Pembaca Setia...

Isnin, 30 April 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN

Bagi mereka yang sukar mendapat anak,anda disyorkan berbekam suami isteri sebulan sekali sebanyak 3 kali sesi dan mengamalkan minum madu asli setiap hari juga selama 3 bulan,insyaAllah tahap kesuburan anda meningkat dan peluang kebarangkalian untuk mendapat zuriat juga adalah tinggi.

Bagi mereka yang ingin berbekam sila hubungi Intan 019-430 8836

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

PEMBEKAM WANITA SHAH ALAM

Bagi wanita diluarsana yang ingin berbekam,anda boleh SMS untuk temujanji dengan pembekam wanita kami iaitu INTAN 019-430 8836/ANA 019-4408150/HAZWANI 019-797 7850,lokasi rawatan mereka ialah di Pusat Terapi Syifa 13b Jln Plumbum q7/q Section 7 40000 Shah Alam.

Sabtu, 28 April 2012

ALHAMDULILLAH,WAJAH SAYA SEMAKIN KEMERAHAN...

Seminggu yang lepas ada seorang pesakit dari Rawang telah menjalani rawatan aura seri sesi kedua dengan kami,beliau mengalami masalah wajah kusam,masalah jodoh dan juga gangguan saka.Dipendekkan cerita saya meruqyah beliau dengan ayat Al Quran aura seri,semasa diruqyah air mata beliau menitis tak henti-henti dan terasa kepala beliau amat-amat berat sekali.Semasa sesi ruqyah tamat dibacakan,saya memberikan panduan amalan,cara mandi dan minum air aura seri bagi merawat segala masalah yang beliau hadapi selama ini.Beliau juga ada memberitahu saya semenjak beliau mendapatkan rawatan aura seri sesi pertama dengan pihak kami dahulu,wajah beliau agak kurang kusam sikit dan kulit muka semakin kemerahan,alhamdulillah rawatan aura seri sudah memberi kesan,saya syor beliau untuk datang lagi rawatan susulan sesi ketiga dua minggu lagi..

Khamis, 26 April 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI DAPAT MENGURANGKAN BEBANAN ORGAN PANKREAS

Amalan berbekam mengikut kajian moden mampu menurunkan gula berlebihan dalam saluran darah.Di Malaysia ini purata pengidap penyakit diabetes adalah dikalangan umur 40an dek kerana pankreas mereka mengalami kehausan dalam penghasilan insulin akibat dikerah bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang setiap hari.Kenapa pankreas boleh haus ? Apabila kita kerap mengambil makanan bergula dan nasi secara rutin harian,secara tak langsung gula dalam saluran darah agak tinggi dan pankreas dalam masa 24jam tidak berhenti dalam proses pengeluaran insulin.Bila kita konsisten menjalani rawatan bekam sebulan sekali,gula dalam saluran darah secara tak langsung berkurangan dan pankreas hanya bekerja 12jam sehari dan bukannya 24jam seperti yang lepas-lepas dan ini secara tak langsung dapat mencegah kita dari terkena penyakit kencing manis/diabetes atau kata lainnya simptom kehausan pankreas menghasilkan insulin...

Rabu, 25 April 2012

SETIAP PESAKIT YANG BERBEKAM KEMUNGKINAN ADA GANGGUAN TANPA MEREKA SEDARI..

Mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas ada kemungkinan 70% pesakit yang datang berbekam ada unsur gangguan jin tanpa mereka sedari.Bagi mereka yang ada unsur gangguan,secara tak langsung badan mereka ada unsur wap jin dimana wap jin tersebut jika terkena pembekam ia akan mengakibatkan badan gatal-gatal,bisul,kelesuan dan susah tidur malam.Dengan kata lain wap jin ini boleh dikatakan tempias daripada pesakit kepada perawat/jurubekam.Kesimpulannya setiap kali membekam pesakit,jurubekam perlu lakukan mandian dengan air doa yang dibacakan kursi dan 3 qul dan kemudian bilik bekam juga perlu dispray dengan air doa tadi bagi melenyapkan unsur wap jin.

Isnin, 23 April 2012

MENGAPA PESAKIT MERASUK ???

Sebab-sebab pesakit merasuk ketika dirawat ialah : 1) Jin pengganggu kesakitan lalu meminjam lidah pesakit dan mula berkata-kata atau mengeluarkan suara. 2) Amalan kerohanian pesakit agak kurang sehingga jin pengganggu mampu menguasai roh pesakit. 3) Pesakit wanita adalah golongan yang kerap merasuk berbanding pesakit lelaki kerana roh wanita sifatnya agak lemah sedikit berbanding roh lelaki. 4) Satu taktikal jin pengganggu supaya perawat menghentikan sesi ruqyah lalu melayan karenah jin pengganggu. 5) Satu taktikal syaitan supaya menimbulkan rasa bangga diri di hati perawat bahawa dia seorang perawat yang power.

BIZ SAYA SEMAKIN MEROSOT...

Dua hari lepas ada seorang surirumah datang ingin membuat rawatan aura seri dengan saya kerana menghadapi masalah perniagaan yang semakin merosot dan juga masalah sakit kepala pada waktu lepas asar sejak 3 bulan kebelakangan ini.Sebelum ini beliau pernah ke Darussyifa Bangi untuk sesi scanning,setelah menjalani scanning kaedah picit perawat disana mengatakan beliau tidak ada sebarang gangguan jin.Dipendekkan cerita,saya memegang ubun-ubun beliau lalu saya membacakan set ayat ruqyah,semasa sesi ruqyah dibacakan kepala beliau terasa pening,panas dan badan terasa menggigil,sahlah beliau ada gangguan jin selama ini.Semasa beliau datang ke pusat rawatan saya,terlalu banyak halangan yang beliau hadapi,tetapi beliau bulatkan tekad juga demi untuk merawat diri dan bisnes.Selepas sesi ruqyah dibacakan,saya memberikan panduan amalan pendinding,amalan minum dan mandi air doa berserta barang-barang rawatan aura seri.Saya syor beliau datang sesi rawatan susulan dalam seminggu lagi.Akhir kata,kita haruslah sama-sama berikhtiar dalam mencari kesembuhan dengan kaedah sunnah,kesembuhan mutlak hanya ditangan Allah SWT jua..

Sabtu, 21 April 2012

RAMAI RAKAN SEKERJA MENEGUR SAYA...

Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berumur 30an dari Ampang yang pernah menjalani rawatan aura seri dengan kami.Sebelum menerima rawatan dari kami,wajah beliau agak suram dan kepala rasa berserabut dan tidak suka bersolek.Selepas menjalani rawatan aura seri dari pihak kami,ramai rakan sekerja menegur beliau dek kerana wajah semakin berseri,hidup semakin ceria dan semakin fokus pada kerja.Apa-apa pun rawatan aura seri ini adalah satu cabang ikhtiar dari kami sebagai pendoa sahaja,hanya Allah SWT jualah penyembuh mutlak dalam segala hal...

Khamis, 19 April 2012

SEBAHAGIAN KES MASALAH PANCUT AWAL BERPUNCA DARI GANGGUAN JIN







Bagi mana-mana lelaki yang sudah puas berubat secara moden dan tradisional tetapi masalah pancut awal masih juga tidak diatasi lagi,saya syor anda cuba kaedah yang saya berikan dibawah ini.Ini kerana sebahagian masalah pancut awal berpunca dari gangguan jin..

1) Sediakan sebotol air mineral 5 liter sebotol.

2) Buka penutupnya dan rapatkan mulut anda pada muncung botol tersebut.

3) Baca fatehah 1x,kursi 7x,al ikhlas 7x,al falaq 7x dan an nas 7x.

4) Kemudian tiup 10 saat pada air tersebut.

5) Air doa tersebut anda buat minum 2x sehari selama seminggu.

InsyaAllah sembuh masalah pancut awal anda,selama mencuba...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

RAWATAN AURA SERI RM50



Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan,tenang fikiran,menambah keyakinan diri,fokus pada kerjaya,bisnes,menyerikan wajah,meringankan jodoh,menyembuhkan santau,sihir & saka.Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga,bunga boleh berlainan warna atau sama warna.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Rabu, 18 April 2012

SEDANG MELATIH 3 PELAJAR WANITA UITM UNTUK MENJADI JURUBEKAM/PERAWAT WANITA




Buat masa ini pihak kami sedang melatih 3 pelajar wanita Uitm untuk menjadi jurubekam dan perawat wanita sambilan,insyaAllah lagi 2 minggu mereka bertiga akan bertugas secara sambilan di Pusat Terapi Syifa Shah Alam.Bagi pesakit wanita yang ingin berbekam dan menjalani terapi ruqyah,isyaAllah mereka bertiga boleh memberikan perkhidmatan terbaik mereka.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Isnin, 16 April 2012

Artikel Berita Harian 16 April 2012:BEKAM BANGKIT SERI




Rawatan bekam yang yang dilakukan oleh Pengurus Pusat Bekam Aini, Noraini Tumijan di Bangi,laman web bekam.biz
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2012/04/16
Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh & wajah..

KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.

“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.

Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

“Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

“Lazimnya bekal dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

“Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya.


INFO

Bekam

* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Ahad, 15 April 2012

BERTARUNG DENGAN JIN BERUK


Seminggu yang lepas kami mendapat jemputan untuk merawat seorang pesakit lelaki di Sri Kembangan,beliau ingin mendapatkan rawatan ruqyah bagi membuang segala ilmu kebatinan yang telah beliau pelajari di Indonesia suatu ketika dahulu.Dipendekkan cerita,semasa sesi ruqyah dibacakan pada pesakit,pesakit kerasukan seperti seekor beruk,kami teruskan bacaan sehingga ruqyah tamat dan diakhiri dengan azan 3x,pesakit terasa badan ringan.Moralnya ialah janganlah kita sesekali belajar pelbagai ilmu kebatinan,kerana sifat ilmu tersebut panas dan akan membuatkan kita seorang yang panas baran selain akidah juga turut terpesong.Sebelum pulang,kami membekalkan air doa untuk pesakit minum dan mandi 7 hari berturut-turut bagi menawarkan segala ilmu salah tersebut,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 10 April 2012

SET TAMBAH SAIZ RM50 TERMASUK POSLAJU




1) Anda dibekalkan sebotol kapsul tongkat ali dan sebotol minyak dhob.

2) Tongkat ali perlu makan sebiji pagi dan sebiji petang selama 15 hari bagi proses membuang angin dan melancarkan aliran darah disekitar zakar.

3) Sapu dan lurutkan minyak dhob pada seluruh batang zakar selama 2min sebelum tidur malam dan biarkan ia meresap tanpa dibasuh.Tujuan minyak dhob ini ialah untuk melancarkan aliran darah dikawasan zakar,meningkatkan ereksi dan mengembangkan sel-sel tisu zakar.Lakukan proses ini 15 hari juga.

4) Setelah 15 hari anda akan merasakan saiz zakar anda besar sedikit dan tahap ereksi semakin bertambah dari dulu.

5) Cara memesan produk ini ialah dengan memasukkan RM50 pada CIMB 12700006334522/MAYBANK 164164870421 atas nama Ahmad Khatijah Alip,kemudian SMS pada 019-307 9883 (tarikh bankin)(tambah saiz)(nama)(alamat) kemudian saya akan POSLAJU produk set tambah saiz ini terus kepada anda.

6) Kos poslaju percuma untuk Semenanjung,Sabah & Sarawak.

Isnin, 9 April 2012

MASALAH SIHIR RUMAHTANGGA JIKA TIDAK DIRAWAT AKAN MENGAKIBATKAN PERCERAIAN




Tujuan sihir rumahtangga dikenakan pada pasangan yang sudah berkahwin adalah bertujuaan untuk menceraikan sesama mereka dari berpunca ketidaksefahaman dalam komunikasi.

Bagi mereka yang sudah lama berkahwin tidak semestinya berlaku sihir jika berlaku ketidaksefahaman,tapi bagi mereka yang berkahwin belum sampai setahun dan sibuk nak bercerai,itu kemungkinan ada masalah sihir rumahtangga.

Simptom sihir rumahtangga ialah :-

1) Sering sakit pinggang pada lepas waktu asar keatas tanpa sebab klinikal.

2) Sering sakit kepala pada waktu lepas keatas tanpa sebab klinikal.

3) Sering bermimpi seram,mimpi jatuh tempat tinggi dan mimpi ular.

4) Rumah terasa panas.

5) Bila dekat hubungan terasa panas dan bila berjauhan terasa rindu.

6) Rumah pada syiling terasa ada bunyi guli jatuh atas lantai.

7) Rumah pada syiling terasa ada bunyi orang mengemas perabot.

8) Sering terasa diperhatikan dari belakang.

9) Kerap melihat kelibat dirumah.

10) Kerap gagal melakukan hubungan kelamin.

11) Dingin.

Khamis, 5 April 2012

PUSAT RAWATAN DI SHAH ALAM TUTUP MULAI ESOK HINGGA AHAD 6-8 April 2012



Saya Muallij Ahmad bercuti dari Jumaat 6/4/2012 hingga Ahad 8/4/2012,bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan gangguan jin,sila datang seperti biasa di Kedai Penawar Sihir & Saka PJ.

Selasa, 3 April 2012

BAGAIMANA UNTUK MENGHINDARI DIRI DARI SEBARANG GANGGUAN JIN



Caranya mudah sahaja...

1) Jaga solat 5 waktu

2) Sering memakai wangian seperti minyak kasturi hitam/putih sebelum solat kerana ia adalah sunnah nabi dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian.

3) Amalkan surah kursi dan 3qul 1x tiap-tiap lepas solat.

InsyaAllah diri anda akan dipagar oleh Allah SWT dan dari sebarang kejahatan manusia,jin dan syaitan..

Isnin, 2 April 2012

AMALAN BERBEKAM SUNNAH SEBULAN SEKALI MENSTABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI






Bagi mereka diluarsana yang mengalami masalah tekanan darah tinggi,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Khasiat berbekam ialah boleh menurunkan tekanan darah tinggi kerana berbekam ini mengeluarkan toksid dari badan sekaligus melancarkan aliran darah pada sistem badan amnya.Penyakit darah tinggi agak berbahaya kerana jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit strok,buah pinggang dan serangan jantung.Amalkan berbekam secara konsisten,insyaAllah kita akan beroleh rahmat kerana mengamalkan ajaran sunnah Rasulullah SAW.

Caj bekam kami termurah dipasaran iaitu RM5/cup,untuk temujanji sila SMS ke ZALI 012-346 3416 atau PN NOTT 019-285 2849

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari