Pembaca Setia...

Rabu, 12 September 2012

ALHAMDULILLAH,SAYA BOLEH BERSAMA JUGA...

Ini kisah benar berlaku 2 minggu lepas,apabila sepasang suami isteri dari Klang yang baru sebulan berkahwin datang ke pusat rawatan kami dan mengadu tidak dapat melakukan hubungan kelamin walhal mereka tiada sebarang masalah kesihatan fizikal pun.Semasa sesi foreplay semuanya berjalan lancar,tetapi apabila ingin melakukan tusukan tiba-tiba zakar suami lemah dan hilang punca.Saya menyuruh beliau membawa sebotol air mineral 5 liter sebotol dan daun bidara 49 helai.Apabila mereka sampai,saya terus memulakan sesi rawatan dengan membaca ayat suci al quran pada bahan-bahan tadi serta pesakit tersebut,semasa sesi terapi al quran dijalankan pesakit merasakan badan panas dan gatal-gatal seluruh badan.Selesai sesi rawatan saya menyuruh pesakit minum dan mandi air doa tadi berserta daun bidara selama seminggu bagi menawarkan segala masalah sihir tersebut.Selepas seminggu rawatan minum dan mandi air bidara,pesakit ada sms saya yang mengatakan beliau boleh melakukan hubungan kelamin seperti biasa,alhamdulillah Allah SWT memudahkan rawatan dan kesembuhan mereka.Kesimpulannya dari apa yang pesakit itu alami adalah sejenis sihir yang dinamakan sihir jerut akibat hasad dengki manusia yang meminta bantuan syaitan bertujuan perceraian sesama mereka.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82