Pembaca Setia...

Isnin, 10 Disember 2012

HANTU MENGILAI DI BATU 3 SHAH ALAM

Tiga hari lepas saya dijemput oleh 3 pelajar wanita MSU untuk merawat masalah gangguan jin yang mereka alami dalam seminggu kebelakangan ini di PRIMA Apartment Batu 3 Shah Alam.Gangguan yang mereka alami ialah kerap lebam-lebam badan bila bangun waktu pagi,mimpi kerap melakukan hubungan seks,kerap berdebar-debar dan badan sering rasa meremang dan takut bila didalam rumah.

Rawatan kali ini saya membawa 2 jurubekam wanita saya iaitu Hazwani dan Ana untuk jadi tukang spray air doa dirumah pesakit nanti.Dipendekkan cerita,saya meruqyah ketiga-tiga pelajar wanita tersebut,semasa ruqyah dibacakan mereka terasa kuat berdebar dan terasa semakin panas dibahagian tengkuk.

Yang menjadi pelik kali ini ialah,semassa proses ruqyah mula dibacakan,saya dan semua yang didalam rumah tersebut merasa angin kuat berpusing-pusing dalam ruang tamu,kemudian PRANGGGGGG!!!! tiba-tiba botol pasu bunga mereka pecah berderai betul-betul depan saya.Saya buat tak tahu jer,saya anggap angin yang tiup..Saya teruskan lagi bacaan ruqyah seperti biasa.Kemudian saya dan seluruh penghuni rumah mendengar seperti suara mengilai-ngilai kuat selama 10min diseluruh rumah,iaitu dari awal ruqyah dibacakan hinggalah tamat.Semua pelajar tadi pucat lesu,kepala jurubekam wanita saya pun dah mula pening-pening lalat seolah-olah macam ada serangan terhadap mereka.

Diakhir rawatan Hazwani dan Ana menyembur seluruh rumah dengan air ruqyah tadi bagi menghapuskan sebarang energi gangguan/tapak jin sekitar rumah tersebut.Saya menasihatkan mereka kerap membuat bacaan yaseen sebelum tidur dan pasangkan juga cd ruqyah 12 jam setiap hari selama seminggu,rawatan tamat...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82