Pembaca Setia...

Isnin, 25 Februari 2013

MERAWAT PESAKIT USAHAWAN BUTIK PENGANTIN

Semalam seorang pesakit wanita dari Klang ditemani suaminya datang ingin membuat rawatan ruqyah kerana terlalu kerap sakit kepala,sudah banyak kali jumpa specialist untuk sesi scanning tapi pihak perubatan moden mengatakan tiada sebarang masalah kesihatan berlaku.Beliau ada mengusahakan kedai butik pengatin di Klang,apabila beliau masuk ke kedai sahaja,kepala dan badan kerap sakit-sakit,jika diluar kawasan kedai tidak pula.Kami seperti biasa memegang ubun-ubun pesakit dan membacakan set 20 ayat ruqyah,baru 3 ayat dibacakan pesakit sudah baring dan kerasukan.Semasa kerasukan,jin pengganggu tidak henti-henti mengugut perawat dan sebagainya,memandangkan jin pengganggu agak liat,habis 20 ayat dibacakan kami memberi rehat pesakit sebentar dan memberikan secawan air ruqyah pada pesakit.Kemudian kami menyambung semula ruqyah dengan ayat azab dibaca ulang-ulang dan pesakit masih kerasukan dan jin pengganggu masih enggan keluar dari badan pesakit,kami akhiri rawatan dengan azan.Saya mengesyorkan perawat (Utz Haikal) datang ke kedai beliau untuk sesi ruqyah membersih dan memagar kawasan kedai,selain itu pesakit perlu minum dan mandi air doa + ais selama seminggu bagi melemahkan jin pengganggu dalam badan,sesi rawatan berikutnya dalam 10 hari pesakit perlu datang semula ke pusat rawatan,rawatan tamat..