Pembaca Setia...

Selasa, 31 Julai 2012

MANDIAN MINYAK AURA MEMULIHKAN MASALAH SIHIR

Bagi mereka yang terkena sihir,anda boleh berikhtiar menggunakan kaedah mandian minyak aura ini.Petanda individu terkena sihir ialah :-

-Sering sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang selepas waktu asar keatas.

-Badan sering gatal-gatal.

-Batuk yang berpanjangan.

-Kerap mengalami bisul.

-Sering bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.

-Sering bermimpi ular/anjing hitam.

Info lanjut mengenai minyak aura sila klik minyakaura.com

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT ?

-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.

-Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.

-Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.

-Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.

Bagi kaum wanita yang ingin berbekam di Shah Alam hubungi Hazwani 019-7977850,sebotol toner aura seri akan diberikan percuma.

Sabtu, 28 Julai 2012

MEMULIHKAN KEDAI DOBI YANG BERMASALAH

Semalam ada sepasang suami isteri dari Puncak Alam yang datang mengadu berkenaan kedai dobi yang beliau buka 6 bulan lepas merosot teruk.Selalu kutipan bulanan kasar kedai beliau dalam RM10K,semenjak 2 bulan kebelakangan ini merundum kepada RM3K sebulan.Pekerja yang berkhidmat di kedai beliau juga sudah berhenti kerja akibat sakit-sakit badan dan masalah kelesuan yang teruk.Dipendekkan cerita saya meruqyah sekaligus suami isteri tersebut,si isteri kelihatan menggigil dan suami pula tersengguk-sengguk seolah ada orang sedang menolak badan beliau ketika diruqyah.Sahlah dua-dua ada gangguan dan siisteri ada memberitahu saya bahawa bulan lepas beliau ada menjumpai tanah kubur pada pintu masuk kedai dobi beliau.Dalam hal ini saya menyuruh beliau berlapang dada sahaja,saya syorkan mereka minum dan mandi air ruqyah selama seminggu untuk proses pembersihan diri dan kedai juga perlu dispray dengan air doa baik dalam dan luar kedai untuk mematikan sebarang objek sihir dan unsur gangguan.Selain itu saya nasihatkan beliau untuk memasang cd al baqarah setiap kali kedai memulakan operasi untuk proses pencegahan supaya masalah tidak berulang kembali,rawatan tamat.

Rabu, 25 Julai 2012

JANGAN TUNJUK SIMBOL PEICE KETIKA BERGAMBAR

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika). Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “V" mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima). Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChr"ist).

BERBEKAM SIANG HARI TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Amalan berbekam di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa berdasarkan hadith Ibnu Abbas: حديث ‏ابن عباس " أنه - صلى الله عليه وسلم - احتجم وهو محرم صائم ‏في حجة الوداع Sesungguhnya RASULLAH S.A.W berbekam semasa haji wada" dalam keadaan Baginda berihram dan berpuasa." Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai

KEBANYAKAN ORANG LELAKI MENGALAMI MASALAH PANCUT AWAL

Saya syor bagi kaum lelaki yang bermasalah,pergilah berurut dan setiap pagi jangan lupa asah zakar anda 3min secara konsisten,insyaAllah anda boleh tahan lama ketika melakukan hubungan kelamin.

KEPALA TERASA BERAT ADALAH SIMPTOM SINONIM SIHIR

Bagi mereka yang sering pening kepala/kepala terasa berat bila selepas waktu asar keatas tanpa sebab klinikal,anda kemungkinan telah terkena sihir,segeralah berjumpa perawat islam yang berdekatan untuk rawatan.

Selasa, 24 Julai 2012

KAUM WANITA JOM BERBEKAM DI SHAH ALAM

Bagi kaum wanita yang ingin berbekam di Shah Alam bulan ramadhan ini,sila hubungi pembekam wanita kami HAZWANI 019-797 7850,sebotol Toner Aura Seri diberikan percuma.

Sabtu, 14 Julai 2012

AMALAN BERSUKAN MENCEGAH MASALAH TENAGA BATIN

Mengikut kajian saya pada pesakit saya yang lepas-lepas,bagi mereka yag konsisten bersukan seperti futsal,badminton ataupun bolasepak,tahap kesihatan batin mereka mantap dan tidak bermasalah,maksudnya mereka boleh melakukan hubungan seks dengan jangkamasa yang panjang dan tidak mengalami masalah pancut awal.Kesimpulannya,orang lelaki diluarsana perlu mencari waktu untuk memberi ruang diri melakukan aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh kerana organ dalaman kita akan kekal sihat sepanjang masa serta merawat masalah stress dan kelesuan.

Selasa, 10 Julai 2012

MADU PERLU DIAMBIL SEKERAP YANG MUNGKIN BAGI PESAKIT GANGGUAN

Bagi pesakit gangguan jin,anda perlulah minum madu sekerap yang mungkin selama sebulan,anggaran dalam minum 7-9 sudu sehari dan ia bertujuaan meningkatkan tenaga badan serta menawarkan sebarang unsur racun.Ini kerana badan kita pasti lemah apabila diserang gangguan serta badan mengalami bisa-bisa kerana jin/sihir selalunya ada unsur-unsur racun.Madu sebaiknya diruqyah terlebih dahulu dengan dibacakan surah-surah lazim seperti fatehah,kursi dan 3 qul dengan ulangan 7x lalu ditiup 10saat pada madu tersebut.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabtu, 7 Julai 2012

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 5 Julai 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Isnin, 2 Julai 2012

MERAWAT APARTMENT BERHANTU SEKSYEN 7

Rawatan ini berlaku minggu lepas,beberapa pelajar UITM mengadu badan terlalu lesu,rumah panas dan kerap pening kepala sejak sebulan kebelakangan ini dikediaman rumah sewa mereka seksyen 7 shah alam.Semasa sesi ruqyah dijalankan seorang pelajar kerasukan dan berlaku sesi dialog antara perawat dengan jin pengganggu tersebut.Jin pengganggu tersebut mengganggu pelajar tersebut kerana mereka tidak selesa apabila manusia berada rumah tersebut.Jin tersebut ada memberitahu sebelum pelajar wanita itu menyewa rumah tersebut,ada pelajar lelaki menyewa rumah itu dahulu dan kerap melakukan maksiat.Jin penggangu tersebut memberitahu kami bahawa ada 7 ekor jin mendiami rumah tersebut,diakhir rawatan saya azan dan spray seluruh rumah tersebut dengan air ruqyah.Saya menasihatkan pelajar-pelajar supaya kerap memasang ayat-ayat ruqyah dibilik mereka dan dilarang memasang lagu-lagu lagho semasa gangguan masih lagi kuat,rawatan tamat..