Pembaca Setia...

Khamis, 27 September 2012

RAWATAN AURA SERI PADA PESAKIT SANTAU

Semalam ada seorang ibu tunggal berusia lewat 30an dari KL datang mendapatkan rawatan aura seri,beliau seperti biasa membawa bahan-bahan aura seri seperti limau,air mineral dan 9 kuntum bunga.Beliau mengadu sepanjang 2 tahun ini badan beliau kerap sakit dan batuk berpanjangan akibat gejala sihir.Dipendekkan cerita saya terus membacakan ayat aura seri dan pembatal sihir selama 15min pada beliau,sepanjang ruqyah dibacakan beliau muntah tak berhenti,ini bermakna banyak lagi barang-barang kotor menghuni badan beliau selama ini.Dipenghujung rawatan saya memberi panduan minum dan mandi air doa serta bahan-bahan rawatan aura seri ini,saya juga memberikan sebotol air mawar yang dibacakan ruqyah untuk beliau spray pada muka sebelum tidur bagi mencantikkan kulit muka supaya tidak kusam dan kekal berseri,pesakit juga perlu datang rawatan susulan sebulan sekali,rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82