Pembaca Setia...

Jumaat, 30 September 2011

MERAWAT GANGGUAN JIN MENGGUNAKAN DAUN BIDARA (DIY)


























1) Petik 7 helai daun bidara (boleh didapati percuma di Surau An Nur Bdr Baru Bangi,Masjid Bangsar,Masjid Al Falah usj9 & belakang Masjid Sect 18 S Alam)

2) Tumbuk lumat daun bidara tadi dengan lesung batu

3) Masukkan daun bidara yang lumat tadi dalam sebotol air mineral kecil

4) Bacakan Fatehah 7x,kursi 7x,al ikhlas 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10 saat dalam air mineral tersebut

5) Minum 3 teguk air tersebut dengan 3x nafas pada waktu lepas asar keatas

6) Air selebihnya masukkan kedalam sebesan besar air paip,mandi dan biarkan kering tanpa lap,mandi pada waktu lepas asar keatas

InsyaAllah sembuh segala penyakit gangguan jin anda...

"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Khamis, 29 September 2011

KHASIAT DAUN BIDARA AKAN HILANG JIKA DIKISAR DENGAN BLENDER





















Kaedah pemprosesan daun bidara yang betul mengikut sunnah adalah dengan menggunakan lesung batu kerana ia sesuai dengan hadis dimana daun bidara itu perlu ditumbuk diantara 2 batu.Khasiat daun bidara akan hilang jika ia dikisar kerana mesin pengisar menggunakan pisau pemotong yang diperbuat dari besi keluli.

"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Khamis, 22 September 2011

DIROGOL JIN FACEBOOK














Ini kisah benar yang berlaku pada seorang wanita yang tinggal di KL yang sering mencari kenalan melalui FACEBOOK.Telah ditakdirkan beliau berkenalan dengan seorang lelaki dan telah pun keluar date beberapa kali,tetapi akhirnya wanita ini tidak selesa dengan sikap lelaki tersebut yang cuba mengambil kesempatan dalam hal kewangan beliau.Apabila wanita tersebut cuba untuk memutuskan hubungan dengan lelaki yang baru dikenalinya itu,lelaki itu memberi pelbagai ugutan dan cuba menyihir wanita tersebut.Si wanita ini sudah sakit agak setahun sakit dek kerana sihir lelaki tersebut yang memuja gambarnya melalui FACEBOOK dan boleh boleh dikatakan setiap minggu jin sihir ini merogol wanita tersebut..Akhirnya wanita ini terasa serik dan hilang keyakinan diri untuk mencari kenalan/jodoh buat dirinya lagi lantaran sudah dinodai oleh jin tersebut.Bersambung...


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Isnin, 19 September 2011

PETANDA TERKENA SAKA








Simptom-simptomnya...

1) Sering bermimpi kanak-kanak atau menyusukan bayi.

2) Bermimpi bintang seperti kucing/harimau.

3) Bermimpi rumah lama.

4) Bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

5) Panas baran.

6) Tahu sesuatu perkara sebelum terjadi (sixth sense)

7) Boleh melihat makhluk halus.

8) Banyak penyakit genetik pada badan.

9) Nyanyuk

10) Boleh bersilat/mengurut/mengubat setelah belajar dari mimpi.

11) Mengamalkan ayat-ayat tertentu yang diperolehi dari mimpi.

12)Ada menyimpan senjata lama turun temurun seperti keris,lembing,kerambit dan sebagainya.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Sabtu, 17 September 2011

SAKIT PINGGANG ADALAH SIMPTOM SINONIM SIHIR TAFRIQ (SIHIR PEMISAH RUMAHTANGGA)


Jika pasangan suami/isteri mengalami simptom kerap sakit pinggang pada waktu lepas asar keatas tanpa sebab-sebab klinikal,saya syorkan anda berubat secepat mungkin dengan perawat islam.Ini kerana sakit pinggang tersebut adalah gangguan jin yang akan mula memecahbelahkan rumahtangga anda dengan menimbulkan pergaduhan tentang perkara remeh temeh,kerap melihat kelibat lembaga dirumah dan menggagalkan hubungan kelamin suami isteri.Jika ia dibiarkan berlarutan tanpa berubat lama kelamaan akan menyebabkan perceraian rumahtangga....


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Jumaat, 16 September 2011

PETANDA TERKENA SANTAU











Simptom-simptom pesakit bila terkena santau ialah :-

-Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Bisa/gatal dikawasan dada dan rusuk
-Sakit perut bila minum air yang mengandungi unsur limau
-Sering bermimpi objek-objek yang berbahaya seperti kaca
-Bisa-bisa sendi badan
-Muntah darah
-Badan terasa panas bila menjelang maghrib


Kaedah ampuh rawatan santau :-

-Perlu minum air ruqyah beserta madu 3x sehari selama seminggu
-Perlu mandi air ruqyah 1x sehari selama seminggu
-Berbekam ditengkuk 1x seminggu sebanyak 3x sesi


Pantang larang pesakit santau :-

-Tidak boleh minum sebarang air limau selama sebulan
-Tidak boleh makan makanan pedas selama sebulan
-Tidak boleh makan gulai rebung selama sebulan
-Tidak boleh makan makanan yang ada unsur cuka seperti sos cili,cuka makan dan banyak lagi

Khamis, 15 September 2011

MINYAK APAKAH YANG PERLU DISAPU BAGI ANGGOTA BADAN YANG SAKIT AKIBAT GANGGUAN JIN ?








Minyak yang sesuai disapu pada aggota badan yang sakit akibat gangguan ialah :-

1) Minyak Zaitun yang sudah dibacakan Al Quran.

2) Minyak Habbatus Sauda yang sudah dibacakan Al Quran.

Dilarang menggunakan minyak panas/minyak angin,ini akan mengakibatkan anggota badan tersebut semakin sakit kerana tindak balas gangguan.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Selasa, 13 September 2011

MENGAPA PESAKIT PERLU DATANG SECARA BERHADAPAN UNTUK RAWATAN RUQYAH ?




Antara sebabnya ialah :-

1) Kandungan badan manusia mempunyai 70% air.

2) Sifat semulajadi air ialah merakam bunyi.

3) Apabila pesakit pejam mata dan khusyuk mendengar bacaan ruqyah perawat,maka segala molekul air dalam badan pesakit akan merakam bacaan al quran perawat dan molekul-molekul tersebut akan terbentuk dengan bentuk yang indah seperti kristal dan sebagainya,secara tak langsung ia respon dalam membunuh segala kuman,memperbaiki segala sel dan organ serta meningkatkan kecekapan sistem tubuh manusia.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Isnin, 12 September 2011

PETANDA TERKENA SIHIR & SAKA



-Sakit kepala selepas waktu asar
-Sakit rusuk kiri/kanan selepas waktu asar
-Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar
-Mimpi melihat ular/binatang berbisa
-Mimpi berada ditempat kotor/sunyi
-Mimpi menyusukan bayi
-Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Sukar mendapat jodoh
-Kerap bergaduh suami isteri hanya kerana perkara kecil

Bagi individu diluarsana yang mengalami simptom diatas,silalah berubat dengan perawat islam berdekatan yer,kerana jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan perceraian rumahtangga,hilang fokus dalam pekerjaan/perniagaan,andartu serta hilang keyakinan diri untuk bergaul dengan masyarakat.

Perawat Islam ketempat anda : Utz Haikal 013-347 5449


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Khamis, 8 September 2011

RAWATAN GANGGUAN JIN KETEMPAT ANDA KL/SEL/SBN


Bagi pesakit gangguan jin yang inginkan perawat datang kerumah,anda boleh hubungi perawat kami Utz Haikal 013-347 5449,lokasi rawatan terhad untuk kawasan KL/SELANGOR/SEREMBAN.Raawatan termasuk ruqyah seisi keluarga,bersihkan rumah dan juga pagar rumah,kesemua kos hanya RM 200 termasuk transport charges.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Isnin, 5 September 2011

RAWATAN RUQYAH PESAKIT SESAK NAFAS


Malam tadi saya berkesempatan merawat seorang makcik dari rawang yang mengalami masalah sesak nafas yang teruk,seolah-olah ada sesuatu di kerongkong yang mengganggu perjalanan nafasnya selama ini.Beliau sering mengunjungi hospital dan melakukan pemeriksaan,tapi pihak hospital tidak dapat mengesan apa punca sebenar penyakit beliau sebenarnya.Menurut anak-anak pesakit,mak mereka ini sering mengalami gangguan jin seperti melihat kelibat di kawasan rumah,sakit senak perut dan macam-macam lagi...Tanpa melengahkan masa,saya meruqyah pesakit selama 15min,akhirnya pesakit muntah dengan banyaknya lalu saya memberikan secawan madu ruqyah..Pesakit merasa lega sedikit dan bernafas macam biasa,diakhir rawatan saya menyuruh pesakit minum dan mandi air doa selama 7 hari,rawatan tamat..


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"