Pembaca Setia...

Selasa, 12 Mac 2013

SUSULAN MERAWAT PESAKIT SIHIR HILANG SUARA

Selepas seminggu rawatan pertama,pesakit yang mengalami hilang suara datang lagi kali ini dengan membawa air,madu,kelapa dan juga beras untuk rawatan susulan kedua.Selama seminggu minum dan mandi air doa,pesakit sudah ada suara semula tapi belum sepenuhnya,alhamdulillah Allah SWT memudahkan urusan rawatan kami terdahulu.Pada rawatan yang terdahulu,semua perawat disini terasa bahang panas dari badan pesakit,menunjukkan betapa masih aktifnya sihir santau pesakit walau pesakit ada pergi 5-6 tempat pusat rawatan islam yang lain sebelum di pihak kami.Pada rawatan ruqyah kali ini,pesakit pun kurang merasa panas apabila dibacakan ruqyah,itu petanda positif pengaruh sihir semakin berkurangan,alhamdulillah..Sebelum pulang kami mengesyorkan pesakit menumbuk beras yang kami sudah bacakan ruqyah tadi dicampur air kelapa untuk dibuat minum,air doa 5liter yang kami bacakan tadi seperti biasa pesakit buat minum dan mandi selama seminggu untuk menghapuskan saki baki sihir dalam badan.Akhir sekali pesakit disyorkan baca 3qul 3x tiap-tiap lepas solat dan juga sebelum keluar rumah untuk pendinding diri.