Pembaca Setia...

Khamis, 20 Disember 2012

RAWATAN SIHIR DI UIA GOMBAK

Dalam 3 minggu lepas saya ada dijemput oleh pihak UIA untuk merawat seorang pegawai kanan beliau yang disyaki terkena sihir.Apabila sampai disana dan saya terus masuk kebilik pejabat pesakit tersebut,tiba-tiba tubuh saya rasa agak meremang sedikit.Saya terus melaungkan azan dan membaca set ruqyah pembatal sihir pada air yang disediakan serta pesakit tersebut.Setelah selesai bacaan ruqyah,saya berbual serba ringkas dengan pesakit tersebut,beliau mengatakan ada bekas staff beliau tidak puas hati kerana diberhentikan kerja oleh beliau.Sejak peristiwa tersebut beliau sering ketakutan dan kuat berdebar-debar untuk masuk kepejabat dan adakalanya kaki beliau terasa betul-betul berat apabila ingin melangkah masuk kepejabat.Sebelum pulang saya memberi panduan minum,mandi dan spray air ruqyah yang saya bacakan tadi diseluruh pejabat beliau selama seminggu bagi mematikan sebarang objek sihir yang terlibat,rawatan tamat..

Bagi pesakit yang inginkan perawat datang kerumah bagi merawat sihir dan sebagainya,sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal,terhad untuk kawasan KL/SEL sahaja.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82