalu stress selama beliau bekerja dirumah tersebut dan dalam masa yang sama roh beliau juga lemah dek kurang amalan kerohanian.

Dalam hal ini pihak majikan kena berbincang dan perhalusi tentang hal-hal kerja dengan pembantu rumah tersebut,tanyakan pada pembantu rumah tersebut apakah perkara-perkara yang membuatkan dirinya tersangat stress sebab jika perkara begini tidak diselesaikan,lama-lama majikan pun turut stress juga kerana pembantu rumah asyik merasuk dan dalam masa yang banyak ler kerja-kerja rumah terbengkalai.