Pembaca Setia...

Khamis, 27 September 2012

RAWATAN AURA SERI PADA PESAKIT SANTAU

Semalam ada seorang ibu tunggal berusia lewat 30an dari KL datang mendapatkan rawatan aura seri,beliau seperti biasa membawa bahan-bahan aura seri seperti limau,air mineral dan 9 kuntum bunga.Beliau mengadu sepanjang 2 tahun ini badan beliau kerap sakit dan batuk berpanjangan akibat gejala sihir.Dipendekkan cerita saya terus membacakan ayat aura seri dan pembatal sihir selama 15min pada beliau,sepanjang ruqyah dibacakan beliau muntah tak berhenti,ini bermakna banyak lagi barang-barang kotor menghuni badan beliau selama ini.Dipenghujung rawatan saya memberi panduan minum dan mandi air doa serta bahan-bahan rawatan aura seri ini,saya juga memberikan sebotol air mawar yang dibacakan ruqyah untuk beliau spray pada muka sebelum tidur bagi mencantikkan kulit muka supaya tidak kusam dan kekal berseri,pesakit juga perlu datang rawatan susulan sebulan sekali,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Isnin, 24 September 2012

JIN MELOMPAT BILA TERKENA AYAT RUQYAH

Lima hari yang lepas saya ada dijemput oleh sekeluarga dari Bandar Sunway untuk melakukan rawatan sihir dirumah mereka.Mereka sekeluarga mengalami sakit kepala yang agak kuat apabila menjelang maghrib.Apabila saya sampai disana,saya terus membacakan set ayat ruqyah pada mereka sekeluarga dan juga air mineral 2 peti.Semasa proses ruqyah dibacakan,pesakit mula kerasukan dengan melompat-lompat seperti katak.Rawatan dihentikan buat sementara waktu,saya terus memberi pesakit air ruqyah,kemudian sesi ruqyah terus disambung.Alhamdulillah pesakit tidak melompat lagi,pesakit merasakan ada sesuatu keluar di hujung jari selepas sesi ruqyah kedua tersebut.Sebelum pulang saya menyuruh semua ahli keluarga untuk minum,mandi dan renjis seluruh rumah dengan air ruqyah yang saya bacakan tadi,mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada mereka sekeluarga.

Bagi rawatan gangguan jin kerumah sila SMS Utz Haikal 013-347 5449

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGURANGKAN BEBAN ORGAN GINJAL

Ginjal adalah organ penting pada tubuh manusia dimana fungsinya menapis darah untuk menyalurkan kandungan darah bersih keseluruh tubuh badan.Apabila toksid/toksin terlalu tinggi pada saluran darah,akan menyebabkan bebanan yang tinggi dalam proses penapisan darah sekaligus melemahkan fungsi organ ginjal.Dengan berbekam,kandungan toksid/toksin pada saluran akan berada pada tahap minima dan juga regenerate hormone akan dirembeskan dengan banyak dibahagian ginjal apabila berbekam dikawasan belakang badan.Fungsi regenerate hormone adalah untuk memperbaiki tisu/organ yang berhampiran dengan titik bekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 20 September 2012

SEL T AKAN BANYAK DIHASILKAN SELEPAS BERBEKAM

Sel T adalah bahan utama dalam pembentukan sistem antibodi badan,apabila kita konsisten berbekam maka banyaklah SEL T terhasil pada kawasan yang kita bekam sekaligus sistem pertahanan badan meningkat dalam melawan segala penyakit.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 18 September 2012

PENUNGGU HARIMAU PUTIH..

Kira-kira 3 minggu yang lepas Utz Haikal ada dijemput ke Klang untuk merawat sebuah keluarga yang diganggu saka keturunan.Badan pesakit adakalanya sakit-sakit apabila ewaktu maghrib dan bila waktu malam pesakit kerap melihat 2 ekor jelmaan harimau putih dihalaman rumahnya.Apabila Utz Haikal datang merawat,seperti biasa beliau membacakan set ayat ruqyah dirumah pesakit dengan diakhiri khutbah Nabi Sulaiman serta azan,lalu beliau memagar kawasan rumah dan halaman supaya makhluk halus/jin berpindah dan tidak lagi mengganggu rumah pesakit.Alhamdulillah setelah 3 hari pesakit ada menelefon Utz Haikal yang beliau tidak pernah melihat lagi sebarang jelmaan harimau putih setelah Utz Haikal memagar rumah beliau dengan ayat suci Al Quran.

Bagi rawatan kerumah pesakit sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449

Isnin, 17 September 2012

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM BEKERJA DALAM MENINGKATKAN KESIHATAN TUBUH MANUSIA

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

Bagi pesakit wanita anda akan mendapat toner aura seri dan minyak aura kasturi percuma jika berbekam di Shah Alam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 13 September 2012

MENGAPA ORANG ISLAM DI MALAYSIA RAMAI YANG SAKIT 3 SERANGKAI

Photobucket Secara umum kita tahu ramai dikalangan saudara mara dan kawan kawan kita bila umur mencecah 40an dah mula ditimpa macam-macam penyakit klinikal.Antara penyakit yang popular adalah penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Mengapa terjadi sedemikian ? Bagi pendapat saya ia adalah satu bala kerana sikap mereka tidak ambil tahu/tidak mengendahkan rawatan sunnah muakkad seperti berbekam.Hadis berbekam disebut 6-7x pada kitab hadis,ini bermaksud perkara yang diulang-ulang yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu amat-amat penting kerana ia dapat menyelesaikan masalah penyakit umat akhir zaman.Rasulullah SAW sepanjang hayat umurnya 63 tahun,beliau tidak pernah jatuh sakit hatta demam sekalipun,rahsianya ialah beliau istiqomah menjalani rawatan bekam/al hijamah.Jika kita ingin mendapat syafaat di padang mahsyar nanti,mulai sekarang ubahlah sikap dengan istiqomah sebulan sekali menjalani rawatan bekam,insyaAllah badan pun sihat serta penyakit 3 serangkai pun dihindari.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 12 September 2012

ALHAMDULILLAH,SAYA BOLEH BERSAMA JUGA...

Ini kisah benar berlaku 2 minggu lepas,apabila sepasang suami isteri dari Klang yang baru sebulan berkahwin datang ke pusat rawatan kami dan mengadu tidak dapat melakukan hubungan kelamin walhal mereka tiada sebarang masalah kesihatan fizikal pun.Semasa sesi foreplay semuanya berjalan lancar,tetapi apabila ingin melakukan tusukan tiba-tiba zakar suami lemah dan hilang punca.Saya menyuruh beliau membawa sebotol air mineral 5 liter sebotol dan daun bidara 49 helai.Apabila mereka sampai,saya terus memulakan sesi rawatan dengan membaca ayat suci al quran pada bahan-bahan tadi serta pesakit tersebut,semasa sesi terapi al quran dijalankan pesakit merasakan badan panas dan gatal-gatal seluruh badan.Selesai sesi rawatan saya menyuruh pesakit minum dan mandi air doa tadi berserta daun bidara selama seminggu bagi menawarkan segala masalah sihir tersebut.Selepas seminggu rawatan minum dan mandi air bidara,pesakit ada sms saya yang mengatakan beliau boleh melakukan hubungan kelamin seperti biasa,alhamdulillah Allah SWT memudahkan rawatan dan kesembuhan mereka.Kesimpulannya dari apa yang pesakit itu alami adalah sejenis sihir yang dinamakan sihir jerut akibat hasad dengki manusia yang meminta bantuan syaitan bertujuan perceraian sesama mereka.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 11 September 2012

PROMOSI TERBARU BEKAM WANITA SHAH ALAM

Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam mulai sekarang dengan minimum 10cup,anda akan mendapat 2 barang percuma iaitu sebotol toner aura seri dan sebotol minyak aura kasturi.Khasiat toner aura seri ialah menyerikan wajah dan menghilangkan wajah kusam dan khasiat minyak aura kasturi pula untuk merawat gangguan jin,mencegah gangguan dan menyingkirkan aura negatif badan bila dipakai harian.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 10 September 2012

PULIHKAN AURA DIRI DENGAN RAWATAN AURA SERI

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan,tenang fikiran,menambah keyakinan diri,fokus pada kerjaya,bisnes,menyerikan wajah,meringankan jodoh,menyembuhkan santau,sihir & saka.Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga,bunga boleh berlainan warna atau sama warna.

Khamis, 6 September 2012

SEKALI BEKAM PERCUMA TONER AURA SERI

Bagi kaum wanita yang ingin berbekam di Shah Alam,anda akan dapat toner aura seri percuma.Toner aura seri adalah air mawar yang dibacakan al quran untuk dibuat semburan pada muka supaya muka berseri dan menghilangkan kusam.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 5 September 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Photobucket Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)