Pembaca Setia...

Khamis, 20 Jun 2013

MUKA BENGKAK SETELAH BAKAR BATA

Minggu lepas ada seorang individu dari Sabah yang mengupah kami RM300 untuk tolong bakar bata bagi kaedah pulang sihir dimana abangnya di Pakistan sudah bertahun-tahun sakit kena sihir penunduk oleh isterinya tanpa kesudahan,tukang upah sihir adalah isteri pesakit iaitu kakak ipar beliau.Beliau pernah melakukan kaedah bakar bata ini suatu masa dahulu tetapi teruk diserang bomoh selepas itu.Selepas kami melakukan bakar bata,pada keesokan harinya wajah perawat kami agak bengkak teruk dan pada malam tersebut beliau bermimpi seolah berada diatas gunung (pergunungan Tibet) dan melihat seorang samy budha tengah membaca mantera.Jadi sahlah tok bomoh akan menyerang balas jika ada sesiapa yang melakukan bakar bata ini,dalam masa yang sama tukang upah sihir di Pakistan juga lemah badan dan muka turut bengkak juga,petanda kaedah bakar bata mendatangkan hasil dengan izin Allah SWT....