Pembaca Setia...

Khamis, 29 November 2012

RAWATAN SANTAU MUNTAH DARAH

Semalam saya dikunjungi seorang pesakit wanita ditemani 3 rakannya,beliau mengalami batuk serius yang berpanjangan dan sudah kerap mengunjungi klinik tapi batuk masih berlarutan juga.Apabila masuk di pusat rawatan,batuk beliau semakin teruk dan banyak keluar darah,petanda sihir santau sudah mula bertindak balas kepada pesakit sebelum rawatan dimulakan.Punca beliau batuk dan mengeluarkan darah ialah baru-baru ini beliau kerap minum minuman berunsurkan limau,dalam kes santau minuman sebegini perlu dielakkan kerana ia boleh membawa maut jika diminum terlalu kerap dan banyak.Saya terus melaungkan azan 1x kerana pesakit sudah mulai kesakitan,lalu saya beri minum madu ruqyah kemudian saya bacakan yunus 81-82 ulang-ulang selama 10min.Pesakit santau mulai kejang dan muntah,saya hentikan ruqyah dan beri lagi madu ruqyah lalu sambung lagi bacaan ruqyah pembatal sihir dan pesakit mulai berguling-guling sambil muntah.Saya kemudian azan dan menyambung semula bacaan ruqyah selama 10min kali ini alhamdulillah pesakit mulai sedar dan tenang serta perut sudah tidak sakit lagi.Sebelum pesakit pulang,saya syorkan pesakit minum madu dan air ruqyah dengan kerap setiap hari demi menawarkan racun dan sihir yang ada dalam badan serta khasiat madu juga dapat memulihkan luka-luka dalaman akibat bahana santau,rawatan tamat...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82