Pembaca Setia...

Sabtu, 30 Jun 2012

PETANDA RUMAH BERHANTU

Petandanya ialah...

-Rumah kelihatan suram -Suhu rumah panas -Selalu berlaku pertengkaran -Kerap melihat kelibat/lembaga -Bunyi seperti guli jatuh diatas syiling -Makanan cepat basi -Badan gatal-gatal -Bunyi seperti orang mengemas perabot -Bunyi seperti orang menumbuk sambal

Cara mengatasinya...

-Spray seluruh dalam dan luar rumah dengan air yang dibacakan kursi 41x selama 7x maghrib berturut-turut,sebelum spray sebaiknya azan 1x ditengah rumah dahulu.

KONSEP ASAS RAWATAN BATIN LELAKI

Ia perlu ada 3 kaedah rawatan :-

-Teknik urutan untuk pemecahan angin dan kelancaran sistem aliran darah.

-Amalan pemakanan herba bagi penambahan tenaga,buang angin dan penambahan hormon testosteron.

-Senaman batin bagi kelancaran sistem saraf batin.

Khamis, 28 Jun 2012

KAEDAH MERAWAT BAYI MENANGIS (DIY)

Jika bayi anda kerap menangis malam sambil matanya menghala kesyiling itu petanda ada syaitan sedang menyakat bayi anda.

Cara mengatasinya :-

-Cari sebotol minyak kasturi hitam/putih. -Buka penutupnya dan bacakan ayat lazim fatehah,kursi dan 3 qul lalu tiup 10 saat. -Sapu minyak kasturi yang telah diruqyah pada tengah kening,bawah hidung serta kedua belakang cuping telinga bayi tersebut.

InsyaALLAH sembuh..

Rabu, 27 Jun 2012

KAEDAH MERAWAT SANTAU (DIY)

-Sediakan air mineral 5 liter dan 2 botol madu asli bacakan ayat-ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3 qul dengan ulangan 21x lalu tiup 10saat bahan tadi.

-Minum air doa dan madu tadi 3x sehari selama seminggu.

-Berbekam seminggu sekali pada kawasan dada dan tengkuk untuk menyedut racun yang bergerak pada aliran darah.

-Mandi air doa 1x sehari selama seminggu,campurkan secawan air doa dengan sebaldi air paip serta 7 helai daun bidara yang telah ditumbuk dengan lesung batu.Daun bidara boleh didapati di surau al munawarah section 13 shah alam.

-Baca kursi 20x tiap2 lepas solat sebagai pendinding diri.

-Berpantang makanan berlimau,bercuka,makanan pedas dan rebung selama 3 bulan.

InsyaAllah sembuh..

Selasa, 26 Jun 2012

PESAKIT KERAP DISOROKKAN JIN

Ini kisah benar kisah rawatan kerumah pesakit di Puchong 2 minggu yang lepas,sisuami mengadu yang isterinya kerap disorokkan jin disekitar dalam rumah.Masa pertama kali rawatan pesakit kerasukan,setelah sesi kedua rawatan pesakit sudah tidak merasuk lagi.Sisuami juga mengadu boleh dikatakan setiap hari ada orang yang tak dikenali membaling sesuatu dihalaman rumah beliau,kes ini sudah pun beliau panjangkan ke pihak polis yang berhampiran.Kami seperti biasa membacakan ayat ruqyah pembatal sihir ditengah rumah pesakit kemudian kami spray air ruqyah tadi didalam dan luar rumah pesakit untuk mematikan sebarang objek sihir serta menghalau sebarang unsur gangguan yang ada dalam rumah pesakit.

Bagi mereka yang inginkan perawat datang kerumah sila hubungi Utz Haikal 013-347 5449

Isnin, 25 Jun 2012

KESAN JIKA JIN MENDIAMI RAHIM WANITA

-Akan menyebabkan turun darah haid melebihi 15 hari. -Mandul. -Penyakit cist/ketumbuhan dalam rahim. -Tidak datang haid tempoh yang agak lama.

Cara mengatasinya :-

-Berbekam 2 minggu sekali pada kawasan bawah pusat,pinggang dan pinggul. -Minum air ruqyah + sesudu minyak zaitun dara 3x sehari selama 2 minggu.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Sabtu, 23 Jun 2012

PEMBEKAM WANITA KLANG

Bagi kaum lelaki/wanita yang ingin berbekam di KLANG,anda boleh CALL pembekam wanita kami iaitu IRA 017-353 4670 di alamat No 134 Jalan Sungai Berteh,Telok Pulai 41100 Klang Selangor.Pusat rawatan beliau buka 10pg-10mlm setiap hari.

Selasa, 19 Jun 2012

ZAKAR AKAN MENGECUT JIKA ALIRAN DARAH KURANG LANCAR

Bagi kaum lelaki yang mengalami aliran darah yang kurang lancar pada bahagian zakar mereka,petandanya ialah zakar akan mula mengecut dan tahap ereksi pun mulai menurun.Kaum lelaki disyorkan berurut sebulan sekali untuk servis batin mereka supaya aliran darah pada zakar sentiasa lancar dan tahap ereksi yang normal dapat dikekalkan.Untuk infon urutan sila klik urutbatin.net

Sabtu, 16 Jun 2012

APA ITU SIHIR PERCINTAAN ?

Sihir percintaan adalah satu sihir yang ditujukan pada pasangan baik lelaki ataupun perempuan bagi menguatkan rasa kasih sayang dan kebanyakannya sihir ini menggunakan objek seperti minyak senyonyong dan sebagainya.Tanda-tanda seseorang itu terkena sihir percintaan ialah apabila timbul perasaan gelora cinta yang membuak-buak atau keterlaluan yang menyukarkan untuk mengawal cinta tersebut.Seseorang yang terkena sihir ini memiliki keinginan berlebihan untuk melakukan hubungan seks walaupun tiada hubungan pernikahan atau ikatan yang sah.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Jumaat, 15 Jun 2012

KAEDAH MERAWAT SIHIR MENGGUNAKAN KURMA AJWA

Bagi mereka diluarsana yang mengalami masalah penyakit gangguan jin/sihir,anda disyorkan makan kurma ajwa 7 biji setiap pagi selama sebulan,insyaAllah penyakit sihir anda mulai berkurangan.

Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang makan pada setiap pagi 7 biji tamar ajwa ia tidak akan mengalami sepanjang hari tersebut kemudaratan racun dan sihir" diriwayatkan oleh Saad Ibnu Abu Waqqas RA

Khamis, 14 Jun 2012

APA ITU SIHIR PELALAU ?

Bomoh yang mengerjakan sihir menugaskan beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk ketubuhnya.Jin tersebut akan melakukan salah satu antara dua iaitu masuk kedalam gadis tersebut,lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.Jika jin tersebut tidak boleh masuk,ia akan menyihir dengan cara menipu penglihatan dari luar lalu dibayangkan serta membisikkan kepada calon suami bahawa wanita tersebut berwajah hodoh.Kemudian lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada gadis tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju.Setelah bebrapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran akibat bisikan syaitan kepadanya.Petanda seseorang terkena pelalau ialah sering pening kepala yang berterusan,tidak berhenti sekalipun sudah memakan ubatan moden.Dada juga terasa sempit selepas waktu asar keatas,fikiran sering mnelayang,gelisah tidur malam,sakit diperut dan juga sakit tulang punggung.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Rabu, 13 Jun 2012

DIRESAPI JIN JOGGING

Ini kisah benar berlaku pada seorang pesakit lelaki dari Klang.Beliau mengalami masalah kulat air yang teruk pada tangan dan kaki sehingga kulit menggelupas dan berbau busuk.Sudah puas berikhtiar cara moden tetapi kesembuhan tetap tidak muncul jua.Punca beliau mengalami masalah ini apabila beliau kerap berjogging di sebuah bukit berhampiaran kubur lipat kajang di Klang sehingga waktu maghrib.Dipendekkan cerita semasa saya meruqyah beliau,beliau kerasukan seolah-olah seperti berlari jogging,nampaknya jin pun suka bersenam juga yer untuk menjaga kesihatan.Saya menyuruh pesakit minum dan mandi air ruqyah selama 3 hari berturut-turut dicampur dengan limau serta ais.Setelah 3x sesi rawatan dengan saya kaki dan tangan beliau sudah mulai sembuh sepenuhnya dengan izinNya dari masalah kulat air,alhamdulillah...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 12 Jun 2012

PENYAKIT LEMAH SYAHWAT

Penyakit lemah syahwat melanda kira-kira hampir 70% lelaki di Malaysia,antara punca-puncanya ialah :-

-Kerap onani -Stress -Kelesuan -Kurang tidur -Mengambil ubatan moden seperti pil darah tinggi dan juga suntikan insulin secara berlarutan -Tabiat mengambil minuman sejuk/berais sepanjang masa

Kesannya bila tidak dirawat :-

-Zakar mengecut -Zakar tidak cukup ereksi bila hubungan seks -Kerap pancut awal -Nafsu dingin -Hilang keyakinan diri untuk berumahtangga bagi mereka yang bujang -Pergaduhan rumahtangga bagi mereka yang sudah berkahwin

Cara mengatasinya :-

-Berurut -Berpantang minum ais -Kerap bersukan -Perlu tidur yang cukup -Mengambil makanan herba setiap hari seperti kapsul tongkat ali,telur ayam kampung dan madu.

Jumaat, 8 Jun 2012

MINYAK KASTURI HITAM RUQYAH BOLEH DIJADIKAN ALAT PENGESAN JIN

Bagi mereka yang ada menyimpan minyak kasturi hitam dirumah masing-masing,buka penutupnya dan bacakan fatehah,kursi dan 3 qul lalu tiup 10 saat pada minyak tersebut.Kemudian anda sapu minyak tersebut pada kawasan lubang hidung anda,jika bau minyak itu busuk dan terasa pedih pada kulit hidung,sahlah anda ada gangguan jin.Jika anda mencium minyak tersebut lalu terasa wangi dan tidak pedih pada permukaan kulit hidung,maka tiada sebarang gangguan dalam diri anda.

Minyak kasturi disyorkan dipakai tiap-tiap kali sebelum solat dan sebelum tidur malam kerana ia sunnah dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian kasturi terutama minyak kasturi yang sudah diruqyah terlebih dahulu.

Kasturi adalah minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali" Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,

"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh 2) Menenangkan Jiwa 3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak 4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan 5) Menghilangkan debaran jantung 6) Menghilangkan Sesak Nafas 7) Melegakan Lelah (Asma) 8] Menyedarkan orang yang pengsan 9) Memperkuatkan organ luaran tubuh 10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh 11) Menghilangkan rasa gementar 12) Menghilangkan sejuk tubuh 13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh 14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang 15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing 16) menjernihkan mata putih pada mata 17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan 18] Mencegah wabak penyakit 19) Melanjutkan usia 20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum seperti kasturi.

Khamis, 7 Jun 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Isnin, 4 Jun 2012

RAWATAN AURA SERI IALAH RAWATAN 6in1

Khasiat rawatan aura seri ialah :-

-Menawarkan bisa santau -Menawarkan masalah sihir -Buang saka -Menghilangkan wajah kusam -Menyerikan wajah -Meringankan jodoh

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Sabtu, 2 Jun 2012

KAEDAH THIBBUN NABAWI ADALAH KAEDAH AMPUH MERAWAT MASALAH GANGGUAN JIN

Kaedah thibbun nabawi adalah satu kaedah perubatan islam yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat dan seluruh umat islam amnya sebagai panduan berguna dalam merawat segala penyakit/masalah kehidupan.
Akhir-akhir ini ramai umat islam di seluruh Malaysia sering mengalami masalah penyakit gangguan jin,dan ramai jugaler pesakit tercari-cari kaedah mana yang terbaik dalam merawat masalah gangguan mereka.

Kaedah-kaedahnya ialah..

-Pesakit mencari perawat untuk dibacakan al quran pada diri mereka. -Pesakit minum sebanyak mungkin air yang telah dibacakan al quran. -Pesakit juga kerap mandi air yang telah dibacakan al quran. -Pesakit juga perlu istiqomah membaca ayat perlindungan diri seperti kursi dan 3qul sebanyak mungkin setiap hari. -Pesakit juga boleh menambah herba daun bidara 7 helai dengan ditumbuk lalu dicampurkan pada air minuman dan mandian. -Pesakit perlu makan kurma ajwa 7biji setiap pagi selama sebulan. -Pesakit minum 2 sudu madu setiap pagi. -Pesakit makan kapsul habbatus sawda 1biji pagi dan 1biji petang setiap hari. -Pesakit sapu anggota yang sakit/bermasalah dengan minyak habbatus sawda/minyak zaitun sahaja. -Pesakit perlu berbekam/al hijamah seminggu sekali selama sebulan.

Bagi mereka yang mengalami sebarang penyakit gangguan jin seperti histeria,santau,sihir dan saka.Anda disyorkan mengamalkan semua kaedah yang saya senaraikan diatas,insyaAllah penyakit anda akan berkurangan secara mendadak dalam tempoh kurang sebulan,selamat mencuba..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)