Pembaca Setia...

Khamis, 28 Mac 2013

KERIS PUNYA HAL..

Kisah rawatan kali ini ialah di Kampung Jawa Klang,pesakit menjemput kami untuk merawat dan memagar rumah beliau.Pesakit menderita sihir hampir 10 tahun,dan memburukkan lagi keadaan ada sekumpulan lelaki dari Sabak Bernam pernah menawarkan diri untuk mengubati beliau beberapa tahun lepas.Mereka pada awalnya meminta bayaran RM1K,tetapi bila sampai dirumah pesakit,mereka menaikkan harga rawatan tiba-tiba ke RM10K,tetapi pesakit berkeras untuk membayar RM1K sahaja seperti yang dipersetujui sebelum ini.Selepas sesi rawatan,sekumpulan lelaki tu itu pulang dan sebelum pulang mereka menyuruh pesakit menyimpan 2 bilah keris jawa pemberian mereka sebagai pendinding diri.Apabila Utz Haikal datang kerumah pesakit,setelah diselidiki semua sekali maka keris berpenunggu ini jugalah yang menyebabkan gangguan pesakit ini berulang-ulang dan sakit berpanjangan.Seperti biasa kami membacakan set 20 ayat ruqyah pada pesakit,membersihkan rumah pesakit dan diakhiri memagar rumah pesakit.Semasa sesi rawatan ruqyah badan pesakit agak panas dan muntah-muntah,sebelum pulang,kami membawa balik keris itu ke pusat rawatan kami untuk ditawarkan,rawatan tamat..

Bagi mereka yang inginkan perawat islam datang kerumah bagi kawasan KL/SEL,sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal.