Pembaca Setia...

Khamis, 14 Julai 2011

THIBBUN NABAWI:BIMBINGAN RASULULLAH SAW DALAM MERAWAT SIHIR


1)Mencari/menghapuskan barang ataupun tangkal sihir.

-Dalam 70% pesakit gangguan jin selalunya akan melibatkan barang sihir yang terletak pada rumah pesakit,pejabat ataupun kenderaan.

-Pesakit disyorkan membaca Al-Kautsar 10x sebelum tidur minta petunjuk mimpi dari Allah SWT dimana letaknya barang sihir tersebut.Jika pesakit beroleh mimpi tersebut,pesakit cari barang sihir tersebut dan membakarnya.

-Pada hemat saya,pesakit disyorkan memasang CD surah Al Baqarah 1x tiap-tiap waktu maghrib selama sebulan bagi mengurangkan pengaruh sihir dikawasan rumah.

-Pada hemat saya juga,pesakit boleh spray air yang sudah dibacakan ruqyah seperti bacaan kursi 70x dengan spray menghala keatas syiling rata-rata didalam dan luar kawasan rumah.Waktu spray disyorkan selepas maghrib selama sebulan,insyaAllah pengaruh sihir dikawasan rumah akan berkurangan dari hari kehari.

2)Mengeluarkan endapan sihir dari badan.


-Apabila jin sihir mendiami saluran darah manusia,secara tak langsung darah kita akan menjadi cepat kotor lalu menyebabkan beberapa penyakit fizikal seperti kerap sakit kepala,dada,pinggang,batuk dan juga sendi-sendi badan.Selain itu,badan juga boleh menjadi sakit-sakit apabila kerap termakan benda kotor/santau dari penyihir.

-Pesakit disyorkan minum 2 sudu cuka epal yang sudah dibacakan ruqyah setiap pagi bagi menawarkan segala barang-barang kotor yang sudah termakan.

-Pesakit perlu menjalani rawatan Al Hijamah/Bekam 2 minggu sekali bagi mengeluarkan darah kotor/endapan akibat sihir dari saluran darah badan.

-Pesakit juga disyorkan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi selama sebulan bagi menambah tenaga badan dan akibat lesu sihir dan secara tak langsung pengaruh sihir akan makin berkurangan.

-Pesakit perlu minum dan mandi dengan 7 helai daun sidir (bidara) yang sudah dilumatkan setiap hari selama 3 hari.Air campuran daun bidara ini perlulah dibacakan terlebih dahulu al fatehah,kursi dan 3 qul.

-Pesakit juga disyorkan menyapu anggota badan yang sakit-sakit akibat sihir dengan menggunakan Minyak Zaitun/Minyak Habbatus Sauda yang sudah diruqyah tiap-tiap hari.

3)Penyembuhan sihir dengan doa,zikir dan ayat al quran.

-Perawat islam perlu membacakan zikir,doa dan ayat-ayat ruqyah dari al quran pada pesakit sihir/gangguan jin.

-Pesakit juga perlu mengamalkan zikir perlindungan diri,solat hajat setiap hari berdoa diminta kesembuhan dari Allah SWT serta membaca Yaseen 1x tiap-tiap lepas solat isyak sehingga sembuh.


Nota:Kitab Thibbun Nabawi dikarang oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah.Semua isi dalam kitab thibbun nabawi adalah ilmu wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW untuk membimbing seluruh umat islam dalam merawat segala penyakit fizikal/spritual dan salahsatu isi kandungan modul kitab tersebut adalah kaedah merawat sihir.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Selasa, 12 Julai 2011

TERAPI AURA SERI






Terapi aura ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada air mineral,limau nipis serta 9 kuntum bunga dan badan pesakit.Khasiat kaedah terapi aura seri ini dapat memberikan aura positif dan menyingkirkan segala aura negatif pada badan,menaikkan seri wajah,wajah tidak kusam lagi,menghilangkan sakit pening kepala,meringankan/menyegarkan badan,mudah dapat jodoh,fokus pada kerjaya dan mudah disenangi masyarakat.Pesakit yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis,9 kuntum bunga dan sila SMS sejam awal sebelum datang ke Utz Haikal 013-347 5449.

Rabu, 6 Julai 2011

RUMPUT DAN IKAN DALAM KOLAM PUN MATI AKIBAT TEMPIAS SIHIR PESAKIT



Kisah ini berlaku pada seorang pesakit wanita yang tinggal di PJ dan sudah menjalani ruqyah dengan saya minggu lepas.Malam tadi Noraini telah membekam pesakit tersebut dan terdapat banyak kesan terbakar hitam pada tempat yang dibekam,ini petanda sejarah gangguan wanita ini agak kuat.Pesakit sempat juga menceritakan yang suatu masa dahulu beliau pernah bermimpi rumput halaman rumah dan ikan dalam kolamnya mati.Keesokan harinya apabila pesakit bangun dan menjenguk halaman rumahnya,maka apa yang dialami pada mimpi malam tadi adalah kenyataan,dimana rumput halaman beliau dan ikan didalam kolamnya mati bergelimpangan.Untuk info pembaca blog,pesakit ini sudah mengalam sihir agak lama dan kategori sihir ini ialah banyak kearah sihir termakan benda kotor yang menyebabkan pesakit rasa memulas di perut dan terasa ingin muntah semasa sesi rawatan ruqyah...


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Selasa, 5 Julai 2011

BELUM RUQYAH SUDAH MENGGANAS


Kes ini dirawat oleh Utz Hanafiah,mengisahkan seorang pesakit wanita yang ditemani suaminya datang kepusat rawatan kami untuk merawat masalah gangguan jin isterinya.Bila sampai kep pusat rawatan,biasalah Utz Hanafiah akan menanyakan beberapa simptom terhadap pesakit tersebut,selesai jer sesi soalan,pesakit terus kerasukan dengan ganasnya sehingga 4 orang yang memegang badan beliau pun tidak terkawal lagi.Sebenarnya pesakit ini memang ada sejarah gangguan yang suka merasuk ganas pun sebelum-sebelum ini bila dibawa untuk mendapatkan rawatan ruqyah dimana-mana pusat rawatan islam.Saya syorkan mana-mana pesakit yang ada sejarah kerasukan yang agak ganas,silalah bawa 4 orang lelaki untuk standby memegang badan pesakit nanti,supaya Utz Hanafiah pun mudah/lancar untuk melakukan sesi ruqyah.