Pembaca Setia...

Rabu, 6 Mac 2013

BADAN GATAL-GATAL TEMPIAS MENGURUT


Semalam saya didatangi oleh seorang wanita yang merangkap pengusaha spa dan tukang urut di kawasan Shah Alam.Beliau mengadu badan tersangat gatal pada waktu-waktu tertentu sehingga beliau mengambil pil tidur waktu malam kerana tidak tahan azab gatal tesebut.Punca beliau mengalami gatal-gatal tersebut ialah apabila beliau mengurut seorang makcik yang disyaki ada gangguan saka,selepas sesi urut tersebut,apabila tiap-tiap kali menjelang waktu solat badan akan menjadi gatal yang amat sangat.Saya terus meruqyah beliau beserta air yang dibawa dengan set 20 ayat ruqyah,semasa ruqyah dibacakan bahagian muka pesakit ada terasa gatal sehingga bibir beliau bengkak serta merta,biasalah tu tindak balas rawatan.Sebelum menamatkan rawatan,saya syor pesakit minum dan mandi air doa beserta 7 sudu garam bukit bagi merawat masalah gatal kulit,pesakit disyorkan juga membaca 3qul 3x tiap-tiap lepas solat dan juga sebelum mengurut untuk perlindungan diri,rawatan tamat..