Pembaca Setia...

Khamis, 30 Jun 2011

DISIHIR SEHINGGA MUNTAH CACING


Kes yang ini pula mengisahkan pasangan suami isteri di Puchong yang berjaya dalam perniagaan dan telah disihir oleh pekerjanya sendiri akibat tamak dan sekaligus bercita-cita untuk merampas perniagaan mereka.Simptom-simptom yang mereka alami adalah bisa-bisa badan,pening kepala selepas asar,hilang fokus berniaga,kerap terjaga dari tidur dan muntah cacing.Baru-baru ini mereka sempat mendapatkan rawatan ruqyah dari Utz Hanafiah dan juga khidmat bekam sihir dari Noraini.Keadaan kesihatan mereka beransur pulih sedikit dan disyorkan untuk konsisten menadapatkan rawatan susulan kerana kes sihir ini agak berat.

Selasa, 28 Jun 2011

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-RA`SUN (Pusat Kepala)


Rasulullah SAW kerap berbekam pada titik ini,khasiatnya ia sangat bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir,angin ahmar,pening kepala tahap kronik dan migrain.Bekam menggunakan pen bekam perlu 3 kali pembuangan darah dan jika menggunakan sayatan pisau bekam perlu 5 kali proses pembuangan darah.Tarikh yang afdhal berbekam titik ini ialah pada 17/19/21hb kalendar islam iaitu sebelah pagi dalam keadaan perut kosong (tanpa sarapan).

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 24 Jun 2011

SIHIR FACEBOOK MENGGANAS KEMBALI



Semalam pembekam wanita saya Noraini sempat merawat seorang wanita di PJ dengan kaedah bekam sihir..Wanita ini sudah sakit berbulan-bulan lamanya dan sering melihat kelibat seorang lelaki yang seperti dikenalinya melalui FACEBOOK berlegar-legar didalam rumahnya setiap malam..Pesakit ini belum berkahwin dan cuba mencari/ikhtiar kenalan melalui FACEBOOK.Tetapi malangnya lelaki yang dikenali melalui FACEBOOK semuanya berniat jahat seperti mengambil kesempatan dalam hal-hal kewangan beliau.Bila hajat mereka tak tercapai,lalu mereka menggunakan ilmu hitam dan memuja gambar-gambar mangsa yang tertera di FACEBOOK.Jadi mangsa akan angau,sakit-sakit badan,kerap pening kepala dan sering melihat kelibat/lembaga didalam rumah.Dipendekkan cerita,semasa proses berbekam,banyak darah kotor bertali keluar dari badan pesakit melalui proses bekam tersebut.Pesakit mengatakan badan mulai rasa ringan sejurus selepas rawatan bekam sihir.



"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Khamis, 23 Jun 2011

MERAWAT SIHIR GATAL-GATAL BADAN


Semalam seorang surirumah mengadu yang beliau sering mengalami masalah gatal-gatal badan setiap malam,dan sudah puas berubat di klinik dan makan ubat gatal tapi masih tak sembuh-sembuh juga.Semalam beliau datang ditemani suami beliau dan tanpa melengahkan masa sesi ruqyah pun dimulakan.Semasa dibacakan ruqyah,pesakit tidak menunjukkan sebarang reaksi,tetapi bila habis sahaja ruqyah dibacakan,pesakit kerasukan selama 30min sehingga menyukarkan perawat dan suami untuk menyedarkan ia semula.Saya syorkan pesakit rajin membaca al quran supaya syaitan tidak mengusai rohnya dimasa-masa akan datang,kami bekalkan 2 botol air bidara ruqyah untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,rawatan tamat.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Rabu, 22 Jun 2011

RAWATAN BUASIR



Bagi sesiapa yang mengalami masalah buasir,anda bolehlah berhubung dengan perawat kami iaitu MAK ESAH 016-2815124,lokasi rawatan beliau berhadapan Masjid Jumhuriyah Tmn Dato Harun PJ.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Khamis, 16 Jun 2011

AWASI MIMPI ANDA !!!








Mimpi petanda gangguan jin ialah :-

-Mimpi seram yang menakutkan.

-Mimpi binatang berbisa seperti ular.

-Mimpi binatang berwarna hitam seperti anjing hitam.

-Mimpi rumah lama.

-Mimpi menyusukan bayi.

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

-Mimpi berada ditempat yang kotor.

-Mimpi berada ditempat yang sunyi.

-Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Rabu, 15 Jun 2011

TIPS SUPAYA CEPAT SEMBUH DARI SIHIR







1) Konsisten berjumpa perawat islam setiap 10 hari sebanyak 3x sesi.

2) Anggap bala sihir yang kita alami sebagai kifarah dosa kita yang lepas2,jangan cuba-cuba menyalahkan pihak lain atau menuduh seseorang menganiaya kita.Setiap hari cuba renung-renungkan maksud tasbih yunus yang saya lampirkan diatas tu.

3)Konsisten mengamalkan doa/ayat perlindungan seperti kursi/3qul setiap hari,kerja setan memang mengganggu manusia sedari dulu lagi,jangan hanya nak salahkan setan sahaja,salahkan diri sendiri kerana lalai untuk beramal ayat-ayat perlindungan.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Selasa, 14 Jun 2011

AMALAN BEKAM MUKA DAPAT MENYEMBUHKAN JERAWAT DAN MENCANTIKKAN MUKA




"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Isnin, 13 Jun 2011

BERBEKAM PADA PELIPIS MATA MAMPU MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT MATA/RABUN




"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

SENARAI TERBARU PERAWAT ISLAM KETEMPAT ANDA (KL/SEL)








Utz Haikal 013-347 5449

Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin

Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.


Ketika jaga

*Sakit tulang belakang.
*Sakit kepala luar biasa.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori.
*Takut tidak bersebab.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
*Sesak nafas waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman.
*Pengsan dan sawan tanpa sebab.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
*Sakit tulang empat kerat.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata.
*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Jumaat, 10 Jun 2011

BEKAM TENGKUK MERAWAT MASALAH MIGRAIN





Bagi pesakit migrain diluarsana yang takut untuk berbekam dikepala,sebagai opsyen anda boleh berbekam di tengkuk dan leher bagi mengubati migrain anda.Tengkuk dan leher adalah kawasan pembuluh utama darah pada keseluruhan sistem badan,berbekam pada kawasan tersebut ibarat filter yang menapis segala darah kotor/toksid yang bergerak kearah kepala.


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Rabu, 8 Jun 2011

MENGGIGIL BADAN NIE MASA TUNGGU USTAZ DATANG....








Itulah respon pesakit setiap kali perawat islam kami dalam perjalanan datang kekediaman pesakit untuk sesi rawatan ruqyah...Mana-mana jin pun pasti akan gementar bila berhadapan dengan mukjizat Al Quran...

Jika anda inginkan khidmat rawatan ruqyah kerumah anda,anda boleh buat temujanji dengan perawat islam kami iaitu Utz Haikal 013-347 5449 atau klik laman web beliau rawatanislam2u.org


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"

Isnin, 6 Jun 2011

MERUQYAH BOMOH Part 1-JUBIN DAPUR MELETUP



Seminggu yang lepas saya dijemput oleh kenalan saya ke Shah Alam untuk meruqyah beliau yang sering mengalami sakit-sakit lutut.Beliau merupakan bomoh kecil-kecilan mengubat orang yang bekerja sepenuh masa.Dipendekkan cerita,bila saya terus sampai apartment beliau, saya terus menyuruh beliau mengambil sebotol air mineral dari dapur untuk dibacakan ruqyah,dan saya terus melakukan sesi ruqyah kepada beliau.Tiba-tiba bunyi kuat seperti letupan berlaku didapur.Saya terus meluru dan melihat kejadian tersebut,didapati semua jubin lantai dapur beliau merekah dan pecah dengan banyak sekali.Saya tetap terus melakukan ruqyah sehingga tamat,kemudian beliau memberitahu saya ternampak satu lembaga didapur tersebut,saya kata tak perlu endahkan,biar dia buat hal dia,kita dengan hal kita sahaja.Lagi seminggu saya akan berjumpa beliau untuk rawatan susulan lagi,tetapi dari apa yang saya nampak,beliau macam tidak begitu berminat lagi dengan ilmu perbomohannya dan berazam untuk membersihkan diri dari segala ilmu-ilmu sesat tersebut...Rawatan tamat..


"Rawatan islam ruqyah syar'iyah adalah kaedah perubatan sunnah nabi,sebagai umat islam sama-samalah kita menyokong kaedah rawatan ini supaya menjadi kaedah rawatan prima suatu hari nanti"