Pembaca Setia...

Jumaat, 16 November 2012

AYOYO.. USTAZ BANYAK DARAH KELUAR..

Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berbangsa India yang datang mendapatkan rawatan terapi ruqyah minggu lepas.Beliau mengalami masalah istihadah dimana sudah 3 bulan darah period beliau keluar tidak henti-henti.Dipendekkan cerita saya meruqyah beliau bersama air yang dibawa selama 10min,selepas rawatan beliau agak panik sedikit kerana darah period semakin deras keluar dan dada semakin sakit.Saya menyuruh beliau pulang segera kerumah untuk minum dan mandi air rawatan selama seminggu.Hari pertama hingga hari ketiga mandi darah period masih keluar dengan banyak,hari keempat hingga hari ketujuh minum dan mandi menggunakan air rawatan,alhamdulillah darah period beliau sudah berhenti sehingga sekarang.Dalam minggu ini beliau kembali lagi untuk mendapatkan rawatan susulan bagi mengatasi masalah kelesuan badan pula.Rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82