Pembaca Setia...

Khamis, 30 Mei 2013

AZAZIL DATANG MENJENGUK..

Ini kisah benar berlaku seminggu yang lepas kepada salah seorang perawat kami (Aswat) yang tengah berzikir dalam pukul 1 pagi dirumah beliau.Ketika asyik berzikir beliau dikejutkan alarm kereta beliau kemudian badan pula tiba-tiba terasa seram sejuk.. Kemudian tiba-tiba muncul jelmaan seorang lelaki berserban berwajah soleh bermata hijau duduk dihadapan beliau,jelmaan itu memperkenalkan diri sebagai wali Allah SWT dan lancar bercerita hal ehwal agama lebih kurang 15min.Diakhir perbicaraan jelmaan tersebut mengajak Aswat untuk menjadi pengikut beliau dan bermacam ganjaran,kekuasaan serta kekayaan akan diperolehi jika menjadi pengikut setianya.Aswat menolak dengan berhemah kerana ia akan melibatkan kesesatan akidah,kemudian azazil yang menjelma wali Allah tersebut amat marah sekali dan mata yang berwarna hijau terus bertukar menjadi merah lalu jelmaan tersebut menghilang tiba-tiba.....