Pembaca Setia...

Khamis, 14 Mac 2013

KENA ROGOL DENGAN JIN LAGI...

Semalam saya didatangi sepasang suami isteri yang baru 2 minggu berkahwin,si isteri kerap mengadu sakit sendi dan badan serta kerap ditindih sewaktu tidur dan juga kerap mimpi melakukan hubungan kelamin.Kes sebegini dipanggil gangguan jin asyik dimana jin jantan suka menyetubuhi wanita dikalangan manusia,pesakit juga kerap mendengar bisikan "sayang" dari makhluk jin nie tak kira masa.Jika kes sebegini dibiarkan berlarutan tanpa rawatan dari perawat islam,secara tak langsung akan menyebabkan haid tidak teratur serta masalah rumahtangga dimana jin pengganggu akan meniup api perbalahan dan kemarahan dalam emosi mereka.Dipendekkan cerita kami meruqyah pesakit dengan set 20 ayat ruqyah,semasa sesi ruqyah dibacakan pesakit terasa panas dan separa kerasukan menangis seolah sedih yang amat sangat.Diakhir rawatan,kami membekalkan pesakit airoa untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,minyak kasturi hitam ruqyah perlu dipakai sebelum tidur malam kerana jin pengganggu tidak menyukai wangian kasturi.Pesakit juga perla mengamalkan ayat perlinduangan diri 3 qul tiap-tiap lepas solat dan sebelum tidur malam,rawatan tamat..