Pembaca Setia...

Jumaat, 5 April 2013

MANTAPKAN PENDINDING DIRI..

Dalam minggu lepas kami ada merawat seorang pesakit sihir yang agak berat dimana beliau kerap bermimpi ular hitam yang banyak diatas katil.Beliau dahulunya adalah seorang peniaga kain,semenjak 4 tahun kebelakangan ini beliau tidak mampu berniaga lagi kerana separuh badan beliau terasa sangat lemah seperti minor stroke.Sebelum berjumpa dengan kaedah rawatan islam,beliau kerap memanggil tukang urut datang kerumah,dalam 4 tahun ini juga ada 2 orang tukang urut yang meninggal dunia selepas mengurut beliau akibat serang balas jin sihir dalam badan beliau.Bagi perawat baru/tukang urut yang ingin merawat pelanggan/pesakit anda,berhati-hatilah jika pelanggan anda pernah menyebut tentang mimpi ular hitam yang banyak kerana ia adalah jenis sihir yang kuat/agresif,mantapkanlah pendinding diri terlebih dahulu yer sebagai langkah keselamatan.